Kejap kejap bukak email..kejap kejap check Facebook.. Kejap-kejap tengok YouTube... Kejap-kejap pegi toilet... Kejap-kejap minum air... Kejap-kejap turun dapur amek makanan...
Saya kurang sihat sebenarnya.. sakit tekak..tekak kering..batuk batuk..bersin-bersin.. Nak ketawa dan gembira pun rasa malas... Rasa sejuk-sejuk...
Lagi 2 hari kelas bermula..adeih..sungguh tidak bersemangat...entah kenapa begitu...
Masa tengok-tengok Facebook, saya selalu view profile orang yang dah kahwin.. Hahahaha!!! Apa yang saya perhatikan ialah iras wajah pengantin itu... Hehehe...
Kebanyakannnya muka pasangan pengantin itu ada iras-iras yang sama... Baik dari segi bentuk mata, bentuk muka, warna kulit, bentuk badan, hidung, mulut, bentuk cermin mata, kelebatan bulu kening dan juga susunan gigi..heheehehehe.. [OMG, saya perhatikan semua benda okay!!]
Orang kata..muka suami akan ada iras-iras isteri.. Ye ke???!!!! Mungkin ya dan mungkin juga tidak... hehehehe...
Sukalah tengok semua tu.. Saya suka juga tengok warna baju pengantin mereka.. Yang paling saya suka ialah warna cream kekuningan dan putih.. Putih tu masa hari pernikahan la...
Lepas tengok gambar orang kahwin kat FB, saya buka Youtube pulak, nak tengok video orang kahwin... lagi!!! Kenapakah saya begini??!!!
Errrrmmmm... tak tahu tak tahu..jangan tanya jangan tanya...
Kat YouTube lagi best videonya siap dengan background music lagikkk!! Saya rasa best lah bila tengok video orang-orang kahwin ni.. Serious tak tipu.. Di sini saya ingin berkongsi tentang KAHWIN....
1) Dalil nas Al-Quran, iaitu sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
"Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui"
2) Dalam nas yang lain Allah swt berfirman yang bermaksud:
"...maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil diantara (isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja..."
(Surah An-Nisa' 4 : 3)
-kepada bakal suamiku..silalah ambil seorang saja isteri ketika isteri pertama itu masih hidup... kerana beliau tidak mahu ada insan lain dalam kehidupan anda berdua..bukan untuk menidakkan hukum poligami, tetapi ini adalah naluri hati insan yang bergelar seorang perempuan....
Saya ini bersifat 'possessive' okay! "Dia saya punya! Orang lain tak boleh ambik..nak share pun tak boleh!!! Nanti saya sedih...."
3) Dalam nas Hadis sebagaimana sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Bukhari yang bermaksud:
"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku"
(riwayat Al-Bukhari)
4) Antara nas Hadis Baginda yang lain yang sangat memberikan galakan kepada golongan remaja yang mampu supaya berkahwin demi menjaga agama dan kehormatan diri ialah sebagaimana sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:
"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri"
(riwayat Bukhari dan Muslim)
-Inshaallah the time will come.. Siapa dan bila saya akan berkahwin??? Allahu'alam.. Hanya Dia yang lebih Mengetahui... Semoga Allah tetapkan yang terbaik bagiku...
No comments:
Post a Comment