Library Heath Hospital. Sendirian tanpa teman. Selalu ada Dayang. Sekarang beliau 'placement' di Llanrumney selama 2 bulan.
Petang nanti saya kerja di library ni. Menyusun buku.
Final year mode.
Terasa seperti baru semalam saya menjejak kaki di bumi Cardiff ini..
Hari ini, lagi beberapa bulan bakal menamatkan pangajian sarjana.
Macam tidak percaya.
Semalam semasa berjalan pulang dengan Novia [pelajar dari China, teman menyusun buku di library], kami berbual-bual..
"When I first came here, I was 17..now, I am 23..whoa..I am getting older now..." kata Wei Lin [Wei Lin ialah nama cina beliau, saya suka panggil beliau Wei Lin instead of Novia]
"Yea I know.. Wei Lin, just to remind you..this year (2010), we are 24 ok..not 23 anymore..hahaha!"
"NO!! Arghh..24! Cant believe that! When are you going back to Malaysia?"
"After I graduate, in July..after 13th of July...maybe. Wei Lin, come to Malaysia when you are free. I will feed you 'Laksa' and 'Tomyam' and 'Roti canai'."
"Whoaa..I want to visit you in Malaysia. I love Malaysia. I like the food..the weather..Kuala Lumpur and everything.."
******
Thinking about my homecountry..Malaysia.. my future career..my future life... my future dot dot dot.. my future house.. my future car.. my future family.. my future working environment.. my future friends.. bla bla bla...
Kehidupan di UK ini mendewasakan pemikiran..
Kenapa?
Sebab saya lihat pelbagai jenis dan ragam manusia.. hehe.. Yang pandai dan bijak tidak semestinya membuktikan mereka dewasa. Belajar tinggi-tinggi buat PhD tidak membuktikan mereka matang dalam pergaulan harian. Belajar di luar negeri tidak membuktikan mereka tahu semua perkara. Even yang belajar tentang agama juga belum tentu mereka mengamalkan apa yang mereka belajar. hihih.. tak cakap sesiapa..kalau terasa, muhasabahlah diri anda..
Kita belajar untuk mengejar cita-cita. Mencapai cita-cita..
Dari konteks pemikiran saya...
Yes, I want to be a teacher [ok, ni berita baru, saya tak akan ditempatkan di sekolah, tapi di Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia as an offcier..whateverla..janji saya dapat menyumbang dalam bidang perguruan walaupun di level yang berbeza]
Saya tahu saya perlu berusaha untuk itu. Dan keyakinan saya kuat Allah akan menolong saya untuk capai cita-cita itu. TETAPI, adakah dengan mempunyai cita-cita..mengejar cita-cita untuk jadi yang terbaik dalam profession masing-masing sudah cukup???
Tidak. Cita-cita itu hanyalah dunia semata-mata.. Kalau sudah capai cita-cita, apa lagi kemuncak dalam kehidupan kita?
Cuba baca contoh di bawah..
Dah ada rumah besar. Kereta mewah. Isteri cantik or suami 'handsome' or suami orang ternama or suami bijak or suami alim or suami soleh. Gaji lumayan lima angka sebulan. Keluarga bahagia. Apa lagi yang kita mahu dalam hidup kerana itulah nikmat dunia kan??
[contoh di atas tidak berkaitan dengan diri saya..errr..sebab..errrr... saya tak mahu kehidupan mewah meragut perasaan rendah hati dalam diri saya..]
Mari kita berfikiran jauh.. Fikirkan apa yang kita boleh bawa untuk akhirat.
Jom bawa harta-harta kita ke akhirat!
Jom bawa kerja kita ke akhirat!!
BAGAIMANA????
Infaq kan harta untuk perkara kebaikan..perkara agama.. Nantikan gaji banyak gila..lima angka..takkan nak simpan kot..nak mati dengan duit itu ke.. Bawaklah sikit ke akhirat..
Niat bekerja untuk ibadah...tunjukkan prestasi kerja sebagai seorang Islam.. kerja bukan sekadar nak dapat duit untuk hidup.. jadikan kerja sabagai ibadah..
Contoh, jadi cikgu buka sekadar berfikiran seperti ini.. 'oh jadi cikgu nanti..mesti dapat banyak cuti.. ada banyak masa... dapat rehat..dapat jalan-jalan.. bersama keluarga.. dapat buat tu.. buat ni..'
Manfaatkanlah kerja kita..maksimumkan pencapaian dunia sekaligus pencapaian akhirat sana.. Gunakan segala ruang yang ada... 'Kalau jadi cikgu, boleh luaskan peluang mengajak murid-murid kepada agama..kepada Islam..walaupun tidak banyak..asalkan hati-hati mereka tercuit sedikit sudah memadai.. '
Ibarat pepatah Melayu, sambil menyelam minum air..janji air itu tidak payau ataupun pahit..ngeh ngeh ngeh.. [ape kaitan? abaikan]
Begin with the end in mind.
Dan untuk lebih lagi.. 'cikgukan ada banyak masa..nanti boleh sumbangkan untuk kerja-kerja fizikal dakwah.. bagaimana bentuknya? itu terpulang kepada fikrah masing-masing..asalkan kita tidak hanya menjadi guru typical yang biasa..pergi sekolah pagi, balik sekolah petang, hujung bulan dapat gaji, pegi joli...hua hua hua..'
Pesanan untuk diri sendiri...
Oh oh..saya takut bila baca balik pesanan-pesanan dalam entry kali ini.. Semoga sentiasa dapat bimbingan dan petunjuk Allah.
Jangan lupa solat DHUHA setiap pagi dan solat ISTIKHARAH setiap malam!!!
Rezeki dunia datang dari Allah dalam pelbagai bentuk yang tidak disangka-sangka..dengan keberkatan solat DHUHA, agar rezeki itu tidak melalaikan kita dalam kerja-kerja akhirat..
Dalam kehidupan, sentiasa menggesa kita membuat pelbagai pilihan dan keputusan. [contoh; nak pakai tudung warna apa hari ni, merah ke pink ke hijau?] Semoga dengan ISTIKHARAH yang istiqamah dapat membimbing kita membuat keputusan yang bermanfaat untuk kehidupan di masa akan datang..
No comments:
Post a Comment