Monday, 19 January 2009

Saya di'Tag'

Baiklah junior OT ku yang disayangi..ngengenge..

The rules as follows:
a) List down 5 of the products that you are boycotting
b) List down 5 of the products that you will try your best to boycott
c) List another 5 of the products that you find it's hard to boycott

5 PRODUCTS I AM BOYCOTTING

1. Coca Cola - Saya sememangnya tidak minum sebarang minuman bergas di mana-mana sahaja. Alhamdulillah..air kosong itulah peneman tekak di kala kehausan..tak pun teh susu kegemaranku di kala kesejukan.

2. NOKIA - Handphone saya sekarang ialah Sony Ericsson...tak minat nak beli iPOD kecuali dapat FREE. Kepada junior OTku yang pakai iPOD, iPOD support Israel..baik jangan pakai...haa..haa..tak tahu....

3. Starbucks - saya bukanlah peminat coffee..saya adalah peminat tea..sebut saja semua jenis tea, semua pernah rasa..mango tea, strawberry tea, honey tea, japanese tea, BOH tea, Teh LIPTON, teh cap Sultan termasuklah juga teh kundur kesukaan junior OTku..

4. Mc Donald's - Saya lebih suka makan kebab sekarang. Kebab lebih enak rasanya daripada burger Mc D. Lebih-lebih lagi kebab dari kedai Merah.. Kalau teringin nak makan ayam atau burger, Benny's Chicken di Albany Road adalah kegemaranku. Chicken Cottage pun sedap tapi lagi sedap kalau ada orang belanja..hehe..

5. CLINIQUE - Sebab saya boikot brand ni adalah kerana ia sangat mahal..hehe...lagipun, Neutrogena sangat sesuai dengan kulit saya walaupun tidaklah sehalus mana..Alhamdulillah cukuplah sekadar menjaga anugerah Allah ini sebaiknya, tidak sampai membazir duit.


5 PRODUCTS I TRY MY BEST TO BOYCOTT

1. Maybelline New York- Susah jugak ni..baru je beli mascara masa boxing day hari tu..tapi inshaallah lepas habis je liquid foundation dan mascara yang saya guna sekarang, saya akan beralih ke RIMMEL London... Kerana nyawa rakyat Palestine begitu berharga...

2. Kotex - Kalau kat Malaysia jenama ini sangat best, but kat sini tak de pun. Takpe, nanti boleh beralih ke Whisperrrrrr.....



5 PRODUCTS THAT I FOUND HARD TO BOYCOTT

1. Maggie - Ini yang paling susah ni...MAGGIE sangat menggoda bagi saya..Maggie perencah kari, ayam dan asam laksa yang sangat mudah didapati di kedai Cina tepi jalan tu. Haisshh..kena beralih kepada Indo Mee ni..tak pun...erm..KOKA yang mudah dibeli di kedai ayam bersih 'SYEEMAL' di tepi jalan sana.

2. Nestle - Banyak product syarikat ni yang saya makan/minum sampaikan tak tahu pun itu under syarikat Nestle. Tapi saya akan cuba.



Ohh..saya pun nak tag orang lain juga ni...bersiap sedia okay..mereka ini dipilih kerana mereka selalu view blog saya dan kerap memberi komen..hehe...

1. Maisyarihafiza
2. Husniyah
3. Anis Liyana
4. Sandra Abi
5. Kak Azzyati [Manchester]

5 comments:

  1. Haha! Kenape nak boikot? The most difficult meme ever! LOL
    Ok, I'll do it. =) Thanks for tagging me!

    ReplyDelete
  2. come on sandra, show ur support to the Palestinians,AND boycott Israelss~

    Thanks for doing it!!

    ReplyDelete
  3. salam wbt...

    sr OT.. iPhone dengan ipod sama ek?
    huhu..
    xpe.. bnda dh ada, lain kali x guna lagi..
    hurm, nak kontrak tipon apa pulak nnti ek..? sony ericsson pun sony ericsson lah..
    xdak pilihan.. +p

    ReplyDelete
  4. salam..

    huhu..fuzah..bagus2..semangat boikot..

    dulu, wani pakai neutrogena juga..pastu sejak timbul isu boikot ni, wani check every single thing produk yg wani pakai..rupanya neutrogena tu under johnson and johnson la..isk isk..dah lah hari tu baru beli..so pasni, dah tak nak pakai neutrogena dah..(cuba fuzah cek kat belakang botol neutrogena tu).

    megi? hehe..wani alhamdulilah sudah bertukar kpd apa2 jenama yg selain megi..takpe..indo me kan ada? kita sokong indon..yeah! perencah knor pun ada..mak siti..mak fuzah..hehehe..tapi sbnrnya lagi bagus kalau tak mkn mi segera kan? huhuk..(haaihh..bila ntah nak berhenti mkn mi segera)

    ReplyDelete
  5. heheh tq, tapi kak yati tengah cuba boycott semua barang tuh. colgate pun dah tukar jadi ubat gigi asda hehehhe seksa gak tapi buat jugak le

    ReplyDelete