Dalam kemanisan hidup, anda pasti didatangi pelbagai cabaran dan ujian..
Seperti dalam entry saya sebelum ini tentang seorang patient kami, Helen yang menghidap Cancer Colon, saya bercerita bagaimana ketabahan beliau, semangat beliau dalam menempuhi dan menentang penyakit itu..
Yang berbezanya, beliau tidak mempunyai pegangan agama seperti kita. Dalam erti kata lain, beliau hanya mengharapkan 'keajaiban' untuk terus hidup melawan penyakit cancer itu. Dan 'keajaiban' itu datangnya dari mana? Allah bukan?
Bagaimana pula dengan individu yang punya agama? Bagaimana mereka menempuhinya?
Memetik daripada berita yang saya terima daripada seorang sahabat tentang seorang sahabat lain yang juga mengidap Cancer di bumi Sheffield. Seorang anak Malaysia yang begitu hebat pencapaiannya..begitu tinggi peribadinya..begitu dihormati di kalangan kami anak Malaysia di bumi UK ni... Sila baca blog beliau...
Dr Mas Afzal, pelajar perubatan di University of Sheffield. Saya hanya mengenali beliau dari jauh kerana populariti dan kredibiliti beliau di kalangan anak Malaysia di sini. Dan pernah suatu ketika, saya berjumpa beliau ketika saya menjadi fasilitator jemputan di Muslim's Overseas Camp (MOC) pada tahun 2008 sewaktu musim panas di Malaysia.
Ternyata, beliau adalah seorang yang mempunyai integriti dan hikmah sosial yang baik walaupun dengan sahabat berlainan jantina. Tutur kata beliau sungguh sopan dan teratur. Terpancar cahaya ketenangan dan keteduhan di wajahnya. Itulah secebis pengalaman saya sewaktu berjumpa dengan beliau.
Dan di waktu lain, beliau pernah menghadiri FUIYO 09 di Telford Disember 2009 lepas. Saya tak dapat berbual atau bertanya khabar dengan beliau kerana 'kesibukan' di dapur mengatasi segalanya... [Saya sedikit kesal kerana tidak sempat bertanya khabar memandangkan situasi beliau sekarang yang menyentuh hati saya]
Dari jauh saya melihat..sungguh jauh berbeza keadaan fizikal beliau semasa saya bertemunya pada tahun 2008.. Pucat..lesu..dan tidak bermaya..kesan rawatan Chemotherapy. Allah bisa merubah sesuatu dengan kuasa-Nya.. Desis hati saya.
Walaupun berperang dengan penyakit cancer, beliau sanggup datang ke Telford dari Sheffield untuk memberi 'talk' atau amanat atau pesanan-pesanan bermanfaat untuk adik-adik yang masih belajar di bumi UK ini. Saya sangat kagum.
Setelah membaca blog beliau... Itulah contoh bagaimana seorang Muslim..yang punya pegangan agama menghadapi ujian-ujian hidup seperti ini. Tidak ramai yang diuji sehebat ini. Hanya manusia yang hebat yang akan menerima ujian yang 'hebat'.
Mendengar 'ujian hebat', hati sudah terasa gerun..apatah lagi insan yang menanggung ujian tersebut... Doa saya, semoga tabah dalam perjuangan ini.. Semoga sentiasa dirahmati Allah dan diberkati..
Semoga Allah sayang..
Saya selalu ingat kata-kata ini..Allah tidak akan membebani seseorang dengan sesuatu yang dia tidak mampu.. Kemampuan kita hanya Allah saja yang tahu.. Dia memiliki diri insan... Beruntunglah sesiapa yang tahan diuji...
Saya sendiri takut untuk diuji..tapi setelah membaca banyak kisah dan pengajaran, hati ini perlu dilatih untuk bersedia menerima ujian yang akan datang dalam pelbagai bentuk rupa dan keadaan.. Siapa tahu..
Allah lebih mengetahui..
Wednesday, 27 January 2010
Tuesday, 26 January 2010
My Future Dot Dot Dot
Library Heath Hospital. Sendirian tanpa teman. Selalu ada Dayang. Sekarang beliau 'placement' di Llanrumney selama 2 bulan.
Petang nanti saya kerja di library ni. Menyusun buku.
Final year mode.
Terasa seperti baru semalam saya menjejak kaki di bumi Cardiff ini..
Hari ini, lagi beberapa bulan bakal menamatkan pangajian sarjana.
Macam tidak percaya.
Semalam semasa berjalan pulang dengan Novia [pelajar dari China, teman menyusun buku di library], kami berbual-bual..
"When I first came here, I was 17..now, I am 23..whoa..I am getting older now..." kata Wei Lin [Wei Lin ialah nama cina beliau, saya suka panggil beliau Wei Lin instead of Novia]
"Yea I know.. Wei Lin, just to remind you..this year (2010), we are 24 ok..not 23 anymore..hahaha!"
"NO!! Arghh..24! Cant believe that! When are you going back to Malaysia?"
"After I graduate, in July..after 13th of July...maybe. Wei Lin, come to Malaysia when you are free. I will feed you 'Laksa' and 'Tomyam' and 'Roti canai'."
"Whoaa..I want to visit you in Malaysia. I love Malaysia. I like the food..the weather..Kuala Lumpur and everything.."
******
Thinking about my homecountry..Malaysia.. my future career..my future life... my future dot dot dot.. my future house.. my future car.. my future family.. my future working environment.. my future friends.. bla bla bla...
Kehidupan di UK ini mendewasakan pemikiran..
Kenapa?
Sebab saya lihat pelbagai jenis dan ragam manusia.. hehe.. Yang pandai dan bijak tidak semestinya membuktikan mereka dewasa. Belajar tinggi-tinggi buat PhD tidak membuktikan mereka matang dalam pergaulan harian. Belajar di luar negeri tidak membuktikan mereka tahu semua perkara. Even yang belajar tentang agama juga belum tentu mereka mengamalkan apa yang mereka belajar. hihih.. tak cakap sesiapa..kalau terasa, muhasabahlah diri anda..
Kita belajar untuk mengejar cita-cita. Mencapai cita-cita..
Dari konteks pemikiran saya...
Yes, I want to be a teacher [ok, ni berita baru, saya tak akan ditempatkan di sekolah, tapi di Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia as an offcier..whateverla..janji saya dapat menyumbang dalam bidang perguruan walaupun di level yang berbeza]
Saya tahu saya perlu berusaha untuk itu. Dan keyakinan saya kuat Allah akan menolong saya untuk capai cita-cita itu. TETAPI, adakah dengan mempunyai cita-cita..mengejar cita-cita untuk jadi yang terbaik dalam profession masing-masing sudah cukup???
Tidak. Cita-cita itu hanyalah dunia semata-mata.. Kalau sudah capai cita-cita, apa lagi kemuncak dalam kehidupan kita?
Cuba baca contoh di bawah..
Dah ada rumah besar. Kereta mewah. Isteri cantik or suami 'handsome' or suami orang ternama or suami bijak or suami alim or suami soleh. Gaji lumayan lima angka sebulan. Keluarga bahagia. Apa lagi yang kita mahu dalam hidup kerana itulah nikmat dunia kan??
[contoh di atas tidak berkaitan dengan diri saya..errr..sebab..errrr... saya tak mahu kehidupan mewah meragut perasaan rendah hati dalam diri saya..]
Mari kita berfikiran jauh.. Fikirkan apa yang kita boleh bawa untuk akhirat.
Jom bawa harta-harta kita ke akhirat!
Jom bawa kerja kita ke akhirat!!
BAGAIMANA????
Infaq kan harta untuk perkara kebaikan..perkara agama.. Nantikan gaji banyak gila..lima angka..takkan nak simpan kot..nak mati dengan duit itu ke.. Bawaklah sikit ke akhirat..
Niat bekerja untuk ibadah...tunjukkan prestasi kerja sebagai seorang Islam.. kerja bukan sekadar nak dapat duit untuk hidup.. jadikan kerja sabagai ibadah..
Contoh, jadi cikgu buka sekadar berfikiran seperti ini.. 'oh jadi cikgu nanti..mesti dapat banyak cuti.. ada banyak masa... dapat rehat..dapat jalan-jalan.. bersama keluarga.. dapat buat tu.. buat ni..'
Manfaatkanlah kerja kita..maksimumkan pencapaian dunia sekaligus pencapaian akhirat sana.. Gunakan segala ruang yang ada... 'Kalau jadi cikgu, boleh luaskan peluang mengajak murid-murid kepada agama..kepada Islam..walaupun tidak banyak..asalkan hati-hati mereka tercuit sedikit sudah memadai.. '
Ibarat pepatah Melayu, sambil menyelam minum air..janji air itu tidak payau ataupun pahit..ngeh ngeh ngeh.. [ape kaitan? abaikan]
Begin with the end in mind.
Dan untuk lebih lagi.. 'cikgukan ada banyak masa..nanti boleh sumbangkan untuk kerja-kerja fizikal dakwah.. bagaimana bentuknya? itu terpulang kepada fikrah masing-masing..asalkan kita tidak hanya menjadi guru typical yang biasa..pergi sekolah pagi, balik sekolah petang, hujung bulan dapat gaji, pegi joli...hua hua hua..'
Pesanan untuk diri sendiri...
Oh oh..saya takut bila baca balik pesanan-pesanan dalam entry kali ini.. Semoga sentiasa dapat bimbingan dan petunjuk Allah.
Jangan lupa solat DHUHA setiap pagi dan solat ISTIKHARAH setiap malam!!!
Rezeki dunia datang dari Allah dalam pelbagai bentuk yang tidak disangka-sangka..dengan keberkatan solat DHUHA, agar rezeki itu tidak melalaikan kita dalam kerja-kerja akhirat..
Dalam kehidupan, sentiasa menggesa kita membuat pelbagai pilihan dan keputusan. [contoh; nak pakai tudung warna apa hari ni, merah ke pink ke hijau?] Semoga dengan ISTIKHARAH yang istiqamah dapat membimbing kita membuat keputusan yang bermanfaat untuk kehidupan di masa akan datang..

Monday, 25 January 2010
Nak call atau tidak?
"Dah lama tak cakap dengan ayah..."
"Sudah dua hari.."
"Kenapa ayah tak call kakak?"
Saya rindukan ayah sekarang. Kalau tidak bercakap dengan beliau lebih dari dua hari, hati tidak tenang. Seperti sesuatu tidak kena.
Dulu saya selalu mimpikan ayah saya. Saya selalu menangis bila jauh dengan ayah. Saya tahu, ayah saya juga menangis bila jauh dengan saya. [ini report dari mak la...]
Ok..dah stop..jangan emo-emo lagi kat sini...
******
Ayah saya seorang guru...Saya mahu jadi seorang guru juga. Seperti beliau. Saya suka ayah saya. Saya memang obsess dengan ayah saya. Apa yang ayah saya buat, saya mahu buat. Apa yang ayah saya suruh saya mahu ikut.
Kenapa saya obsess dengan ayah saya? Saya pun tak tahu.
Biasanya, anak-anak akan lebih rapat dengan ibu kan..
Tapi tak salahkan kalau saya rapat dengan ayah saya... Saya juga rapat dengan mak saya.. Tapi caranya berbeza dengan ayah. Dengan ayah, perasaan saya lebih emosional.. Lebih mudah menangis sebab ayah.. [O'ooo..air mata saya mencurah-curah ketika ini...sebab saya teringat ayah saya..]
Saya selalu melihat ayah saya menangis...hehe... Itu tidak bermakna ayah saya tidak macho..hahaha... Ayah saya menangis sebab beliau susah nak berpisah dengan saya...
Jarang sekali saya lihat mak saya menangis..in fact, saya tak pernah melihat mak saya menangis sejak saya dilahirkan sehinggalah kini.. Dahsyat kan???
Urghhhh...saya nak bercakap dengan ayah saya sekarang!!!
Tapi beliau di sekolah sekarang. Ayah saya mungkin sedang mengajar. Patutkah saya telefon beliau sekarang?
Call ayah... tak call...call...tak call...call....tak calll.... call...tak call... Hish..mana satu nii....
Jomlah call jugak!!! Dah rindu sangat.
P/S: Entry yang tidak bermanfaat. Maaf kerana ada sesuatu yang tidak kena dengan diri ini sejak dua menjak ni...

Thursday, 21 January 2010
Monolog Dalaman Yang Keharuan
"Satu kerja pun tak mula lagi, dah pukul 4 petang nih!"
"Malaslah...Hari ni nak rehat tak nak buat apa-apa kerja boleh tak?"
"Tadi baru habis buat interview untuk THESIS Project"
"Bagila can nak rehat..unwinding kepala ni sikit..."
"Nak tengok-tengok Facebook..takkan nak ngadap journal jer.."
"Ye lahhhh..rehatlah.."
"Erk..bila nak mula berfikir tentang Patchwork Text ni...??"
"Takutlah..dah final year ni.."
"Come on la...awal bulan May ni dah habis degree okay...."
"Bekerja keras sekarang!! Untuk masa depan. Nanti boleh rehat-rehat..."
"Masa tu, cakap je nak jalan mana...Buka langkah..sediakan duit..bertebaranlah di muka bumi Allah ini untuk mencari erti kehidupan di negara asing"
"Haishh..penatlah asyik bercakap dengan diri sendiri ni"
"Sambil taip pulak tu...semata-mata sebab nak update blog yang sudah lama tak update"
"Payah betullah bila idea menulis tak datang ni.."
"Kan dah kena bocorkan apa yang bermain di fikiran sekarang...hadoii"
-END-
Penulis pun beredar untuk ke toilet seketika. Beliau akan kembali meneruskan kerjanya selepas ini...

Saturday, 16 January 2010
Jom Masak Ayam Lemon!!!
Hari ini kita bersama dengan Chef yang tidak bertauliah lagi tidak mempunyai bakat memasak... Hehehe... Chef Mahfuzah..
Saya tahu walaupun Ayam Lemon saya tidak sesedap mana, namun apa guna saya tahu masak Ayam Lemon tapi tidak berkongsinya dengan orang lain... Ilmu perlu dikongsi kan..
Ingat: Sebaik baik manusia, dia mestilah menjadi manusia yang bermanfaat untuk orang lain..walaupun sedikit...
Inilah perkongsian saya yang sedikit.. saya pernah post Resepi Ayam Lemon ni di blog muslimah cardiff tapi itu setahun yang lalu.... Ini new version yang lebih mantop dan segar.. Inshaallah...
Note: Gambar sama aja...

Bahan-bahan memasak :
1. Ayam seekor
2. Tepung jagung
3. Lemon juice/lime juice
4. Gula
5. Lada sulah
Cara-cara memasak :
1. Goreng ayam dengan tepung goreng ayam yang boleh didapati di kedai-kedai berhampiran.
2. Kemudian, untuk sos lemon, masukkan lemon juice setengah botol ke dalam periuk.
3. Bancuh 1 sudu tepung jagung dengan 1 cawan air sejuk, kacau dan tuang ke dalam periuk dan perlahankan api.
4. Masukkan 3 sudu gula besar dan kacau perlahan-lahan.
5. Taburkan lada sulah sesuka hati.
6. Perlahankan api apabila sos lemon kelihatan pekat. Jangan lupa tutup api!!!
Cara penyediaan :
1. Ayam yang telah digoreng tadi disusun dalam pinggan.
2. Tuangkan sos lemon yang dimasak tadi ke atas ayam-ayam yang telah digoreng.
3. Untuk hiasan, ambilah hirisan buah lemon dan letak disekeliling ayam itu. Boleh juga dihias dengan sayur-sayuran segar.
Apa kata anda??
Cubalah...tapi ada sedikit disclaimer di sini..hehe...Kebanyakan yang pernah buat kuah lemon, jarang yang menjadi.. itu report mereka kepada saya.. Hihi..
Apa maknanya..?? Entah saya tak tahu.. Saya tidak berahsia apa-apa...hohoho..

Tuesday, 12 January 2010
"Nama ukhti siapa ya?"
Sebelum saya cakap apa-apa..lebih baik anda dengar lagu yang sungguh menyentuh hati, menaikkan semangat dan cukup untuk membuatkan kita berfikir dan bermuhasabah.
Sebenarnya lagu ini adalah lagu latar untuk sebuah documentary Hope for Helen yang menjadi tajuk trigger bagi kumpulan C pelajar tahun akhir jurusan sarjana muda Pulih Cara Kerja di Universiti Cardiff.
Siapa Helen? Helen ialah seorang personaliti TV terkenal sekitar tahun 1990-an, beliau seorang pengulas sukan wanita yang begitu terkenal ketika itu. Menariknya, beliau bekas seorang guru sebelum melangkah ke alam populariti TV.
Beliau disahkan mengidap kanser Kolon tahap yang kronik sehinggakan doktor memberi harapan hanya 4 bulan untuk hidup. Beliau begitu tabah. Allah panjangkan umur beliau lebih daripada setahun..
Beliau cukup 'workaholic' sehinggakan beliau menwarkan diri untuk menjadi pengulas sukan di saat beliau berperang dengan penyakit kansernya itu. Beliau datang bekerja dengan rambut botak dek kesan kemoterapi. Senyuman masih terukir di wajahnya. Cukup untuk menggambarkan betapa beliau menyembunyikan kesakitan itu.
Saya tak dapat cari video dokumentari tentang Hope for Helen sebab itu saya letak video lagu ini sebagai pengganti.
"...at the end of the day..remember the day..when we were close to the end.....and wonder how we made it through the night.."
"..always keep it flying high in the sky.."
Itu antara lirikan kata yang cukup menyentuh hati saya. Bayangkan bagaimana Helen yang bukan beragama Islam punya semangat yang tinggi dalam hidup ini. Ujian sehebat kanser itu tidak sedikitpun melunturkan impian itu. Kita bagaimana?
Dalam hidup ini, pelbagai ujian akan mendatangi kita. Ketika menonton dokumentari pendek itu, saya terfikir, mungkin saya juga akan didatangi dengan ujian seperti itu suatu hari nanti. Siapa tahu?
Sekarang saya bahagia dengan apa yang saya ada. Saya ketawa. Saya senyum. Saya gembira. Apa yang saya mahu dan harapkan semuanya dimakbulkan.. Kenapa Allah begitu baik? Ada ujian yang besarkah untuk saya? Saya tak tahu.. Saya jadi takut.
Sekarang saya tiada masalah.. [masalah sikit-sikit macam selesema, serabut dengan assignment tu tak payah kira lah!!] Saya ada terdengar dalam ceramah, kalau Allah tak turunkan ujian kepada hamba-Nya, maka Dia tak sayang hamba itu. Sayakah orang itu? Allah tak sayang saya sebab Dia tak turunkan ujian yang berat untuk saya. Tapi saya takut dengan ujian Allah.
Saya takut kalau ujian itu melunturkan semangat saya. Saya yakin, di masa akan datang ujian Allah akan datang kepada saya dalam pelbagai bentuk. Antara contoh-contoh ujian yang saya terfikir yang mungkin akan saya hadapi ialah:
1. Ujian berkaitan keluarga saya nanti. Cerita pasal masa depan lagi... Suami saya nanti mungkin adalah ujian bagi saya. Bagaimana? Ujian dari segi tanggungjawab mungkin.. atau dari segi penerimaan sepenuhnya yang saya sudah bersuami. Maklumlah, dah biasa hidup bersendiri.. [saya akan terkejut jika pada suatu hari yang indah saya bangun tidur tiba-tiba ada lelaki bernama suami kat sebelah!!!] Entah..saya tak pasti sangat sebab belum merasai ada suami. [terpengaruh dengan situasi ramai kawan-kawan dah kahwin December tahun lepas..jeles okay tengok gambar mereka bersama suami tercinta]
2. Ujian anak-anak. Saya takda anak sekarang.. Mungkin anak yang bakal lahir nanti tidak sesempurna seperti yang saya harapkan.. Bukan nak cakap kosong, tapi saya mesti bersedia ke arah itu. Maksud saya, anak saya mungkin tidak sempurna sifat fizikal. Siapa tahu? Itu ujian bagi saya. Tak tahulah saya mampu ke tak..Semoga Allah sentiasa tenangkan hati [terpengaruh dengan placement di sekolah pendidikan khas semester lepas]
3. Ujian kerjaya. Okay, saya tahu saya akan jadi cikgu nanti. Kalau ikut dari segi gaji, saya tak nak demand lebih-lebih sebab saya tahu 'nature' nya bagaimana... Ayah dan mak saya pun dua-dua cikgu. Alhamdulillah kadang-kadang saya rasa mewah jugak kehidupan kami [astaghfirullah..cukup] Tapi itu dulu.. sekarang, mungkin berbeza. Gaji cikgu mungkin tak cukup nak sara keluarga..tambah-tambah lagi kalau nak anak sampai 5 orang kan???!! Itu mungkin salah satu bentuk ujian bagi saya.. Semoga Allah sentiasa bersama saya.. [..terfikir nak jadi guru cemerlang supaya gaji menjadi lumayan!! Guru Cemerlang Pendidikan Khas Malaysia? atau...Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Khas Negeri Kedah??!]
4. Ujian dalam agama saya sendiri. Ini saya rasa paling takut. Futur dalam berjuang demi Islam. Bumi UK adalah bumi permai saya mendapat kemudahan dalam mencari ilmu..memberi ilmu dan memanfaatkan ilmu.. Di masa akan datang? Di Malaysia? Sibuk dengan urusan kerjaya? Sibuk dengan urusan keluarga? Saya jadi mudah lupa. Sangat mudah untuk pergi jauh meninggalkan perjuangan ini. Takkan nak support dari jauh saja. Infaq? Idea? Tenaga? Saya perlu lakukkan sesuatu untuk tidak futur dalam berdakwah!!
5. Ujian kehidupan. Seperti dalam cerita Hopr for Helen, saya mungkin akan ditimpa kesakitan..kemalangan..hilang anggota badan...kehilangan ahli keluarga dalam sekelip mata..kematian dan sebagainya...semua itu bermain di minda... Kita tidak tahu apa yang Allah rancangkan untuk kita kan. Kita harapkan yang terbaik namun siapa tahu, sebelum kebaikan itu muncul, kepayahan menahan sabar menempuh ujian adalah perkara paling PAHIT.. Saya sendiri tidak yakin untuk itu..
Apa yang saya harapkan supaya Allah sentiasa tenangkan hati saya walau sepahit manapun ujian itu. KETENANGAN HATI adalah perkara paling indah dalam hidup. Saya yakin Allah akan turunkan ujian itu kepada hamba-Nya kerana Dia tahu hamba itu mampu untuk menghadapinya. Saya mahu jadi hamba yang mampu itu.
Saya akhiri coretan di malam Selasa ini dengan sebuah perbualan ringkas yang cukup menenangkan hati saya..
"Nama ukhti siapa ya?" tanya seseorang yang tidak dikenali yang menjaga kaunter makanan di suatu tempat di muka bumi Allah. [dirahsiakan demi kemashalatan umum]
"Mahfuzah.." jawab saya ringkas dan perlahan kerana saya tak kenal beliau, tiba-tiba saja tanya nama.
"Bagus nama tu, semoga ukhti sentiasa dipelihara Allah kerana nama itu" jawab insan tersebut sambil tersenyum ketika saya membayar harga makanan itu. Saya terdiam dan berpaling. Saya tersenyum kepada diri sendiri, gembira kerana ada juga orang yang tahu maksud nama saya.
Nota: Mahfuzah bermaksud Terpelihara...
Sunday, 10 January 2010
She's a thoroughly Muslim
"Islam is my way of life!"
I was touched by this quote.. Hampir bergenang air mata saya apabila terdengar ayat ini dalam video di bawah.
Having had to live in the non-Muslim community was difficult for me in the beginning of my year in the UK. Remembering that I was the only Muslim girl in my course [Bsc Occupational Therapy] who still practicing Islam, I was petrified.
I am wearing ‘hijjab’. Some of my friends said, it’s a table cloth to cover my hair. Some said, it’s a nice veil to cover your ears from the cold. And some said, it’s a nice-beautiful-colourful scarf on your head, Mahfuzah!
I was worried about how they are going to perceive me in this colourful ‘hijjab’. The first thought was, I will not take off my ‘hijjab’!! Hijjab is part of me. In the Qur’an, I was told to have ‘this’ [referring to hijjab].
What do you feel when you wear ‘hijjab’ or in Malay word, ‘tudung’?
I feel strong. It is wonderful to realise that when I wearing it, my confidence grows stronger. Strong in the spirit. Strong in the mind.
I feel safe with ‘hijjab’. Look how man treat woman who wears it. So many examples that I don’t need to explain. They see woman in hijjab with dignity. Dignity is the most precious thing for women. Agree? How wonderful Islam make me feel this way!
You choose your way! [with great understanding based from the Qur’an]
****
“Is that what you use to find direction for your prayer, Mahfuzah?” asked Alex when she saw my manual compass in my pocket. [Yelahh..saya takde kompas kat handphone..guna yang manual punye je..kena pusing-pusing baru dapat direction]
I pray 5 times a day. The most difficult thing to do when I was trained to do this 13 years ago. Today, I can feel the difference.
When I first came to the UK, I wondered, how am I going to pray when I need to? They don’t have a break for ‘solat’. All I need to do is to ask permission to ‘solat’ at the back of our discussion room [when we have 5-hour discussion for group presentation preparation].
Let them see how I perform my prayer. Performing my faith. Practising my way of life. Praising my Creator.
This is the way of being a Muslim.
“I could not imagine myself without Islam”. I am still learning. Learning about Islam. Learning how to practice Islam.
I hope I can be one of the little ‘ambassador’ for Islam in this non-Muslim community. My dream is neither big nor too ambitious. Achievable I supposed.
P/S: I want to use my own ability/credibility for Islam! Things to improve - -> Knowledge based from the Qur’an, behave as a Muslimah!! And to lessen my laughter!! [saya banyak ketawa okay]
Friday, 8 January 2010
Si Penyusun Buku itu..

Okay, ini gambar diambil daripada seorang Mamarazi yang tidak dikenali. Mari kita buat penrangan tentang gambar di atas. Tekunnya dia sedang susun buku....
Inilah kerja saya setiap hari Isnin dan Selasa, 5pm-8pm. I am a shelver at our Healthcare Department Library, Heath Hospital!!! Dah buat kerja ni sejak October lepas dan mungkin bersambung sampai habis belajar ni kot!! Haha.
Seperti di dalam gambarm inilah rutin pekerjaan. Menyusun buku-buku mengikut urutan abjad dan nombor. Kerja ni agak relax jika dibandingkan dengan kerja part-time yang lain mungkin. Bergantung kepada hari, kalau banyak buku, maka banyaklah kerja. Jikalau sedikit buku, maka banyak relax lah. Oh saya tidak pernah bekerja sebelum ini melainkan kerja jadik cikgu sekolah kat Malaysia.
Saya suka kerja ni sebab saya mendapat advantages yang sangat banyak semenjak menjadi sebahagian daripada library ini.
Library ini terletak dalam bangunan yang sama tempat kelas saya. Hanya beberapa langkah sahaja. [okay, itu exaggerate!] Jadi, selepas kelas, selalunya saya akan lepak di sini sehinggalah waktu kerja saya bermula pukul 5 petang!! Ulat buku rupanya Mahfuzah ini.. Haha..!! [sila jangan percaya!]
Antara benefits yang saya dapat ialah, saya sekarang sudah hafal di mana kedudukan buku mengikut section dan theme. So, kalau nak cari buku untuk buat assignment, alhamdulillah..dengan pantas buku itu diperolehi.. Haha..itu kerana saya dah tahu kedudukan buku-buku yang berkualiti yang tersembunyi di sebalik rak-rak itu.. Hahahahhaa <--ini gelak jahat. Sekian dahulu laporan daripada seorang 'shelver'.
"Give her some water!!"
Presentation hari ini. Sedang kumpulan saya leka 'mempersembahkan' persembahan kami, tiba-tiba Megan jatuh bergolek di kaki Sarah.
"Oh my Godness!!" Jerit kawan-kawan saya di dalam theathre room.
"Open the windows!!!" "Water, give her some water!" "Give way! Give way!"
Saya tergamam apabila melihat Megan terbaring kaku di lantai di hadapan bilik itu. Tak mampu berbuat apa-apa. Megan ahli kumpulan saya.
Semalam semasa dalam keadaan jalan yang licin dek snow yang membeku seperti ais, beliau terjatuh dan terhentak di kepala dengan kuat. Tetapi hari ini beliau datang juga ke kelas kerana kami ada 'presentation' untuk minggu ini.
Megan pun dihantar ke A&E yang hanya beberapa blok sahaja dari bangunan kelas kami.. [Sekolah kami dalam hospital la...]
Beliau mengalami Post Head Injury whatever.. Sorry doctors, saya tak tahu sangat. Semoga Megan cepat sembuh dan tiada apa-apa yang berlaku padanya.
Kemudian terbitlah cerita-cerita ini..
"My friend's mum died two days after she banged her head on the kitchen wall."
"Yeah, my friend also died after a few days he fell down on the road and hit his head badly."
"They should shut down universities and cancel classess due to this bad weather condition."
"We should be at home today. Look at the ice, they dont melt yet. Slippery."
End.

Thursday, 7 January 2010
Robohan Ramsis
"Panasnya kat sini!!" matahari terik di atas kepala ketika kami semua berada di Giza. Salah satu tempat yang dilaknat oleh Allah di muka bumi ini. Piramid. Bangunan yang berbentuk tiga segi jika dilihat dari sisi.
"Busuknya tahi unta!!" Keadaan di sekeliling piramid sangat busuk dengan tahi-tahi unta yang bersepah-sepah. Hidung saya seakan-akan sudah 'imune' dengan bau itu. Rasanya, orang lain pun sama kot. Nak tengok piramid punya pasal.
Bayaran nak masuk ke kawasan piramid sangat mahal. 60 Genih (Egyptian Pound)Alhamdulillah kami semua bergelar 'student', dapat diskaun hampir 2/3 daripada harga sebenar. Bayangkanlah..setiap hari, boleh dikatakan beribu-ribu pelancong asing melawat piramid yang dikatakan antara 7 benda ajaib dunia itu. Berapa banyak kerajaan Mesir untung ya?? Hanya dengan piramid-piramid tua yang sudah terhakis itu.
Piramid adalah tempat bersemadinya Fir'aun. "Ada banyak piramid tapi kebanyakannya dah terhakis dan ada yang tenggelam dalam banjir besar suatu ketika dahulu" kata Ustaz Aisam, watak utama dalam crew perjalanan kami.
Kami berpeluang untuk masuk ke dalam salah satu daripada piramid itu. Sesak nafas. Itu pengalaman pertama saya di dalam piramid. Lorong-lorong dalam piramid kecil dan sempit, jalan pulak kena tunduk dan membongkok. Memang ia diciptakan begitu. Kononnya kena tunduk pada Fir'aun la.
Kemudian kami naik unta. Unta. Binatang yang berbonggol dua hidup di padang pasir. Soalan pertama saya sebelum naik unta, "Erkkk ustaz, unta ni boleh ke angkat orang gemuk macam saya ni? Macam tak confident jek..."
Masa naik unta, kami naik dua orang satu unta. Saya naik dengan Husna. Saya kat depan, Husna di belakang. "Pegang kuat-kuat, unta ni akan naik bahagian bontotnya dulu, takut nanti terhumban ke depan pulak" pesan Ustaz Aisam.
Fuiyooo..best sangat naik unta. Sakit pinggang. Adeihhh...naik unta jadi exercise pinggang la pulak. Bagus untuk senaman merampingkan pinggang. Lepas naik unta, saya lihat unta itu menangis..kenapa?? Sebabnya..memang lumrah unta itu mengeluarkan air mata sebagai proses fisiologi untuk menyejukkan tubuh mereka di kawasan yang panas itu.
Masuk dalam van. Sambung tidur.
Next destination....
Nak buat essay la sekarang. Sambung lagi bila-bila free...

Wednesday, 6 January 2010
Tak Suka
Menjadi semakin tidak bersemangat. Tidak tahu kenapa. Rasa malas. Sakit. Selesema semakin teruk. Sebab gatal main snow pagi tadi. Salahkan diri sendiri.
Tak suka perasaan ini.
Tak suka perasaan ini.
Tuesday, 5 January 2010
Cleopatra Picisan
Suasana di Lapangan Terbang Kaherah, Mesir begitu tenang sekali tatkala kami melepasi passport check.
Tiba-tiba telefon bimbit saya berdering. "Ish sapa pulak la yang dok telefon kat Mesir ni..." rungut hati saya. Selalunya ayah saya la yang selalu telefon tak kira di mana jua saya berada. Selagi saya tak cakap, "Ayah, jangan call kakak minggu ni, tunggu sampai kakak call ayah tau", selagi itulah bayangan ayah saya di mana-mana.. Eh, jangan ingat saya tak suka pulak, saya suka sangat bila ayah saya call saya. Sebab saya tahu ayah saya sayangkan saya dan mesti dengar suara saya setiap hari...adeih..macam mana la kalau saya dah kahwin nanti...sebelum tidor kena cakap dengan ayah dulu... Kuang kuang kuang...
Ok, berbalik kepada panggilan telefon tadi, nombor tak dikenali muncul di skrin telefon Sony Ericsson K800i yang sudah veteran itu. "Hallo Mahfuzah, dah sampai ka? Ni Ustaz Aisam ni, saya tunggu kat luar ya", panggilan mati tiba-tiba..
Oh itulah Ustaz Syed Aisam Syed Idris yang menjadi Ketua Perjalanan kami di Mesir. Sila lihat gambar beliau di Facebook saya..haha. [mintak maaf ustaz..saya lawak jaaa]
Pagi di Kaherah, panas dan berdebu. Satu perkara yang saya kurang suka di sini ialah bunyi bising hon kenderaan. Sakit telinga.
"Ok sekarang kita akan singgah solat di Masjid Amru Al-Asr, boleh ambil wuduk dan kita solat Zohor dan Asar jamak ya" kata Ustaz Aisam yang masih malu-malu lagi dengan kami. [hukhukhuk]
*****
"Baiklah semua, kita sekarang berada di kawasan Masjid dan makam Imam As-Syafie, cuba lihat di atas kubah masjid ni, apakah bentuk kubah ini?"
"Bentuk kapal bahtera!!" jawab kami semua beramai-ramai...[serious macam lawatan sambil belajar ok]
"Haaa...betul tu, cuba teka kenapa ianya berbentuk bahtera sedangkan biasanya kubah masjid berbentuk bulan dan bintang? Siapa dapat jawab, ustaz belanja jus!" Amboi ustaz, siap offer jus lagik tuu..
Jawapan kami pelbagai... Mari kita dengar jawapan ustaz.. "Kubah masjid Imam Syafie berbentuk kapal bahtera kerana beliau belayar untuk mencari ilmu. Beliau merantau untuk berguru dengan orang-orang ternama dengan kapal melalui jalan laut."
"OOOoooooo"
******
Kemudian kami singgah di Muzium Mesir. Kami lihat banyak patung-patung fir-aun...
"Ok, ni ada satu soalan kuiz, kenapa ada patung yang badannya singa, tapi kepalanya manusia? Siapa dapat jawab, ustaz belanja jus!!" [ish ustaz ni, asyik belanja jus ja..cuba la belanja benda lain pulak... Kalau setakat jus, kat UK pun boleh dapat.. Ustaz ni obses betul dengan jus Mesir dia tu...haihhh..]
Saya tak nak berdialog 'jus' ustaz lagi.. [haha] Ini jawapannya... Kepala manusia kerana mengambil kebijaksanaan akal manusia manakala badan singa mengambil iktibar kegagahan sang Singa tu.
Malam itu kami belayar di atas kapal layar di Sungai Nil, sungai terpanjang di dunia.. sungguh cantik pemandangan di waktu malam di tebing sungai Nil itu..
Ketika kami belayar, banyak cerita ustaz kepada kami..kami seolah-olah macam kanak-kanak yang mendengar cerita daripada cikgu sekolah.. [hehe]
Letih....bersambung esok..

In the making of my....
Library Heath. 12.03 noon. 5/01/10.
Kepulan ais putih turun dengan lebatnya di luar. Saya perhatikan dengan penuh 'kesejukan' hati dan minda. Tahun ini salji turun penuh bersemangat. Saya pula yang kurang bersemangat. Tidak seperti selalu. Mungkin sebab saya kurang sihat. Ahhh..itu bukan alasannya! Saya mesti kembalikan semangat Mahfuzah seperti selalu. Setakat batuk dan selesema, itu hanya ujian-ujian kecil dari Allah untuk hamba-Nya. Bersabarlah. Ini kaffarah dosa-dosa yang lalu. Mungkin tak banyak yang akan terhapus, tapi sedikit sebanyak meringankan beban dosa diriku. #
Salji itu turun berkepul-kepul. Sungguh gebu. Hinggap di dahan dan ranting pokok yang tidak berdaun. Pokok musim sejuk. Suhu mencecah -8 Celcius. Sungguh sejuk. Sedangkan saya yang banyak lemak ini pun tak tahan, apatah lagi bagi sesiapa yang takda lemak.
Sepatutnya saya buat kerja sekolah kat library ni. Bukannya menulis blog. Kerja menyusun buku bermula pukul 4 hari ini. Saya bercadang untuk menetap di sini sampai kerja saya bermula di library ini juga. Soal makan, saya dah bawak bekal. Soal solat, saya akan 'hijack' mana-mana bilik kuliah yang kosong dalam bangunan ini nanti. Malas nak ke Main Building Heath Hospital. Selesa dalam library ini. Suhu suam.
Hari ini ada kerja berkumpulan. Kumpulan baru tahun ini. Sarah, Alex, Lady, Joanna, Jackie, Megan, Charlotte dan saya. Semuanya perempuan. Saya suka. Meeting pertama berjaya dihabiskan dengan sempurna. Alhamdulillah. Presentation kumpulan lagi 2 minggu. Bersiap sedia.
Di saat saya habiskan ayat-ayat terakhir untuk entry kali ini. Salji yang turun mulai reda. Semakin lambat pergerakannya. Semakin mengecil kepulannya. Tidak segebu awal tadi. Baiklah, saya perlu fokus sekarang. Mari!!
Top things on my list for this week:
1. Research Project final year!! -Literature review dan outline methodology-
2. Professional Portfolio 3. Portfolio untuk tahun terakhir. Buat sehabis baik!!!!
3. Patchwork text 3. Kali ni saya mendalami bidang Paediatric, speficic di sekolah pendidikan khas. Lanjutan kepada practical saya semester lepas. Persediaan untuk kerjaya saya akan datang. Inshaallah.
Semangat tak!???? Semangat tak???!!!
Ok!!! SEMANGAT!!! Jom belajar!! Pelajar-pelajar saya sedang menanti saya!! Mereka perlukan saya sebagai pembimbing mereka!!! Mesti ingat, mereka perlu dibantu. Siapa yang akan bantu mereka??
Saya!!! Kami!! [jawab para guru yang berwibawa]
Betulkan niat. Erti hidup pada memberi. Apa yang saya boleh beri???!!! Kebolehan dan kepakaran dalam bidang yang saya suka!! Jadi cikgu!!!
Jadi.... Apa yang saya patut buat sekarang????
Belajar!!! Yeayyy!!!! Belajar itu adalah perasaan yang sangat indah. Daripada tak tahu, saya akan jadi tahu. Yeay!!!!!
Jom!! Jom!! Kuatkan semangat!! Jangan lemah semangat!!!

Sunday, 3 January 2010
The Fir'aun Jadian
Perjalanan menaiki van melalui terowong bawah tanah merentasi Terusan Suez iaitu terusan terpanjang di dunia adalah sangat singkat. 5 minit perjalanan merentasinya sedangkan ratusan tahun untuk membinanya... Kami pun sampai di Semenanjung Sinai-another part of Egypt yang berhampiran dengan Israel, Saudi Arabia dan Syria...
Kubu Sultan Salehuddin Al-Ayyubi berada di Laut Aqabah-tempat berlakunya perjanjian Aqabah semasa zaman Rasulullah SAW ketika dahulu. Kubunya cantik dikelilingi lautan biru.. Ianya dekat dengan sempadan Mesir-Israel. Saya tidak pernah bermimpi untuk pergi ke tempat paling bahaya di dunia itu namun, pada saat ini, saya berada berhampiran tempat itu. Saya dengar bunyi letupan bom bertalu-talu. "Mungkin mereka sedang mengadakan latihan ketenteraan," kata Ustaz Syed Aisam - seorang pelajar tahun 3 Syariah University Al-Azhar, Cairo yang menjadi Ketua Perjalanan kami di sana...
"Latihan ketenteraan?!!!" Hati menggigil.
Di Sinai, kami melalui Banjaran Teh, di mana kaum Nabi Musa yang ingkar telah disesatkan Allah selama 40 tahun di sini. Banjaran Teh itu rupanya adalah gunung berbatu yang sungguh curam dan mengelirukan. Bentuknya sama dan hampir tidak dapat pastikan hujung atau pangkal. Sebuah kisah yang menjadi teladan kepada kita semua.
Desiran bayu laut di Pantai Dahab menampar-nampar pipi saya yang lena dibuai mimpi dalam van [agak exaggerate la kot angin menampar-nampar itu..tipu ja]. Saya terjaga dari tidur. "Kita dah sampai di Dahab, kita akan makan tengahari dan check-in di hotel lepas ni," kata Ustaz Aisam yang berumur 25 tahun, 2 tahun lebih senior dari saya.
Semua crew van yang lain menerpa ke tepi pantai yang tidak berapa tenang. Ramai pelancong asing yang mendedahkan aurat mereka di pantai itu.. "Astaghfirullah..jaga pandangan ustaz..Tunduk tunduk," kata saya kepada Ustaz Aisam dan sahabat jemputan beliau, Ustaz Nasruldeen, juga pelajar Al-Azhar.
Di Dahab, kami menaiki 'glass boat' untuk menyaksikan panorama dasar laut di Laut Aqabah itu.. Subhanallah di bawah dasar air yang bergelora itu, ada sebuah kelompok kehidupan yang sungguh besar... Berwarna warni..penuh bertenaga.. Kami sempat memberi ikan-ikan dan makhluk di dasar laut itu makanan yang kami bawa dari kehidupan di daratan. Mereka sungguh gembira menerima kehadiran kami, ini dapat dibuktikan melalui 'tarian' mereka yang seirama ketika berenang-renang... alhamdulillah saya dapat saksikan kebesaran itu..
*****
Jam 1 pagi, kami memulakan pendakian ke puncak Gunung Sinai, iaitu Jabal Musa. Ia juga dikenali sebagai St Catherine kerana tempat itu adalah tempat bermulanya syariat 3 agama, Yahudi (kepercayaan daripada Nabi Musa), Christian (kepercayaan kepada Nabi Isa) dan Islam.
Sepanjang pendakian di malam yang gelap itu, saya dapat saksikan kebesaran Allah di langit dipenuhi bintang-bintang yang sungguh banyak!!! Subhanallah saya sangat kagum. Tidak pernah saya lihat bintang-bintang yang sungguh banyak. Di kawasan Mesir, padang pasir, tiada awan yang menutup langit, jadi alam semesta dapat dilihat terus di sini. Sebab itulah bintang-bintang dan zodiak pelbagai bentuk sangat jelas di sini!!
Kami sampai ke puncak Sinai hampir Subuh, setelah 3 jam pendakian. Angin sejuk mulai terasa di tulang belulang ini.. Sangat pedih!! Ini kali pertama saya merasai angin yang begitu tajam. Menyucuk-nyucuk kulitku. Kami menunaikan solat Subuh di atas Puncak Sinai dan seterusnya menyaksikan pemandangan matahari terbit. Oh ya, hari kami berada di puncak Sinai adalah pada 1 MUHARAM, permulaan tahun baru Hijrah dalam kalendar Islam. Alhamdulillah atas nikmat ini.. Sangat cantik. Dalam hati saya memuji-muji Allah..
Penjalanan menuruni Sinai lebih cepat daripada yang dijangka. Satu jam saja. Ditambah pula keinginan kami yang ingin cepat sampai di bawah. Dua orang ustaz yang mengiringi kami pun pancit di tengah jalan ketika turun. "Sabaq sabaq, skru kaki kami dah terlucut dah ni, rehat dulu," kata Ustaz Aisam dengan pelat utaranya itu.
Perjalanan pulang ke Tanah Besar Mesir diteruskan selepas itu. Sepanjang perjalanan saya lihat pemandangan padang pasir yang luas dan panas... Bayangkan masa dulu takdak kereta, semuanya guna unta dan jalan kaki. Insaf.. Tiba-tiba ada seekor unta liar di hadapan van kami. "Kalau nak sembelih unta ni pun boleh ni..ni unta liar," kata Ustaz Aisam kepada kami semua yang kagum melihat unta itu.
Saya tanya ustaz Nasruldeen, "Ustaz, macam mana nak bezakan pasir jerlus dengan pasir biasa?"
"Pasir jerlus ni teksturnya halus kalau dibandingkan dengan pasir biasa. Cuba lihat tu...nampakkan perbezaannya? Pasir jerlus ni sangat tajam, kalau kita sentuh boleh luka," jelas Ustaz Nasruldeen yang penuh gaya seorang penyanyi nasheed kontemporari Malaysia.
Sepanjang perjalanan itu juga saya berbual-bual dengan Ustaz Nasruldeen tentang realiti kehidupan pelajar Malaysia di Mesir. Saya tak dapat tidur masa tu sebab tu kena berbual-bual. Saya tengok sahabat-sahabat 7 Wonders yang lain dah lama dibuai mimpi.. adeihh...
Ini beberapa fakta daripada Ustaz Deen tentang pelajar dan pembelajaran di Mesir:
1. Kos hidup mereka adalah lebih kurang 600-700 Egyption Pound sebulan. Which is about GBP 100 sahaja.
2. Kos yuran pengajian mereka pula ialah 70 Egyptian Pound setahun!!! Sangat WOW!!!!
3. Kelas mereka 6 hari seminggu. Hari Jumaat cuti. Kelas pulak tak diambil 'attendance'. Satu kelas ada lebih kurang 1000 pelajar. Memang tak muat dewan kuliah. First come first serve. Sampai ada yang duduk di tepi corridor dan tangga untuk dengar lecture. Lecturer pulak suka hati jer masuk time yang mereka suka. Contoh, kalau kelas mula pukul 10 pagi, kadang2 terpaksa tunggu sampai pukul 12 baru lecturer masuk.
4. Exam hanya ada 3 soalan untuk satu paper. Tiada assignment lain. Tapi ada more than 10 papers untuk setiap semester. Tiada marking scheme untuk jawab soalan exam. Markah lulus ialah 50. Exam dijalankan di mana-mana sahaja sampai ke tepi-tepi jalan kerana ketidakcukupan menampung bilangan pelajar yang ramai. Siap boleh order teh panas semasa exam. Cool~~
5. Gas dan bil-bil elektrik sangat murah di Mesir. Maaf saya tak berapa ingat figure tersebut.
6. Kebanyakan pelajar yang belajar di Mesir dalam jurusan agama adalah self-sponsored. Berbanding pelajar jurusan perubatan yang kebanyakannya adalah sponsor kerajaan. Pelajar self-sponsored biasanya mendapat bantuan zakat mengikut negeri kelahiran masing-masing. Lebih kurang RM 4000 setahun. Kecuali Selangor, mereka dapat RM 7000 setahun.
7. Seratus pound UK bersamaan dengan approximately 850 Egypt pound. Melebihi perbelanjaan sebulan yang mewah di Mesir.
*****
Dan van kami pun menghampiri persisiran pantai Laut Merah. Laut Merah yang selalu disebut dalam Al-Quran. Warnanya tidaklah merah seperti namanya. Saya pun tak pasti kenapa Laut Merah dinamakan begitu. Lupa pulak nak tanya ustaz-ustaz itu.
Kami singgah di Hamam Firaun, di tepi pantai yang berpasir hitam. Hitam itu kerana kandungan sulfur. Baik untuk kulit. Saya dan The 7 Wonders yang lain sempat menyapu tanah sulfur itu di tangan masing-masing.
Kemudian kami singgah di tapak 12 Mata Air Nabi Musa. Dan ke Kubu Tentera Israel yang sudah ditawan Mesir. Kami diceritakan betapa bijak dan cerdiknya tentera Israel membina kubu-kubu tersebut. Ada 6 kubu semuanya. Cukup konkrit dan kebal. Mereka memang sudah merancangnya dengan begitu berhati-hati. Taktik mereka sungguh halus. Semoga Allah sentiasa bersama dengan kita semua.
Kami kembali ke Kaherah...bunyi bising hon kereta cukup membingitkan telinga saya dan sahabat-sahabat lain. Tidak tenteram dibuatnya.
To be continued....

Saturday, 2 January 2010
The Rose and Sand
Kejap kejap bukak email..kejap kejap check Facebook.. Kejap-kejap tengok YouTube... Kejap-kejap pegi toilet... Kejap-kejap minum air... Kejap-kejap turun dapur amek makanan...
Saya kurang sihat sebenarnya.. sakit tekak..tekak kering..batuk batuk..bersin-bersin.. Nak ketawa dan gembira pun rasa malas... Rasa sejuk-sejuk...
Lagi 2 hari kelas bermula..adeih..sungguh tidak bersemangat...entah kenapa begitu...
Masa tengok-tengok Facebook, saya selalu view profile orang yang dah kahwin.. Hahahaha!!! Apa yang saya perhatikan ialah iras wajah pengantin itu... Hehehe...
Kebanyakannnya muka pasangan pengantin itu ada iras-iras yang sama... Baik dari segi bentuk mata, bentuk muka, warna kulit, bentuk badan, hidung, mulut, bentuk cermin mata, kelebatan bulu kening dan juga susunan gigi..heheehehehe.. [OMG, saya perhatikan semua benda okay!!]
Orang kata..muka suami akan ada iras-iras isteri.. Ye ke???!!!! Mungkin ya dan mungkin juga tidak... hehehehe...
Sukalah tengok semua tu.. Saya suka juga tengok warna baju pengantin mereka.. Yang paling saya suka ialah warna cream kekuningan dan putih.. Putih tu masa hari pernikahan la...
Lepas tengok gambar orang kahwin kat FB, saya buka Youtube pulak, nak tengok video orang kahwin... lagi!!! Kenapakah saya begini??!!!
Errrrmmmm... tak tahu tak tahu..jangan tanya jangan tanya...
Kat YouTube lagi best videonya siap dengan background music lagikkk!! Saya rasa best lah bila tengok video orang-orang kahwin ni.. Serious tak tipu.. Di sini saya ingin berkongsi tentang KAHWIN....
1) Dalil nas Al-Quran, iaitu sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
"Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui"
2) Dalam nas yang lain Allah swt berfirman yang bermaksud:
"...maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil diantara (isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja..."
(Surah An-Nisa' 4 : 3)
-kepada bakal suamiku..silalah ambil seorang saja isteri ketika isteri pertama itu masih hidup... kerana beliau tidak mahu ada insan lain dalam kehidupan anda berdua..bukan untuk menidakkan hukum poligami, tetapi ini adalah naluri hati insan yang bergelar seorang perempuan....
Saya ini bersifat 'possessive' okay! "Dia saya punya! Orang lain tak boleh ambik..nak share pun tak boleh!!! Nanti saya sedih...."
3) Dalam nas Hadis sebagaimana sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Bukhari yang bermaksud:
"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku"
(riwayat Al-Bukhari)
4) Antara nas Hadis Baginda yang lain yang sangat memberikan galakan kepada golongan remaja yang mampu supaya berkahwin demi menjaga agama dan kehormatan diri ialah sebagaimana sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:
"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri"
(riwayat Bukhari dan Muslim)
-Inshaallah the time will come.. Siapa dan bila saya akan berkahwin??? Allahu'alam.. Hanya Dia yang lebih Mengetahui... Semoga Allah tetapkan yang terbaik bagiku...

Friday, 1 January 2010
Lestary Dapur FUIYO 09
FUIYO 09 telah selamat berlangsung dengan begitu cemerlang di Telford, Ironbridge, UK. Banyak perkara yang menguji sehingga hampir-hampir membatalkan FUIYO atas masalah salji yang tebal di kawasan asal FUIYO di Peak District itu.
Drama tentang pertukaran tempat FUIYO 09 ini boleh didapati di sini.
Sekarang saya nak cerita pasal drama kat dapur pulak.. hohohoho.. Mungkin peristiwa-peristiwa di dapur belum di'publish' di mana-mana blog mahupun page networking yang lain..hehe..
Hari pertama. Perjalanan saya ke Manchester dari Cardiff. Hati berdebar-debar sebab tempat dah bertukar, saya risau sungguh. Dalam hati..macam mana la dapur tu nanti.. cukup tak barang-barang semua... Adeih..nak masak untuk 120 orang ni.. risau..risau..
Dan saya pun menenangkan hati ini dengan call beberapa orang untuk bertanyakan tentang tempat itu...tentang barang ASDA lagi.. tentang periuk nasi, blender dan lain-lain.. Tiba-tiba saya dapat panggilan daripada salah seorang AJK FUIYO, "Mahfuzah, dapur kita nanti sangat besar, lengkap dengan semua periuk dan perkakas memasak." Alhamdulillah..hati saya ditenangkan Allah..
Sepanjang perjalanan ke Telford, saya dilanda kerisauan lagi..kerana bas kami sangat lambat untuk sampai di sana.. Dahlah pakcik driver tu sesat pulakkk.. Beberapa kali saya dihubungi oleh AJK yang sudah berada di sana bertanyakan khabar Tukang Masak yang belum sampai ini.. Adooiiii..
Malam itu.. Kami Geng Dapur bergegas ke dapur untuk memasak hidangan makan malam, Nasi Ayam PAsti Terangkat!! Berbekalkan bakat memasak yang memang tidak berbakat ini... kami Geng Dapur FUIYO bertungkus lumus menyiapkan menu 'terangkat' itu... Apatah lagi kami semua tidak pernah memasak di event-event besar dalam kuantiti yang banyak.. Memang kami semua chef amatur lahh!!! Main suka hati masak jer..janji sedap.. Itu prinsip kami.. Hehehehe..

Dapur di FUIYO memang sangat meriah.. pelbagai ragam tukang masak amatur dapat disaksikan...hehe.. Ada yang masak nasi tapi lupa letak air lah... Ada yang menggoreng sampai hangus lah.. hehe.... Ada yang pandai buat telur dadar setebal buku Teks Kimia Tingkatan 5 lah.. hehehe.. Siapa mereka??!! Mereka terdiri daripada kami semua..hehe..
Menu-menu di FUIYO diberi nama yang gempak-gempak hasil idea kami di dapur ketika memasakk hoohohooo.. Sup Ayam Uuu Laa Laaa (sila pronounce dengan gaya yang sepatutnya)~~ Ayam Lemon FUIYO Terbabow!! Tom Yam Mantop Montoya. Telur 'Itik Main Snow'. SuperMario Tenggelam dalam banjir. Dan Ayam Putus Cinta.
Ini ialah menu istimewa di FUIYO ~ Ayam Lemon FUIYO Terbabow!!! ~

Bercerita tentang Ayam Lemon..haha..sebenarnya tak dak dalam menu asal FUIYO 09. Tetapi disebabkan permintaan oleh Geng Dapur sendiri, saya dengan senang hati rela berkongsi resepi dengan mereka.. Oh saya rasa Ayam Lemon saya taklah sesedap mana pun.. Ini pengakuan jujur saya ok.
Towards the end of FUIYO, jari-jari kami sudah banyak yang berbalut.. hehe.. ada yang terkena pisau..periuk panas..air panas..dan bermacam-macam lagi... Tangan saya sendiri terasa kasar dan tebal dan sakit kerana membasuh periuk-periuk besar tanpa memakai 'glove'!!!!
Selepas saja tugas memasak kami selesai, kami selalu bertenggek untuk melihat para peserta FUIYO makan di ruang makan berhadapan dengan dapur kami.. Hehehe.. macam makcik kantin.. Seronoklah tengok orang makan dengan gembiranya.. Saya sukaa..
Dapur FUIYO juga ada kelemahannya di mana ayam yang kami order sebanyak 750 ketul bukanlah seperti yang dijangka. Hanya ada 500 ketul sahaja.. Jadi kami terpaksa memaksa AJL Logistik untuk keluar membeli ayam dan beberapa barang lain yang tidak cukup. Adoiii... Maafla AJK Logistik yer..menyusahkan pulak..
Pastu pulak ada kejadian kereta yang kami naiki untuk pergi membeli ayam itu telah kematian battery dek kerana cuaca yang terlalu sejuk dan beku. Dan kami terpaksa meminta pertolongan kereta lain... Banyak sungguh dugaan..
Oh yer lupa nak cerita drama dalam drama di FUIYO.. Sebenarnya kami diminta pertolongan untuk menjayakan 'lakonan' kejutan untuk para peserta FUIYO dan AJK yang menyambut ulang tahun kelahiran mereka di bulan Disember dan ada juga yang menyambutnya di FUIYO 09. Hahah!! Dengan tak tahu apa yang berlaku, kami disuruh membawa masuk kek ke dalam dewan ceramah bersama pisau dan pinggan. Dengan tiba-tiba semua orang ketawa..saya tak paham.. Haha..
Lepas tu baru kami semua Geng Dapur paham apa yang dirancang sebenarnya.. Sungguh 'off-tuned'!! hehe

Sedap tak makanan di FUIYO 09?? Ramai yang cakap sedap.. Kami di Geng Dapur rasa gembira jika mereka berpuas hati dengan air tangan kami.. Hehehe.. saya ulang sekali lagi.. 'Air Tangan Kami' hehehee... Oit oit, jangan bayang benda lain pulak... Haha..
Ini kali pertama saya memasak di event yang dihadiri ramai orang. In fact, saya tak pernah pun memasak untuk orang ramai.. Haha.. Ini kali pertama. Pertama dalam hidup. Saya rasa terharu dengan Geng Dapur yang begitu menyokong antara satu sama lain.
Dan kerana itu juga, saya merindu suasana itu.. Heheehe..
Hohoho..ini sedikit confession..jikalau Resepi Ayam Lemon saya mendapat sambutan, bolehlah saya masak Ayam Lemon untuk kenduri kahwin saya nanti!!! Haha! <---SILA JANGAN PERCAYA dengan cita-cita ini, hanya tipu dan angan-angan kosong semata-mata!! [Tak pernah dibuat orang ok!!]
Untuk Team Dapur FUIYO 09, anda adalah yang terhebat!!!!! Sekalung tahniah!!
Ok baiklah: ini feedback yang saya terima sepanjang menjadi Head Chef di FUIYO itu.
1. "Kak Fuzah, letak banyak sayur lagi boleh...saya suka sayur!!" -perlu beli lebih banyak sayur-sayuran-
2. "Fuzah, ada pisang lagi tak? Sembelit laaaa..." -perlu beli lebih banyak buah pisang untuk elakkan sembelit semasa program..hehe-
3. "Nasi boleh tambah lagi tak kak? Sedap giler nasi ni..!!" -perlu beli beras yang lebih banyak kerana mereka memang menghabiskan beras..50kg obviously tak cukup!! hehe-
4. "Ayam kat FUIYO besar-besar belaka. Kenyang giler!!' -kekalkan saiz ayam di FUIYO, iaitu seekor ayam dipotong 6 bahagian-
5. "Asyik asyik sambal kicap, sambal belacan..." -kedua-dua sambal ini memang sangat laris di FUIYO, tiada lebihan pun setiap kali lepas makan, jadi perlu diteruskan usaha menghasilkannya di masa akan datang-
6. "Sedapnya bau nasi ni kak? Apa nama nasi ni?" -nasi yang berbau sedap itu adalah Nasi Ghee..ianya menggunakan minyak sapi, sebab tu lah wangi.. Nasi ni cepat kenyang tau..tapi tak leh makan selalu sebab dapat menggemokkan anda dengan pantas. Berkesan untuk ke'sedap'an yang melampaui batas..hehe-
Dan ... Head Chef FUIYO 2009 pun meletakkan jawatan....

Semoga semua berpuas hati dengan apa yang saya dan Team Dapur 'beri'... Kami hanya mampu tersenyum puas jika anda semua kenyang dan gembira dengan masakan 'penuh kasih sayang' kami..Hehe..
Subscribe to:
Posts (Atom)