Friday, 8 January 2010

Si Penyusun Buku itu..


Okay, ini gambar diambil daripada seorang Mamarazi yang tidak dikenali. Mari kita buat penrangan tentang gambar di atas. Tekunnya dia sedang susun buku....

Inilah kerja saya setiap hari Isnin dan Selasa, 5pm-8pm. I am a shelver at our Healthcare Department Library, Heath Hospital!!! Dah buat kerja ni sejak October lepas dan mungkin bersambung sampai habis belajar ni kot!! Haha.

Seperti di dalam gambarm inilah rutin pekerjaan. Menyusun buku-buku mengikut urutan abjad dan nombor. Kerja ni agak relax jika dibandingkan dengan kerja part-time yang lain mungkin. Bergantung kepada hari, kalau banyak buku, maka banyaklah kerja. Jikalau sedikit buku, maka banyak relax lah. Oh saya tidak pernah bekerja sebelum ini melainkan kerja jadik cikgu sekolah kat Malaysia.

Saya suka kerja ni sebab saya mendapat advantages yang sangat banyak semenjak menjadi sebahagian daripada library ini.

Library ini terletak dalam bangunan yang sama tempat kelas saya. Hanya beberapa langkah sahaja. [okay, itu exaggerate!] Jadi, selepas kelas, selalunya saya akan lepak di sini sehinggalah waktu kerja saya bermula pukul 5 petang!! Ulat buku rupanya Mahfuzah ini.. Haha..!! [sila jangan percaya!]

Antara benefits yang saya dapat ialah, saya sekarang sudah hafal di mana kedudukan buku mengikut section dan theme. So, kalau nak cari buku untuk buat assignment, alhamdulillah..dengan pantas buku itu diperolehi.. Haha..itu kerana saya dah tahu kedudukan buku-buku yang berkualiti yang tersembunyi di sebalik rak-rak itu.. Hahahahhaa <--ini gelak jahat. Sekian dahulu laporan daripada seorang 'shelver'.

No comments:

Post a Comment