Tuesday, 12 January 2010

"Nama ukhti siapa ya?"


Sebelum saya cakap apa-apa..lebih baik anda dengar lagu yang sungguh menyentuh hati, menaikkan semangat dan cukup untuk membuatkan kita berfikir dan bermuhasabah.

Sebenarnya lagu ini adalah lagu latar untuk sebuah documentary Hope for Helen yang menjadi tajuk trigger bagi kumpulan C pelajar tahun akhir jurusan sarjana muda Pulih Cara Kerja di Universiti Cardiff.

Siapa Helen? Helen ialah seorang personaliti TV terkenal sekitar tahun 1990-an, beliau seorang pengulas sukan wanita yang begitu terkenal ketika itu. Menariknya, beliau bekas seorang guru sebelum melangkah ke alam populariti TV.

Beliau disahkan mengidap kanser Kolon tahap yang kronik sehinggakan doktor memberi harapan hanya 4 bulan untuk hidup. Beliau begitu tabah. Allah panjangkan umur beliau lebih daripada setahun..

Beliau cukup 'workaholic' sehinggakan beliau menwarkan diri untuk menjadi pengulas sukan di saat beliau berperang dengan penyakit kansernya itu. Beliau datang bekerja dengan rambut botak dek kesan kemoterapi. Senyuman masih terukir di wajahnya. Cukup untuk menggambarkan betapa beliau menyembunyikan kesakitan itu.

Saya tak dapat cari video dokumentari tentang Hope for Helen sebab itu saya letak video lagu ini sebagai pengganti.

"...at the end of the day..remember the day..when we were close to the end.....and wonder how we made it through the night.."

"..always keep it flying high in the sky.."

Itu antara lirikan kata yang cukup menyentuh hati saya. Bayangkan bagaimana Helen yang bukan beragama Islam punya semangat yang tinggi dalam hidup ini. Ujian sehebat kanser itu tidak sedikitpun melunturkan impian itu. Kita bagaimana?

Dalam hidup ini, pelbagai ujian akan mendatangi kita. Ketika menonton dokumentari pendek itu, saya terfikir, mungkin saya juga akan didatangi dengan ujian seperti itu suatu hari nanti. Siapa tahu?

Sekarang saya bahagia dengan apa yang saya ada. Saya ketawa. Saya senyum. Saya gembira. Apa yang saya mahu dan harapkan semuanya dimakbulkan.. Kenapa Allah begitu baik? Ada ujian yang besarkah untuk saya? Saya tak tahu.. Saya jadi takut.

Sekarang saya tiada masalah.. [masalah sikit-sikit macam selesema, serabut dengan assignment tu tak payah kira lah!!] Saya ada terdengar dalam ceramah, kalau Allah tak turunkan ujian kepada hamba-Nya, maka Dia tak sayang hamba itu. Sayakah orang itu? Allah tak sayang saya sebab Dia tak turunkan ujian yang berat untuk saya. Tapi saya takut dengan ujian Allah.

Saya takut kalau ujian itu melunturkan semangat saya. Saya yakin, di masa akan datang ujian Allah akan datang kepada saya dalam pelbagai bentuk. Antara contoh-contoh ujian yang saya terfikir yang mungkin akan saya hadapi ialah:

1. Ujian berkaitan keluarga saya nanti. Cerita pasal masa depan lagi... Suami saya nanti mungkin adalah ujian bagi saya. Bagaimana? Ujian dari segi tanggungjawab mungkin.. atau dari segi penerimaan sepenuhnya yang saya sudah bersuami. Maklumlah, dah biasa hidup bersendiri.. [saya akan terkejut jika pada suatu hari yang indah saya bangun tidur tiba-tiba ada lelaki bernama suami kat sebelah!!!] Entah..saya tak pasti sangat sebab belum merasai ada suami. [terpengaruh dengan situasi ramai kawan-kawan dah kahwin December tahun lepas..jeles okay tengok gambar mereka bersama suami tercinta]

2. Ujian anak-anak. Saya takda anak sekarang.. Mungkin anak yang bakal lahir nanti tidak sesempurna seperti yang saya harapkan.. Bukan nak cakap kosong, tapi saya mesti bersedia ke arah itu. Maksud saya, anak saya mungkin tidak sempurna sifat fizikal. Siapa tahu? Itu ujian bagi saya. Tak tahulah saya mampu ke tak..Semoga Allah sentiasa tenangkan hati [terpengaruh dengan placement di sekolah pendidikan khas semester lepas]

3. Ujian kerjaya. Okay, saya tahu saya akan jadi cikgu nanti. Kalau ikut dari segi gaji, saya tak nak demand lebih-lebih sebab saya tahu 'nature' nya bagaimana... Ayah dan mak saya pun dua-dua cikgu. Alhamdulillah kadang-kadang saya rasa mewah jugak kehidupan kami [astaghfirullah..cukup] Tapi itu dulu.. sekarang, mungkin berbeza. Gaji cikgu mungkin tak cukup nak sara keluarga..tambah-tambah lagi kalau nak anak sampai 5 orang kan???!! Itu mungkin salah satu bentuk ujian bagi saya.. Semoga Allah sentiasa bersama saya.. [..terfikir nak jadi guru cemerlang supaya gaji menjadi lumayan!! Guru Cemerlang Pendidikan Khas Malaysia? atau...Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Khas Negeri Kedah??!]

4. Ujian dalam agama saya sendiri. Ini saya rasa paling takut. Futur dalam berjuang demi Islam. Bumi UK adalah bumi permai saya mendapat kemudahan dalam mencari ilmu..memberi ilmu dan memanfaatkan ilmu.. Di masa akan datang? Di Malaysia? Sibuk dengan urusan kerjaya? Sibuk dengan urusan keluarga? Saya jadi mudah lupa. Sangat mudah untuk pergi jauh meninggalkan perjuangan ini. Takkan nak support dari jauh saja. Infaq? Idea? Tenaga? Saya perlu lakukkan sesuatu untuk tidak futur dalam berdakwah!!

5. Ujian kehidupan. Seperti dalam cerita Hopr for Helen, saya mungkin akan ditimpa kesakitan..kemalangan..hilang anggota badan...kehilangan ahli keluarga dalam sekelip mata..kematian dan sebagainya...semua itu bermain di minda... Kita tidak tahu apa yang Allah rancangkan untuk kita kan. Kita harapkan yang terbaik namun siapa tahu, sebelum kebaikan itu muncul, kepayahan menahan sabar menempuh ujian adalah perkara paling PAHIT.. Saya sendiri tidak yakin untuk itu..

Apa yang saya harapkan supaya Allah sentiasa tenangkan hati saya walau sepahit manapun ujian itu. KETENANGAN HATI adalah perkara paling indah dalam hidup. Saya yakin Allah akan turunkan ujian itu kepada hamba-Nya kerana Dia tahu hamba itu mampu untuk menghadapinya. Saya mahu jadi hamba yang mampu itu.

Saya akhiri coretan di malam Selasa ini dengan sebuah perbualan ringkas yang cukup menenangkan hati saya..

"Nama ukhti siapa ya?" tanya seseorang yang tidak dikenali yang menjaga kaunter makanan di suatu tempat di muka bumi Allah. [dirahsiakan demi kemashalatan umum]

"Mahfuzah.." jawab saya ringkas dan perlahan kerana saya tak kenal beliau, tiba-tiba saja tanya nama.

"Bagus nama tu, semoga ukhti sentiasa dipelihara Allah kerana nama itu" jawab insan tersebut sambil tersenyum ketika saya membayar harga makanan itu. Saya terdiam dan berpaling. Saya tersenyum kepada diri sendiri, gembira kerana ada juga orang yang tahu maksud nama saya.

Nota: Mahfuzah bermaksud Terpelihara...

3 comments:

  1. oh puja2:
    entry kamu sangat bermakna!
    pelbagai kemungkinan ujian yang kita bakal hadapi!

    Oh Allah, mudahkan perjalanan hidup kami menuju syurga Mu..

    Nak masuk syurga kene jadi org yang hebat! takutnyaaaa

    ReplyDelete
  2. assalammualaikum mahfuzah

    luahan hati yang memberi kesan juga pada saya. terima kasih

    ReplyDelete
  3. salam mahfuzah

    moga kita tabah hadapi ujian Allah..setiap ujian yang mendatang menjadikan kita lebih matang dalam hidup..

    ReplyDelete