Dalam kemanisan hidup, anda pasti didatangi pelbagai cabaran dan ujian..
Seperti dalam entry saya sebelum ini tentang seorang patient kami, Helen yang menghidap Cancer Colon, saya bercerita bagaimana ketabahan beliau, semangat beliau dalam menempuhi dan menentang penyakit itu..
Yang berbezanya, beliau tidak mempunyai pegangan agama seperti kita. Dalam erti kata lain, beliau hanya mengharapkan 'keajaiban' untuk terus hidup melawan penyakit cancer itu. Dan 'keajaiban' itu datangnya dari mana? Allah bukan?
Bagaimana pula dengan individu yang punya agama? Bagaimana mereka menempuhinya?
Memetik daripada berita yang saya terima daripada seorang sahabat tentang seorang sahabat lain yang juga mengidap Cancer di bumi Sheffield. Seorang anak Malaysia yang begitu hebat pencapaiannya..begitu tinggi peribadinya..begitu dihormati di kalangan kami anak Malaysia di bumi UK ni... Sila baca blog beliau...
Dr Mas Afzal, pelajar perubatan di University of Sheffield. Saya hanya mengenali beliau dari jauh kerana populariti dan kredibiliti beliau di kalangan anak Malaysia di sini. Dan pernah suatu ketika, saya berjumpa beliau ketika saya menjadi fasilitator jemputan di Muslim's Overseas Camp (MOC) pada tahun 2008 sewaktu musim panas di Malaysia.
Ternyata, beliau adalah seorang yang mempunyai integriti dan hikmah sosial yang baik walaupun dengan sahabat berlainan jantina. Tutur kata beliau sungguh sopan dan teratur. Terpancar cahaya ketenangan dan keteduhan di wajahnya. Itulah secebis pengalaman saya sewaktu berjumpa dengan beliau.
Dan di waktu lain, beliau pernah menghadiri FUIYO 09 di Telford Disember 2009 lepas. Saya tak dapat berbual atau bertanya khabar dengan beliau kerana 'kesibukan' di dapur mengatasi segalanya... [Saya sedikit kesal kerana tidak sempat bertanya khabar memandangkan situasi beliau sekarang yang menyentuh hati saya]
Dari jauh saya melihat..sungguh jauh berbeza keadaan fizikal beliau semasa saya bertemunya pada tahun 2008.. Pucat..lesu..dan tidak bermaya..kesan rawatan Chemotherapy. Allah bisa merubah sesuatu dengan kuasa-Nya.. Desis hati saya.
Walaupun berperang dengan penyakit cancer, beliau sanggup datang ke Telford dari Sheffield untuk memberi 'talk' atau amanat atau pesanan-pesanan bermanfaat untuk adik-adik yang masih belajar di bumi UK ini. Saya sangat kagum.
Setelah membaca blog beliau... Itulah contoh bagaimana seorang Muslim..yang punya pegangan agama menghadapi ujian-ujian hidup seperti ini. Tidak ramai yang diuji sehebat ini. Hanya manusia yang hebat yang akan menerima ujian yang 'hebat'.
Mendengar 'ujian hebat', hati sudah terasa gerun..apatah lagi insan yang menanggung ujian tersebut... Doa saya, semoga tabah dalam perjuangan ini.. Semoga sentiasa dirahmati Allah dan diberkati..
Semoga Allah sayang..
Saya selalu ingat kata-kata ini..Allah tidak akan membebani seseorang dengan sesuatu yang dia tidak mampu.. Kemampuan kita hanya Allah saja yang tahu.. Dia memiliki diri insan... Beruntunglah sesiapa yang tahan diuji...
Saya sendiri takut untuk diuji..tapi setelah membaca banyak kisah dan pengajaran, hati ini perlu dilatih untuk bersedia menerima ujian yang akan datang dalam pelbagai bentuk rupa dan keadaan.. Siapa tahu..
Allah lebih mengetahui..
No comments:
Post a Comment