Tuesday, 5 January 2010

In the making of my....

Library Heath. 12.03 noon. 5/01/10.

Kepulan ais putih turun dengan lebatnya di luar. Saya perhatikan dengan penuh 'kesejukan' hati dan minda. Tahun ini salji turun penuh bersemangat. Saya pula yang kurang bersemangat. Tidak seperti selalu. Mungkin sebab saya kurang sihat. Ahhh..itu bukan alasannya! Saya mesti kembalikan semangat Mahfuzah seperti selalu. Setakat batuk dan selesema, itu hanya ujian-ujian kecil dari Allah untuk hamba-Nya. Bersabarlah. Ini kaffarah dosa-dosa yang lalu. Mungkin tak banyak yang akan terhapus, tapi sedikit sebanyak meringankan beban dosa diriku. #

Salji itu turun berkepul-kepul. Sungguh gebu. Hinggap di dahan dan ranting pokok yang tidak berdaun. Pokok musim sejuk. Suhu mencecah -8 Celcius. Sungguh sejuk. Sedangkan saya yang banyak lemak ini pun tak tahan, apatah lagi bagi sesiapa yang takda lemak.

Sepatutnya saya buat kerja sekolah kat library ni. Bukannya menulis blog. Kerja menyusun buku bermula pukul 4 hari ini. Saya bercadang untuk menetap di sini sampai kerja saya bermula di library ini juga. Soal makan, saya dah bawak bekal. Soal solat, saya akan 'hijack' mana-mana bilik kuliah yang kosong dalam bangunan ini nanti. Malas nak ke Main Building Heath Hospital. Selesa dalam library ini. Suhu suam.

Hari ini ada kerja berkumpulan. Kumpulan baru tahun ini. Sarah, Alex, Lady, Joanna, Jackie, Megan, Charlotte dan saya. Semuanya perempuan. Saya suka. Meeting pertama berjaya dihabiskan dengan sempurna. Alhamdulillah. Presentation kumpulan lagi 2 minggu. Bersiap sedia.

Di saat saya habiskan ayat-ayat terakhir untuk entry kali ini. Salji yang turun mulai reda. Semakin lambat pergerakannya. Semakin mengecil kepulannya. Tidak segebu awal tadi. Baiklah, saya perlu fokus sekarang. Mari!!

Top things on my list for this week:

1. Research Project final year!! -Literature review dan outline methodology-

2. Professional Portfolio 3. Portfolio untuk tahun terakhir. Buat sehabis baik!!!!

3. Patchwork text 3. Kali ni saya mendalami bidang Paediatric, speficic di sekolah pendidikan khas. Lanjutan kepada practical saya semester lepas. Persediaan untuk kerjaya saya akan datang. Inshaallah.

Semangat tak!???? Semangat tak???!!!

Ok!!! SEMANGAT!!! Jom belajar!! Pelajar-pelajar saya sedang menanti saya!! Mereka perlukan saya sebagai pembimbing mereka!!! Mesti ingat, mereka perlu dibantu. Siapa yang akan bantu mereka??

Saya!!! Kami!! [jawab para guru yang berwibawa]

Betulkan niat. Erti hidup pada memberi. Apa yang saya boleh beri???!!! Kebolehan dan kepakaran dalam bidang yang saya suka!! Jadi cikgu!!!

Jadi.... Apa yang saya patut buat sekarang????

Belajar!!! Yeayyy!!!! Belajar itu adalah perasaan yang sangat indah. Daripada tak tahu, saya akan jadi tahu. Yeay!!!!!

Jom!! Jom!! Kuatkan semangat!! Jangan lemah semangat!!!

1 comment:

  1. aku pun perlukan booster camni utk belajar puja. kena jerit kat diri sendiri kuat2! saya mahu grad 1st classsss! ameeeeeeennnnnnnnn

    :)

    ReplyDelete