Thursday, 17 September 2009

Hershey's Kisses

Hari ini hari terakhir di Heath Hospital sebelum kami semua budak OT 'out on placement' di serata UK, Eropah dan Kanada bermula minggu depan.



Seminggu di kelas...saya terasa agak terkejut dengan routine baru selepas 3 bulan di Malaysia. Hehe... Stamina berbasikal juga menurun mendadak sehinggakan nak kayuh basikal naik bukit di Talybont pun saya kena turun dari basikal..haisshh..tak penah-penah saya turun dari basikal kat situ.. Oh ye..lagipun angin tayar basikal saya juga kurang. Tayar itu sudah tua. Saya perlu tukar agaknya..bahaya..dahlah botak.

Hari-hari di kelas terasa begitu lambat berlalu..entah kenapa. Saya selalu mengantuk dalam kelas minggu ini. Ada satu ketika saya tersengguk atas meja kerana terlelap tanpa sedar ketika lecture berlangsung..hadehh..malu..



Ini tahun terakhir kami dalam OT di Cardiff Uni... Semua orang excited berbicara tentang plan masa depan mereka selepas tamat belajar.. Ada yang mahu berhijrah ke Australia dan United States untuk bekerja sebagai Occupational Therapist di sana. Peluang pekerjaan tinggi di sana compared to UK. Saya pula akan pulang ke Malaysia..bekerja di sekolah pendidikan khas. I'm really looking forward to that..hehe..

Oh ya..berkenaan placement saya..saya akan mulakannya di Erw Delyn Special School in Penarth. alhamdulillah termakbul juga doa saya untuk merasai pengalaman practical di Special School di sini. Jadual saya...erm...Monday to Thursday, 8am until 4.30pm.. Lama tak...?? But the interesting part is..I have one day off on every Friday..yeehaa... but but...need to spare that for my research project..hoho...


Okay..di sini saya ingin mengucapkan selamat datang kepada juniors ke Cardiff...Tahun ini hampir 40 orang junior undergrads datang Cardiff...sungguh banyak.. Mari-mari meramaikan komuniti Melayu Malaysia di Cardiff...hehe.. Cakap saja course mereka...Biotech..Pharmacy..Medic..Mathematics...Engineering..bla..bla.. Cumanya... tiada Occupational Therapy...hehe..sebabnya..KPM hantar ke Aussie pulak tahun ni...

No comments:

Post a Comment