Wednesday, 7 January 2009

Setianya aku di sini...

credit to mohdrafie.co.uk

Aku Masih Setia

Hati meronta-ronta
Angka sudah tidak punya makna
Setiap hari..
Semakin ramai yang dihantar ke syurga
Hanya kerana sebuah tebing

Kerana itu..
Manusia berkuasa
Kezaliman berleluasa
mereka di sana tidak punya lagi prasangka
Kehidupan hanyalah untuk Dia
Pinjaman semata

Hati ini tidak pernah berhenti berdoa
kerana doa punya ruh
picu dan bom tidak bernyawa
itu yang aku percaya

Keyakinan kepada-Nya
Dia Menyaksikan
Dia Mendengar
segala..

Keyakinan pada Kalam-Nya
Membuat aku setia
untuk mereka di sana..

Mahfuzah
20.05
07/01/09

3 comments:

  1. wawawawa..komen yang sungguh memberansangkan dari moderator dan ahli Grup Karyawan Luar Negara.

    Inshaallah saya akan pertingkatkan lagi mutu puisi-puisi akan datang.. terima kasih..

    saya budak baru belajar..

    ReplyDelete
  2. terima kasih kerana menziarah~

    ReplyDelete