FUIYO 09 telah selamat berlangsung dengan begitu cemerlang di Telford, Ironbridge, UK. Banyak perkara yang menguji sehingga hampir-hampir membatalkan FUIYO atas masalah salji yang tebal di kawasan asal FUIYO di Peak District itu.
Drama tentang pertukaran tempat FUIYO 09 ini boleh didapati di sini.
Sekarang saya nak cerita pasal drama kat dapur pulak.. hohohoho.. Mungkin peristiwa-peristiwa di dapur belum di'publish' di mana-mana blog mahupun page networking yang lain..hehe..
Hari pertama. Perjalanan saya ke Manchester dari Cardiff. Hati berdebar-debar sebab tempat dah bertukar, saya risau sungguh. Dalam hati..macam mana la dapur tu nanti.. cukup tak barang-barang semua... Adeih..nak masak untuk 120 orang ni.. risau..risau..
Dan saya pun menenangkan hati ini dengan call beberapa orang untuk bertanyakan tentang tempat itu...tentang barang ASDA lagi.. tentang periuk nasi, blender dan lain-lain.. Tiba-tiba saya dapat panggilan daripada salah seorang AJK FUIYO, "Mahfuzah, dapur kita nanti sangat besar, lengkap dengan semua periuk dan perkakas memasak." Alhamdulillah..hati saya ditenangkan Allah..
Sepanjang perjalanan ke Telford, saya dilanda kerisauan lagi..kerana bas kami sangat lambat untuk sampai di sana.. Dahlah pakcik driver tu sesat pulakkk.. Beberapa kali saya dihubungi oleh AJK yang sudah berada di sana bertanyakan khabar Tukang Masak yang belum sampai ini.. Adooiiii..
Malam itu.. Kami Geng Dapur bergegas ke dapur untuk memasak hidangan makan malam, Nasi Ayam PAsti Terangkat!! Berbekalkan bakat memasak yang memang tidak berbakat ini... kami Geng Dapur FUIYO bertungkus lumus menyiapkan menu 'terangkat' itu... Apatah lagi kami semua tidak pernah memasak di event-event besar dalam kuantiti yang banyak.. Memang kami semua chef amatur lahh!!! Main suka hati masak jer..janji sedap.. Itu prinsip kami.. Hehehehe..

Dapur di FUIYO memang sangat meriah.. pelbagai ragam tukang masak amatur dapat disaksikan...hehe.. Ada yang masak nasi tapi lupa letak air lah... Ada yang menggoreng sampai hangus lah.. hehe.... Ada yang pandai buat telur dadar setebal buku Teks Kimia Tingkatan 5 lah.. hehehe.. Siapa mereka??!! Mereka terdiri daripada kami semua..hehe..
Menu-menu di FUIYO diberi nama yang gempak-gempak hasil idea kami di dapur ketika memasakk hoohohooo.. Sup Ayam Uuu Laa Laaa (sila pronounce dengan gaya yang sepatutnya)~~ Ayam Lemon FUIYO Terbabow!! Tom Yam Mantop Montoya. Telur 'Itik Main Snow'. SuperMario Tenggelam dalam banjir. Dan Ayam Putus Cinta.
Ini ialah menu istimewa di FUIYO ~ Ayam Lemon FUIYO Terbabow!!! ~

Bercerita tentang Ayam Lemon..haha..sebenarnya tak dak dalam menu asal FUIYO 09. Tetapi disebabkan permintaan oleh Geng Dapur sendiri, saya dengan senang hati rela berkongsi resepi dengan mereka.. Oh saya rasa Ayam Lemon saya taklah sesedap mana pun.. Ini pengakuan jujur saya ok.
Towards the end of FUIYO, jari-jari kami sudah banyak yang berbalut.. hehe.. ada yang terkena pisau..periuk panas..air panas..dan bermacam-macam lagi... Tangan saya sendiri terasa kasar dan tebal dan sakit kerana membasuh periuk-periuk besar tanpa memakai 'glove'!!!!
Selepas saja tugas memasak kami selesai, kami selalu bertenggek untuk melihat para peserta FUIYO makan di ruang makan berhadapan dengan dapur kami.. Hehehe.. macam makcik kantin.. Seronoklah tengok orang makan dengan gembiranya.. Saya sukaa..
Dapur FUIYO juga ada kelemahannya di mana ayam yang kami order sebanyak 750 ketul bukanlah seperti yang dijangka. Hanya ada 500 ketul sahaja.. Jadi kami terpaksa memaksa AJL Logistik untuk keluar membeli ayam dan beberapa barang lain yang tidak cukup. Adoiii... Maafla AJK Logistik yer..menyusahkan pulak..
Pastu pulak ada kejadian kereta yang kami naiki untuk pergi membeli ayam itu telah kematian battery dek kerana cuaca yang terlalu sejuk dan beku. Dan kami terpaksa meminta pertolongan kereta lain... Banyak sungguh dugaan..
Oh yer lupa nak cerita drama dalam drama di FUIYO.. Sebenarnya kami diminta pertolongan untuk menjayakan 'lakonan' kejutan untuk para peserta FUIYO dan AJK yang menyambut ulang tahun kelahiran mereka di bulan Disember dan ada juga yang menyambutnya di FUIYO 09. Hahah!! Dengan tak tahu apa yang berlaku, kami disuruh membawa masuk kek ke dalam dewan ceramah bersama pisau dan pinggan. Dengan tiba-tiba semua orang ketawa..saya tak paham.. Haha..
Lepas tu baru kami semua Geng Dapur paham apa yang dirancang sebenarnya.. Sungguh 'off-tuned'!! hehe

Sedap tak makanan di FUIYO 09?? Ramai yang cakap sedap.. Kami di Geng Dapur rasa gembira jika mereka berpuas hati dengan air tangan kami.. Hehehe.. saya ulang sekali lagi.. 'Air Tangan Kami' hehehee... Oit oit, jangan bayang benda lain pulak... Haha..
Ini kali pertama saya memasak di event yang dihadiri ramai orang. In fact, saya tak pernah pun memasak untuk orang ramai.. Haha.. Ini kali pertama. Pertama dalam hidup. Saya rasa terharu dengan Geng Dapur yang begitu menyokong antara satu sama lain.
Dan kerana itu juga, saya merindu suasana itu.. Heheehe..
Hohoho..ini sedikit confession..jikalau Resepi Ayam Lemon saya mendapat sambutan, bolehlah saya masak Ayam Lemon untuk kenduri kahwin saya nanti!!! Haha! <---SILA JANGAN PERCAYA dengan cita-cita ini, hanya tipu dan angan-angan kosong semata-mata!! [Tak pernah dibuat orang ok!!]
Untuk Team Dapur FUIYO 09, anda adalah yang terhebat!!!!! Sekalung tahniah!!
Ok baiklah: ini feedback yang saya terima sepanjang menjadi Head Chef di FUIYO itu.
1. "Kak Fuzah, letak banyak sayur lagi boleh...saya suka sayur!!" -perlu beli lebih banyak sayur-sayuran-
2. "Fuzah, ada pisang lagi tak? Sembelit laaaa..." -perlu beli lebih banyak buah pisang untuk elakkan sembelit semasa program..hehe-
3. "Nasi boleh tambah lagi tak kak? Sedap giler nasi ni..!!" -perlu beli beras yang lebih banyak kerana mereka memang menghabiskan beras..50kg obviously tak cukup!! hehe-
4. "Ayam kat FUIYO besar-besar belaka. Kenyang giler!!' -kekalkan saiz ayam di FUIYO, iaitu seekor ayam dipotong 6 bahagian-
5. "Asyik asyik sambal kicap, sambal belacan..." -kedua-dua sambal ini memang sangat laris di FUIYO, tiada lebihan pun setiap kali lepas makan, jadi perlu diteruskan usaha menghasilkannya di masa akan datang-
6. "Sedapnya bau nasi ni kak? Apa nama nasi ni?" -nasi yang berbau sedap itu adalah Nasi Ghee..ianya menggunakan minyak sapi, sebab tu lah wangi.. Nasi ni cepat kenyang tau..tapi tak leh makan selalu sebab dapat menggemokkan anda dengan pantas. Berkesan untuk ke'sedap'an yang melampaui batas..hehe-
Dan ... Head Chef FUIYO 2009 pun meletakkan jawatan....

Semoga semua berpuas hati dengan apa yang saya dan Team Dapur 'beri'... Kami hanya mampu tersenyum puas jika anda semua kenyang dan gembira dengan masakan 'penuh kasih sayang' kami..Hehe..
assalammualaikum
ReplyDeletelepas ni boleh bukak restoran ayam lemon...
kat malaysia lah ya.
jauh nak gi makan tu...
alhamdulillah. sememangnya segala puji2an hanya untuk Allah.
ReplyDeletethanx 4 everything babe! enjoy sgt kat dapur :)
tahniah kepada semua. tulisan yang menarik.
ReplyDelete''makcik kantin tu, macam tepat bunyinya'' =)
jangan lokek untuk terus memberi..
ReplyDeleteAssalamualaikumww fuzah, aiyyo tader dah mase nk g fuiyyo nak grad dah ni (inshaallah)..boleh request masak tuk hanis tak? hihi...kate nk datang manchester..
ReplyDeletemasyaAllah...tahniah..precious moment =)
ReplyDeleteaih memang sedap r. Tahniah kepada chef2 fuiyo.
ReplyDeleteand now i know why u look sooo confused! haha
ReplyDelete