Suasana di Lapangan Terbang Kaherah, Mesir begitu tenang sekali tatkala kami melepasi passport check.
Tiba-tiba telefon bimbit saya berdering. "Ish sapa pulak la yang dok telefon kat Mesir ni..." rungut hati saya. Selalunya ayah saya la yang selalu telefon tak kira di mana jua saya berada. Selagi saya tak cakap, "Ayah, jangan call kakak minggu ni, tunggu sampai kakak call ayah tau", selagi itulah bayangan ayah saya di mana-mana.. Eh, jangan ingat saya tak suka pulak, saya suka sangat bila ayah saya call saya. Sebab saya tahu ayah saya sayangkan saya dan mesti dengar suara saya setiap hari...adeih..macam mana la kalau saya dah kahwin nanti...sebelum tidor kena cakap dengan ayah dulu... Kuang kuang kuang...
Ok, berbalik kepada panggilan telefon tadi, nombor tak dikenali muncul di skrin telefon Sony Ericsson K800i yang sudah veteran itu. "Hallo Mahfuzah, dah sampai ka? Ni Ustaz Aisam ni, saya tunggu kat luar ya", panggilan mati tiba-tiba..
Oh itulah Ustaz Syed Aisam Syed Idris yang menjadi Ketua Perjalanan kami di Mesir. Sila lihat gambar beliau di Facebook saya..haha. [mintak maaf ustaz..saya lawak jaaa]
Pagi di Kaherah, panas dan berdebu. Satu perkara yang saya kurang suka di sini ialah bunyi bising hon kenderaan. Sakit telinga.
"Ok sekarang kita akan singgah solat di Masjid Amru Al-Asr, boleh ambil wuduk dan kita solat Zohor dan Asar jamak ya" kata Ustaz Aisam yang masih malu-malu lagi dengan kami. [hukhukhuk]
*****
"Baiklah semua, kita sekarang berada di kawasan Masjid dan makam Imam As-Syafie, cuba lihat di atas kubah masjid ni, apakah bentuk kubah ini?"
"Bentuk kapal bahtera!!" jawab kami semua beramai-ramai...[serious macam lawatan sambil belajar ok]
"Haaa...betul tu, cuba teka kenapa ianya berbentuk bahtera sedangkan biasanya kubah masjid berbentuk bulan dan bintang? Siapa dapat jawab, ustaz belanja jus!" Amboi ustaz, siap offer jus lagik tuu..
Jawapan kami pelbagai... Mari kita dengar jawapan ustaz.. "Kubah masjid Imam Syafie berbentuk kapal bahtera kerana beliau belayar untuk mencari ilmu. Beliau merantau untuk berguru dengan orang-orang ternama dengan kapal melalui jalan laut."
"OOOoooooo"
******
Kemudian kami singgah di Muzium Mesir. Kami lihat banyak patung-patung fir-aun...
"Ok, ni ada satu soalan kuiz, kenapa ada patung yang badannya singa, tapi kepalanya manusia? Siapa dapat jawab, ustaz belanja jus!!" [ish ustaz ni, asyik belanja jus ja..cuba la belanja benda lain pulak... Kalau setakat jus, kat UK pun boleh dapat.. Ustaz ni obses betul dengan jus Mesir dia tu...haihhh..]
Saya tak nak berdialog 'jus' ustaz lagi.. [haha] Ini jawapannya... Kepala manusia kerana mengambil kebijaksanaan akal manusia manakala badan singa mengambil iktibar kegagahan sang Singa tu.
Malam itu kami belayar di atas kapal layar di Sungai Nil, sungai terpanjang di dunia.. sungguh cantik pemandangan di waktu malam di tebing sungai Nil itu..
Ketika kami belayar, banyak cerita ustaz kepada kami..kami seolah-olah macam kanak-kanak yang mendengar cerita daripada cikgu sekolah.. [hehe]
Letih....bersambung esok..
sempat lagi promote ustaz comei???
ReplyDeletepuja nak kawin ngan ustaz mesir kan?
ha apa lagi!lol
ketua chefff
ReplyDeletemasakan yg sungguh menusuk kalbuu
ica: haha. mana mungkin. hati saya sudah dimiliki.. hukhukhuk. milik Allah yang satu..
ReplyDeletejoe: terima kasih sebab approve lulus eh nak kahwin??!!! lulus!! alhamdulillah. lawa giler blog.