Kadang-kadang saya rasa cemburu dengan kawan-kawan di sekeliling saya..Kenapa????
Ada banyak khabar mengatakan ramai kawan-kawan sudah melangkah ke alam perkerjaan...ada yang menyambung pengajian ke peringkat Masters, ada yang sudah punya business sendiri dan tak kurang juga yang secara terang-terangan mendedahkan hubungan mereka dengan pacar masing-masing di laman sosial seperti Facebook, Friendster and etc....
Saya cemburukah?? Yes..part yang paling saya jealous are...1 --> part yang mereka sudah mempunyai karier dan ke 2 --> mereka yang sudah menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi....
Saya di mana?? masih lagi mengejar impian di alam realiti menjadi seorang pendidik yang cemerlang. Impian saya --> Menjadi Tokoh Guru Cemerlang, menjejaki ayah saya... Apa yang sedikit berbeza ialah..saya dalam bidang yang istimewa..Pendidikan Khas... Mungkin impian itu terlalu jauh untuk saya namun itu impian yang harus saya realisasikan menjadi realiti..
Melayari laman web sosial Facebook cukup mengujakan saya...sebelum ini saya jarang ber'FB' tetapi sejak akhir-akhir ini saya kerap mem'browsing' page rakan-rakan yang lama terputus hubungan....
Ada yang sudah berumahtangga...hmm...seronok melihat colour baju pengantin dan konsep perkahwinan mereka.. dalam hati saya --> Saya mahukan perkahwinan yang sederhana saja...hehe...tidak keterlaluan jika saya bocorkan rahsia ini --> pengapit saya nanti ialah cousin saya Ku Nur Atiqah..hehe...
Ada kawan-kawan yang sudah punyai karier tersendiri...karier sebagai apa? Saya tak pasti, ada yang kerja di kilang, di pejabat dan tempat yang sewaktu dengannya.. Hmmm...tempat pekerjaan impian saya pula ialah ---> SEKOLAH. Entah mengapa sejak dari dulu, saya sangat sukakan keriuhan suasana di sekolah. Itulah tempat yang paling menenangkan saya untuk pekerjaan saya nanti. Ohh..saya tidak dapat bayangkan bagaimana kalau KPM buat decision saya kena kerja di bahagian Admin Pendidikan Khas...Kerja dalam 'office' yang sunyi...hanya kedengaran bunyi typewriter, deringan telefon sekali sekala dan mesin printer.. Ohh tidak.... Mungkin saya akan tension....Semoga Allah membantu..
Ada kawan-kawan saya yang tidak segan silu mendedahkan gambar-gambar panas, suam kuku dan sejuk mereka bersama pacar masing-masing... Bukan hendak menyalahkan mereka..tapi saya fikir, usahlah ia ditunjukkan terang-terangan begitu apatah lagi masih belum ada ikatan yang sah.. Kadang-kadang seronok juga melihat komen-komen gambar mereka seperti ---> 'Bahagianya anda berdua', 'Secocoknya..sama padan', 'Perkenalkan inilah BF/GF baru saya' dan juga 'Sayangnye kat abang/cayang'
Ohok ohok ohok...kegelian sudah melanda diri..baik kita stop cerita pasal ni..hehe...
Ada juga kawan-kawan saya yang masih lagi di alam pengajian...hehe..biasela...status yang mereka post pun berbunyi ala-ala begini --> 'Exam lagi 3 hari..arrrggghh, tension!!', 'Penatnye mengadap buku Anatomy niiii!!!'..hehe...
Saya juga masih lagi bergelar seorang student namun apa yang paling saya cemburukan ialah mereka yang sudah bergelar Mahasiswa Masters. Dan saya masih lagi terkial-kial mencari title 'Degree in Bsc Occupational Therapy' yang pengajian berbaki setahun lagi... Impian saya --> mahu sambung PhD in Education suatu hari nanti..mampukah saya?? Apa yang pasti, semasa saya menyambung PhD nanti, saya bukan lagi ber'status' SINGLE..hahahaha...kerana mungkin pada waktu itu saya sudah menjejak usia awal 30-an...hohohoho... Semoga saya tidak ber'seorang'an dalam mengejar impian saya nanti...Inshaallah...
No comments:
Post a Comment