Hari ini aku berbasikal lagi. Menyelusuri jalan-jalan lembap di celahan pohonan di tebing sungai itu.
Ketika aku leka dan kagum menyaksikan seorang pemuda yang memancing di tepi sungai, basikalku terbabas ke dalam semak yang dalam. Terjatuh. Malu. Sungguh aku tidak mengerti.
Aku menyambung kayuhanku. Diam sebentar. Hatiku ketawa sendiri. Tak tahu nak cakap apa. Salah diri sendiri. Apabila melihat sesuatu, janganlah kita terlalu asyik sehingga leka. Akhirnya padah yang menimpa. Bersederhanalah dalam segala keadaan.
Sebenarnya aku kagum dengan caranya memancing ikan. Unik. Malas hendak bercerita lanjut tentang caranya. Tidak akan sama seperti apa yang aku lihat tadi.
Aku dapat rasakan aku banyak berdiam diri sekarang. Berfikir. Merasai sesuatu. Perasaan yang berbeza dari sebelum ini. Tak tahu. Mungkin.... Ahah!!! Erm..entahlah...mungkin tidak.
Ahh..lupakan saja. Itu hanya perasaan. Mengantuk. Patutkah aku tidur sekarang? Esok Jumaat, seperti biasa, aku cuti. Berehat dari hari-hari sekolah yang panjang.
-itudestinasiyangberbeza-
apa yang aku boleh cakap, aku tak nak naik kereta kalau kau yang bawa. sebab, aku tak nak tiba-tiba kereta langgar divider sebab kau ternampak ada pakcik jual lemang tengah bakar lemang dengan cara yang kau kira 'unik'.
ReplyDeletehehe...aku setuju pandangan kau. sebab bila aku bawa kereta, aku selalu berkhayal tentang tragedi-tragedi ngeri
ReplyDeletee.g aku selalu bayangkan aku langgar divider kat highway pastu terbabas ke laluan bertentangan lepas tu ada lori trler langgar kereta aku , itu menyebabkan aku bawa kereta lebih berhati-hati. hehe..
Semoga Allah melindungi aku..dan kau juga..
ok, khayalan kau memang hebat.
ReplyDeletesalam wbt..
ReplyDeletehehehe.. ksiannya sr OT.. salu dok berpikir ek?? insyaAllah, diam2 ubi berisi.. +)
to langsirku.. haha.itu baru sikit.. belum part treler tu heret kete aku 1km lagi. hehe..dah dah..ngeri aku memikirkannya.
ReplyDeletenanti bila ko dah bleh bawak kete, berhati-hati semasa memandu yer sayang.
to jr OT ku.. berfikir itu tandanya kita menggunakan akal yang Allah kurniakan. inshaallah. semoga istiqamah.
good luck eh buat assignments. kalau apa2 tak paham, tanye je ok.