Saturday, 3 January 2009

Sesuatu yang Istimewa

Cuaca di luar sejuk. Masih lagi di musim sejuk. Entah bila semua kesejukan ini akan berakhir. Masih lagi kuingat tahun lepas (2008), apabila tiba musim sejuk hati meronta bila nak musim panas ni? Tak tahan lagi sejuk macam ni. Namun apabila tiba bulan May/June, bahang panas makin terasa. Hari siang yang panjang membuat hati resah, tidak senang duduk seperti cacing kepanasan. Ke manakah malam yang panjang menghilang?

Itulah lumrah kehidupan. Manusia sentiasa berasa tidak cukup dengan apa yang ada. Tamak. Tidak bersyukur.

Setelah membaca blog seorang 'adik'ku di Malaysia tentang menjadi seorang guru, fikiranku terkenang saat manis semasa menjadi guru ganti/sementara/part time di Malaysia.

"Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi"

Simpulan bahasa yang aku rasa sesuai. Ayah dan ibuku adalah guru. Ayahku guru Sejarah, Geografi, Sastera dan Bahasa. Ibuku pula guru Science & Mathematics in English, Physical Education, Art dan Bahasa Melayu. Berdasarkan subjek-subjek tadi, boleh diagak tahap sekolah yang mereka ajar.

Keinginan untuk menjadi guru sangat tinggi dalam diriku. Seperti mereka. Aku mewarisi genetik yang sama. Lihat. Aku juga bakal menjadi guru sehabisnya Bachelor dalam jurusan Occupational Therapy ini di bawah tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Alhamdulillah..

Pekerjaan sambilan menjadi guru di sekolah rendah sangat unik, menarik dan penuh detik-detik manis. Apa tidaknya, aku pernah berkhidmat di 3 buah sekolah semenjak aku habis AUSMAT sehinggalah kini. Setiap kali cuti summer, 2/3 bulan, itulah kerjaku.

Pengalaman di setiap sekolah berbeza. Pernah juga menggantikan teacher English ku ketika aku Darjah 3 kerana cuti bersalin. Pernah berkhidmat bersama guru-guruku semasa aku di sekolah rendah dan menengah. Sungguh menarik.

Setiap hari ada saja pengalaman-pengalaman baru di sekolah..di dalam kelas..di bilik guru..di padang..di kantin.. Sukar untuk aku lupakan semua itu. Sehingga sekarang, jikalau aku bersiar-siar di pekan kecil Jitra, ada saja bekas anak muridku memanggilku "Teacher Mahfuzah"...hikhikhik...seronok.

Oh ya, lupa pula.. Subjek-subjek yang aku ajar, kadang-kadang berbeza di setiap sekolah. Subjek yang selalu aku ajar ialah English, Mathematics, Science, Bahasa Melayu, Art dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Menjadi guru..pengalaman yang mengajar aku erti sebuah KESABARAN.. Mereka kanak-kanak..mereka masih kecil..Telatah mereka kadang-kadang sampai tidak terlayan. Hehe..

Memang benar kata-kata pujangga menyebut, TEACHERS CAN INFLUENCE PEOPLE IN THEIR LIFE ASPECTS. Tidak semestinya ABC, 123 sahaja yang murid-murid akan ingat, peringatan tentang sahsiah, akhlak dan akidah juga akan berbekas di hati mereka. Percayalah. Mereka umpama kain putih, suci dan bersih.

Inshaallah...aku akan menjadi guru. Once you are a teacher, you will be a teacher for the rest of your life. Aku yakin dan percaya dengan kata-kata itu.

Kepada sahabat-sahabat seperjuangan tidak kira walau anda bakal menjadi guru atau doktor, pharmacist, dentist, engineer, accountant, business, architect etc... Ingatlah bahawa anda adalah guru kepada diri anda.

Hormatilah guru anda!!!!!!

2 comments:

  1. salam.
    'adik'?hehe.terima kasih utk komennya. best kan jd ckgu?
    insya Allah i'll do my very 100x best!

    ReplyDelete
  2. haha.iye 'adik' ku...hartini... good luck in everything u do~ my du'a will always be with u.

    ReplyDelete