Saturday, 24 January 2009

Itulah Kerusi Idamanku

"Fuzah, nanti bagi resepi 'Chicken Lemon' kat Anis ye", bicara Anis Liyana yang sangat manis orangnya.

"Kak puja, bagilah resepi 'Chicken Lemon' cepat-cepat sikit", rayu seorang junior di University of Surrey yang pernah melawat bilikku yang me
rah ini suatu ketika dulu.

"Fuzah, share la resepi ayam lemon tu dengan kite", ucap junior OT ku yang bernama Dayang Nur Hadziah orang Sarawak yang baru berjinak-jinak belajar memasak. Hehe..

"Fuza..Fuza...masakla 'Lemon Chicken' esok, dah lama Fuza tak masak. Rumah kita asyik makan Beriyani Ayam Kak Yati je sejak 2 hari lepas", kata Kak Faezah, seorang housemate ku yang selalu 'membuli' ku...Hehe..(termasuklah juga Kak Yati sebenarnye..hihi)

Aahhhh!!! Kata-kata yang mencabar minda...physical dan emosi..

Aku harus bertindak..Jadi hasilnya..nak masak 'Lemon Chicken' untuk lunch pada hari ini selepas balik dari Kuliah Tafsir Al-Quran di Darul Isra' pagi ni.

Tungguuuu...

Oh yess..bilikku mendapat perabot baru lagi..ahah!!! Side table dan Kerusi malas PELLO dari IKEA....kerusi impianku..kerusi yang menjadi idamanku.. Maka, kerusi ini bakal menjadi saksi bahawa aku akan lebih bersemangat untuk membaca buku sambil bersandar dengan selesa..inshaallah..

Aku akan habiskan buku 'Essential Psychiatry', 'Psychosocial in Therapy Intervention' dan 'Occupational Therapy in Mental Health' di atas kerusi malasku ini sambil mendengar lagu-lagu nasheed untuk NISE09 nanti.

Dan juga kerusi ini bakal mencatat sejarah apabila menjadi kerusi paling berguna/bermakna sepanjang tahun 2009. Kerusi ini yang berharga kurang dari GBP40, berwarna birch, 'cushion' yang empuk bakal menjadi 'pot' baru untuk
membaca Al-Quran 3 helai setiap hari. 'Pot' baru juga untuk menonton TV dan berita. 'Pot' baru untuk berehat setelah penat mengayuh basikal pulang dari sekolah dan lain-lain lagi yang dikira sesuai.

Sila beri pendapat anda setelah melihat kerusi malas saya ini. Adakah anda fikir kerusi malas saya sangat selesa?

Di bawahnya adalah side table yang saya beli juga di IKEA..murah saja.Walaupun masih dalam mode berjimat cermat kerana duit KPM belum masuk,namun hati yang memberontak membuatkan tindakan bergerak selari dengan pemikiran..hehe..boleh pakai ke ayat ni..


1 comment:

  1. macam meja aku. emmm...

    eh, itu 'pot' periuk ke? bukan port eh?

    ReplyDelete