Sunday, 3 January 2010

The Fir'aun Jadian

Perjalanan menaiki van melalui terowong bawah tanah merentasi Terusan Suez iaitu terusan terpanjang di dunia adalah sangat singkat. 5 minit perjalanan merentasinya sedangkan ratusan tahun untuk membinanya... Kami pun sampai di Semenanjung Sinai-another part of Egypt yang berhampiran dengan Israel, Saudi Arabia dan Syria...


Kubu Sultan Salehuddin Al-Ayyubi berada di Laut Aqabah-tempat berlakunya perjanjian Aqabah semasa zaman Rasulullah SAW ketika dahulu. Kubunya cantik dikelilingi lautan biru.. Ianya dekat dengan sempadan Mesir-Israel. Saya tidak pernah bermimpi untuk pergi ke tempat paling bahaya di dunia itu namun, pada saat ini, saya berada berhampiran tempat itu. Saya dengar bunyi letupan bom bertalu-talu. "Mungkin mereka sedang mengadakan latihan ketenteraan," kata Ustaz Syed Aisam - seorang pelajar tahun 3 Syariah University Al-Azhar, Cairo yang menjadi Ketua Perjalanan kami di sana...

"Latihan ketenteraan?!!!" Hati menggigil.

Di Sinai, kami melalui Banjaran Teh, di mana kaum Nabi Musa yang ingkar telah disesatkan Allah selama 40 tahun di sini. Banjaran Teh itu rupanya adalah gunung berbatu yang sungguh curam dan mengelirukan. Bentuknya sama dan hampir tidak dapat pastikan hujung atau pangkal. Sebuah kisah yang menjadi teladan kepada kita semua.

Desiran bayu laut di Pantai Dahab menampar-nampar pipi saya yang lena dibuai mimpi dalam van [agak exaggerate la kot angin menampar-nampar itu..tipu ja]. Saya terjaga dari tidur. "Kita dah sampai di Dahab, kita akan makan tengahari dan check-in di hotel lepas ni," kata Ustaz Aisam yang berumur 25 tahun, 2 tahun lebih senior dari saya.

Semua crew van yang lain menerpa ke tepi pantai yang tidak berapa tenang. Ramai pelancong asing yang mendedahkan aurat mereka di pantai itu.. "Astaghfirullah..jaga pandangan ustaz..Tunduk tunduk," kata saya kepada Ustaz Aisam dan sahabat jemputan beliau, Ustaz Nasruldeen, juga pelajar Al-Azhar.

Di Dahab, kami menaiki 'glass boat' untuk menyaksikan panorama dasar laut di Laut Aqabah itu.. Subhanallah di bawah dasar air yang bergelora itu, ada sebuah kelompok kehidupan yang sungguh besar... Berwarna warni..penuh bertenaga.. Kami sempat memberi ikan-ikan dan makhluk di dasar laut itu makanan yang kami bawa dari kehidupan di daratan. Mereka sungguh gembira menerima kehadiran kami, ini dapat dibuktikan melalui 'tarian' mereka yang seirama ketika berenang-renang... alhamdulillah saya dapat saksikan kebesaran itu..

*****

Jam 1 pagi, kami memulakan pendakian ke puncak Gunung Sinai, iaitu Jabal Musa. Ia juga dikenali sebagai St Catherine kerana tempat itu adalah tempat bermulanya syariat 3 agama, Yahudi (kepercayaan daripada Nabi Musa), Christian (kepercayaan kepada Nabi Isa) dan Islam.

Sepanjang pendakian di malam yang gelap itu, saya dapat saksikan kebesaran Allah di langit dipenuhi bintang-bintang yang sungguh banyak!!! Subhanallah saya sangat kagum. Tidak pernah saya lihat bintang-bintang yang sungguh banyak. Di kawasan Mesir, padang pasir, tiada awan yang menutup langit, jadi alam semesta dapat dilihat terus di sini. Sebab itulah bintang-bintang dan zodiak pelbagai bentuk sangat jelas di sini!!

Kami sampai ke puncak Sinai hampir Subuh, setelah 3 jam pendakian. Angin sejuk mulai terasa di tulang belulang ini.. Sangat pedih!! Ini kali pertama saya merasai angin yang begitu tajam. Menyucuk-nyucuk kulitku. Kami menunaikan solat Subuh di atas Puncak Sinai dan seterusnya menyaksikan pemandangan matahari terbit. Oh ya, hari kami berada di puncak Sinai adalah pada 1 MUHARAM, permulaan tahun baru Hijrah dalam kalendar Islam. Alhamdulillah atas nikmat ini.. Sangat cantik. Dalam hati saya memuji-muji Allah..

Penjalanan menuruni Sinai lebih cepat daripada yang dijangka. Satu jam saja. Ditambah pula keinginan kami yang ingin cepat sampai di bawah. Dua orang ustaz yang mengiringi kami pun pancit di tengah jalan ketika turun. "Sabaq sabaq, skru kaki kami dah terlucut dah ni, rehat dulu," kata Ustaz Aisam dengan pelat utaranya itu.

Perjalanan pulang ke Tanah Besar Mesir diteruskan selepas itu. Sepanjang perjalanan saya lihat pemandangan padang pasir yang luas dan panas... Bayangkan masa dulu takdak kereta, semuanya guna unta dan jalan kaki. Insaf.. Tiba-tiba ada seekor unta liar di hadapan van kami. "Kalau nak sembelih unta ni pun boleh ni..ni unta liar," kata Ustaz Aisam kepada kami semua yang kagum melihat unta itu.

Saya tanya ustaz Nasruldeen, "Ustaz, macam mana nak bezakan pasir jerlus dengan pasir biasa?"

"Pasir jerlus ni teksturnya halus kalau dibandingkan dengan pasir biasa. Cuba lihat tu...nampakkan perbezaannya? Pasir jerlus ni sangat tajam, kalau kita sentuh boleh luka," jelas Ustaz Nasruldeen yang penuh gaya seorang penyanyi nasheed kontemporari Malaysia.

Sepanjang perjalanan itu juga saya berbual-bual dengan Ustaz Nasruldeen tentang realiti kehidupan pelajar Malaysia di Mesir. Saya tak dapat tidur masa tu sebab tu kena berbual-bual. Saya tengok sahabat-sahabat 7 Wonders yang lain dah lama dibuai mimpi.. adeihh...

Ini beberapa fakta daripada Ustaz Deen tentang pelajar dan pembelajaran di Mesir:

1. Kos hidup mereka adalah lebih kurang 600-700 Egyption Pound sebulan. Which is about GBP 100 sahaja.

2. Kos yuran pengajian mereka pula ialah 70 Egyptian Pound setahun!!! Sangat WOW!!!!

3. Kelas mereka 6 hari seminggu. Hari Jumaat cuti. Kelas pulak tak diambil 'attendance'. Satu kelas ada lebih kurang 1000 pelajar. Memang tak muat dewan kuliah. First come first serve. Sampai ada yang duduk di tepi corridor dan tangga untuk dengar lecture. Lecturer pulak suka hati jer masuk time yang mereka suka. Contoh, kalau kelas mula pukul 10 pagi, kadang2 terpaksa tunggu sampai pukul 12 baru lecturer masuk.

4. Exam hanya ada 3 soalan untuk satu paper. Tiada assignment lain. Tapi ada more than 10 papers untuk setiap semester. Tiada marking scheme untuk jawab soalan exam. Markah lulus ialah 50. Exam dijalankan di mana-mana sahaja sampai ke tepi-tepi jalan kerana ketidakcukupan menampung bilangan pelajar yang ramai. Siap boleh order teh panas semasa exam. Cool~~

5. Gas dan bil-bil elektrik sangat murah di Mesir. Maaf saya tak berapa ingat figure tersebut.

6. Kebanyakan pelajar yang belajar di Mesir dalam jurusan agama adalah self-sponsored. Berbanding pelajar jurusan perubatan yang kebanyakannya adalah sponsor kerajaan. Pelajar self-sponsored biasanya mendapat bantuan zakat mengikut negeri kelahiran masing-masing. Lebih kurang RM 4000 setahun. Kecuali Selangor, mereka dapat RM 7000 setahun.

7. Seratus pound UK bersamaan dengan approximately 850 Egypt pound. Melebihi perbelanjaan sebulan yang mewah di Mesir.


*****

Dan van kami pun menghampiri persisiran pantai Laut Merah. Laut Merah yang selalu disebut dalam Al-Quran. Warnanya tidaklah merah seperti namanya. Saya pun tak pasti kenapa Laut Merah dinamakan begitu. Lupa pulak nak tanya ustaz-ustaz itu.

Kami singgah di Hamam Firaun, di tepi pantai yang berpasir hitam. Hitam itu kerana kandungan sulfur. Baik untuk kulit. Saya dan The 7 Wonders yang lain sempat menyapu tanah sulfur itu di tangan masing-masing.

Kemudian kami singgah di tapak 12 Mata Air Nabi Musa. Dan ke Kubu Tentera Israel yang sudah ditawan Mesir. Kami diceritakan betapa bijak dan cerdiknya tentera Israel membina kubu-kubu tersebut. Ada 6 kubu semuanya. Cukup konkrit dan kebal. Mereka memang sudah merancangnya dengan begitu berhati-hati. Taktik mereka sungguh halus. Semoga Allah sentiasa bersama dengan kita semua.

Kami kembali ke Kaherah...bunyi bising hon kereta cukup membingitkan telinga saya dan sahabat-sahabat lain. Tidak tenteram dibuatnya.

To be continued....

No comments:

Post a Comment