Friday, 29 October 2010

rerumputan yang hijau..

saya sekarang sedang menghirup air coklat panas Whittard di bilik di rumah di Kedah..sambil menyaksikan pemandangan hijau rerumputan di luar tingkap..heheh..

sedapp..dan menenangkan apabila dapat menikmati saat-saat indah seperti ini di rumah..huhu..

mari kita berbicara tentang sesuatu yang lebih kritikal di sini..dalam hidup ini, jangan kita berhenti berfikir..kerana berfikir adalah satu nikmat.. aktifkan minda anda.. jangan malas berfikir ok!

saya punyai ramai kawan-kawan perempuan yang belajar di luar negara hasil tajaan kerajaan..dan yang sewaktu dengannya..

ketika ada masa terluang, kami semua akan berkumpul dan berbual-bual tentang masa depan.. kalau jauh di perantauan, siapa lagi tempat meluahkan perasaan kalau bukan kawan-kawan..hehe..

ada antara mereka yang begitu komited dengan pelajaran sampai tidak mahu bergaul dengan rakan-rakan lain dalam aktiviti sosial di luar negara. Saya kurang bersetuju dengan konsep belajar untuk kepentingan akademik ini..

mengikut falsafah pendidikan kebanggsaan.. (cee wahh..dah boleh berbicara tentang falsafah sekarang setelah belajar teori-teori pendidikan..ehe) belajar haruslah seimbang dari segi intelek..emosi..sosial dan rohani.

ok ok..

Saya teringat akan musim sejuk yang bakal menyelubungi Cardiff dan seantero UK tak lama lagi..begitu saya merindui saat-saat berselubung di dalam duvet untuk mengatasi kesejukan melampau hehe.. seronok-seronok.

Kehidupan di dalam duvet sangat menggembirakan..hehe..

ok ok baiklah..saya akhiri entry kali ini begitu saja.. lain kali sambung lagi dengan cerita lain pula..



Thursday, 28 October 2010

dia yang Terpelihara

Hmmm..mari mari kita menari...

Ok ok..minggu ni agak mem'busy'kan.. kenapa kenapa? Saya balik Jitra hampir setiap minggu kerana urusan keluarga.. Inshaallah ayah dan ibu akan berangkat ke Tanah Suci tidak lama lagi..banyak perkara yang dipesankan kepada saya sepanjang ketiadaan mereka..

Segala urusan duit-duit belanja adik-adik, bayaran kereta, bank, insurans dan pengurusan 'homestay' ayah diletakkan di bahu saya..adoii.. Yelah kan anak sulung katakan.. Semoga saya dapat uruskan dengan sepanjang ketiadaan mereka..

Oh ye..saya lupa mahu bercerita tentang ibu saya.. Sejak dua bulan lepas kaki beliau mengalami keretakan dan sekaligus menyebabkan patah kaki.. Maka beliau telah dimasukkan ke Pusat Rawatan Kedah atau nama Inggerisnya..Kedah MEdical Centre selama 5 hari tambah lagi 2 hari.. Kaki beliau disimen dan tak boleh jalan selama 3 minggu.. Baru seminggu lepas simen itu dibuka dan beliau bolehla berjalan sikit-sikit..

Itulah dugaan Allah. Di kala nak menunaikan ibadat terbesar umat Islam itu..ibu saya diduga sebegitu rupa. Jadi sekarang ni ayah sayalah yang mengambil alih semua tugas-tugas seorang ibu seperti memasak, hantar Assyah pergi sekolah dan basuh baju... HEhe...sebenarnya ayah saya taklah masak sangat..dia beli je makanan kat kedai.. Takpun, beli kat kedai Tok Njang saya..hehehe.. nge nge nge

Minggu lepas saya balik rumah sebab ada kenduri naik haji.. dan minggu ni lagi balik rumah sekali lagi untuk siapkan dan kemaskan barang-barang ibu saya.. Maklumlah, ibu saya berjalan pun guna tongkat dan kerusi roda..jadi sayalah yang kena siapkan beg haji beliau.. Yuhuu...balik lagi..

Hmmm...harapan saya agar kedua ibu bapa saya dapat haji yang mabrur..Ameen..

Okay okay..mari bercerita tentang kehidupan yang menyeronokkan ini..Kehidupan di IPIK Cheras..saya sangat suka!!

Entah kenapa saya semakin berminat dengan isu-isu negara dan politik tanah air.. Selalu je menonton TV1..setahu saya TV1 tu untuk golongan macam ayah saya..hehe..dia suka sangat menonton TV1.. TV1 kan banyak informasi..tak banyak hiburan.. hehe..

Sejak dua menjak asyik je menekan butang untuk TV1 dengar rancangan-rancangan bual bicara dan berita-berita.. adoii..adakah ini petanda saya semakin meniti usia dan pemikiran yang lebih dewasa??? Kuang kuang kuang.. Tapi best ape.. Cumanya saya tak percaya sangat apa yang TV1 tu berikan bulat-bulat. Iyelah..kita ada konsep dan pemikiran kendiri yang harus dihormati.. Tidak semestinya saya percaya apatah lagi hal-hal politik.. Media punya pengaruh besar dan ianya bertumpu kepada sebelah pihak sahaja.

Disebabkan hal itulah saya merasakan rakyat Malaysia belum punyai hak untuk bersuara dengan jujur dan ikhlas. Mana-mana tulisan berbaur politik condong arah pembangkang, akan dijadikan isu dan kadang-kadang boleh sampai masuk ISA. Hmmm..konon-kononnya boleh menggugat keamanan negara... Saya hanya menyatakan pandangan..umur saya sudah melepasi 21 tahun.. saya punya hak untuk mengundi hehehe...

Minat terhadap politik dan isu-isu negara bermula apabila saya belajar di luar negara. Semakin jauh kita belajar..semakin jauh jarak kita dengan negara tercinta.. Kita berada di luar.. saya melihat negara saya dari kaca mata yang lebih luas.. Berada dalam negara dan sering disogok dengan isu-isu menyebelahi satu pihak menyebabkan fikiran sentiasa terkongkong. Berada di luar negara membuka mata saya untuk melihat negara sendiri dari pelbagai sudut.

Tidak semua agenda negara saya sokong..hehe.. golongan muda perlu sentiasa berfikiran jauh..apatah lagi kalau nak jadi cikgu.. cikgu mesti berfikiran luas.. luas dari segala aspek...

Saya akui saya bukan yang terbaik namun pandangan peribadi saya yang kerdil ini haruslah diambil kira.. Saya juga rakyat Malaysia dan saya sayangkan negara saya. Inilah tempat saya bakal berkhidmat untuk negara dan bangsa juga AGAMA saya.. Saya tidak akan khianati itu semua..Inshaallah..semoga Allah sentiasa memelihara saya seperti nama saya MAHFUZAH..yang bermaksud 'yang terpelihara'...hehehe



Thursday, 21 October 2010

Working towards a better future..

there are so many things that i wanted to share since months ago..

life at IPIK Cheras is wonderful despites of the feeling of loneliness when it strikes at the wrong time..hadoihh..

but my academic life is great!! i learn so many things! so many stories to let you know..
hehe...

saya belajar Ilmu Pendidikan..Education Studies..where i learn about theories of learning..stages of development.. models of learning.. learning process...etc..

dari situlah saya tahu banyak perkara how teaching strategies would impact on student's.. and i can relate that new knowledge to my previous experiences since i was in school until my university life.. it is so interesting.. saya suka subject ini!!

in Education Studies, saya juga belajar tentang sejarah pendidikan di Malaysia and how it has been influenced/changed and adapted to the new curriculum up until now.. the education system is still changing and generating.. kadang-kadang kita pun pening kan dengan sistem pendidikan negara kita yang begitu cepat berubah..seringkali pelajar-pelajar dijadikan subject eksperimen.. that is how education works..

education system cannot be tested on a small number of pupils in a short period of time.. it needs a lot of energy, money and even expertise.. dan yang menjadi mangsa ialah anak-anak sekolah..but that is how it works.. education system is changing.. and regenerating...
huhu..cakap macam best je kan..

ok okay..saya gembira belajar di sini...tapi saya seringkali teringat mahu pulang ke rumah kerana saya sering merindui suasana berada bersama keluarga..hehe.. saya tak suka hidup sorang-sorang.. saya suka hidup bersama orang-orang yang saya sayang..hehe..

esok hari Jumaat, saya balik rumah di Jitra Kedah!! Yehee... tak sabar rasanya kembali ke rumah dan bergelak ketawa dengan adik saya Assyah itu!!



Monday, 18 October 2010

If..

Okay okay.. Sudah hampir 3 bulan daku kembali ke Malaysia setelah menamatkan pengajian di luar negara..

Dah selama itu jugalah daku berada di IPIK Cheras untuk meneruskan pengajian sebelum melangkah ke alam pekerjaan..sebagai warga Kementerian Pelajaran Malaysia..

Ramai yang tertanya-tanya apa yang bakal daku lalui setelah tamat KPLI di IPIK Cheras..Hmm..

Sebenarnya daku juga tidak pasti namun setelah berulang-ulang kali diberitahu oleh pihak KPM dan mendapat panggilan telefon daripada Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas Putrajaya.. daku semakin meyakini destinasi seterusnya selepas ini..

Selepas KPLI ni..agak-agak lebih kurang 1 July kami dijadualkan untuk 'posting' sebagai guru Pendidikan Khas... Kami perlu posting di sekolah Menengah yang mempunyai rancangan integrasi Pendidikan Khas selama 2 bulan untuk mengesahkan pelantikan kami sebagai warga Kementerian..ohh sebenarnya banyak kelebihan menjadi guru berbanding jikalau bekerja di Kementerian... Saya yakin, saya akan merindui kerjaya impian saya ini suatu hari nanti..

Dah setelah 2 bulan di sekolah..kami akan dihantar ke Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas atau dikenali sebagai Pusat 3PK di seluruh negara.. Dan kami telahpun mendapat panggilan daripada Pusat 3PK Putrajaya bertanyakan di mana kami mahu berkhidmat.. hehe..'kami' tu bukanlah ramai pun..2 orang je..

Dan saya telahpun memberitahu bahawa saya mahu dihantar ke Putrajaya.. hehe..mengapa?? Padahal ada je kekosongan di Kedah..hehe.. Oh oh saya ada strategi... saya tak tahu strategi saya ini bakal berjaya atau tidak, namun saya mahu melangkah lebih jauh dalam bidang ini...

Saya target nak masuk Jabatan Pendidikan Khas!! Yeahee..saya mahu 'membolosi' Jabatan Pendidikan Khas Malaysia!! Tapi saya tak tahu jikalau ia bakal berjaya atau tidak.. Saya serahkan kepada Allah..saya hanya akan melakukan yang terbaik.. Mungkin Jusa C..hehe..

Sepanjang saya menjadi pelajar di IPIK ini..sudah banyak kali kami dipelawa menjadi pensyarah di IPIK setelah tamat KPLI di sini dek demand untuk kepakaran dalam bidang pendidikan khas ini yang sangat tinggi.. Pengarah IPIK Cheras juga menawarkan perkara yang sama..tanpa syarat perlu ada Master Degree etc..

Oh tapi apakan daya, kami ini pelajar tajaan Kementerian Pendidikan untuk diletakkan di bawah Kementerian, bukan di Maktab perguruan.. Hmmm..saya yakin, saya pasti akan berkhidmat di maktab perguruan suatu hari nanti..hehe..kalau bukan sebagai pensyarah..Mungkinn..sebagai PENGARAH!!!! Ada ka patut!!! Patut patut..itu impian saya.. Jusa C yeah!!!

Target saya selepas ini...buku Pendidikan Khas untuk guru-guru Pendidikan Khas di Malaysia..

Ok ok..ini tips untuk jadi Guru Cemerlang yang diberi oleh ayah saya..beliau seorang guru!! ayah saya cakap, kalau nak jadi guru cemerlang..bukan setakat mengajar je..tapi perlu jadi guru luar biasa..perlu buat sesuatu yang boleh jadi faedah dan dimanfaatkan oleh guru-guru lain, pelajar mahupun sekolah di seluruh negara..

Contoh termudah..cipta kaedah pengajaran yang memudahkan kefahaman pelajar ke..atau buat programme yang boleh dimanfaatkan untuk kegunaan sekolah dalam proses P&P.. atau..tulis buku berkaitan P&P dan cara-cara untuk meningkatkan proses P&P dalam kelas!!

Mudah bukan..kalau ada minat..semuanya akan jadi kenyataan! Saya semakin percaya jika sesuatu dilakukan dengan sepenuh jiwa, kita mampu membina sebuah negara! Itu perumpamaan saja..kecilkan skop..fokuskan kepada bidang yang kita minati!!!

Saya meletakkan target untuk menerbitkan buku untuk panduan kepada guru-guru Pendidikan Khas dalam aktiviti Terapi untuk memantapkan proses Pengajaran dan Pembelajaran mereka!!!

Alhamdulillah niat saya disokonh oleh pensyarah saya, Puan Habsah yang sangat suka dengan semua artikel-artikel yang saya hasilkan berkaitan dengan Pendidikan Khas.. Oh saya tahu, saya bukanlah penulis hebat..saya menulis buku bukan kerana mahu mendapat untung..tapi ia lebih kepada memartabatkan profession Guru Pendidikan Khas..!!!

Guru Pendidikan Khas seringkali hilang semangat kerana pelajar-pelajar kami yang begitu istimewa.. Saya percaya mereka punyai 'passion' yang tinggi, namun keadaan persekitaran yang membuatkan mereka hilang semangat..

Inshaallah, dengan berbekalkan ilmu yang sedikit ini, dibantu oleh pensyarah yang begitu berpengalaman, doa ibu bapa saya dan pertolongan Allah..saya akan menempuh liku-liku kehidupan ini dengan penuh semangat!! hehe!! Yakin boleh!!

Oh jangan buang masa lagi...!! Jom gembirakan hati dengan buat kerja sekolah.. Belajar bukanlah hanya untuk peperiksaan, namun ia lebih kepada tujuan untuk menenangkan hati dan jiwa..hehe..

Kalaulah masa sekolah dulu saya ada semangat belajar yang lahir dari hati macam ni..adoi..



Sunday, 17 October 2010

Hoh! I developed that negative behaviour!

I'm listening to Taylor Swift's songs.. she's my favourite singer for the time being.. in fact she has been my fav since 3 years ago..

Life now has changed. From being circulated with a lot of friends.. I am now undergoing life on my own without best friends that i can chare my feelings with.. It is another phase of life when you finish your education, and you proceed with another phase of life..friends being fade away..even though there are many ways that can keep you in touch with them but the feelings are different..they are beung busy with life over there..with new friends or 'old' friends...

And me..being apart to another city in Malaysia..a city full of happenings but i never get its spirits.. I am in Kuala Lumpur..the capital city of Malaysia..the most awakening city!! Hoh!! What's the difference.. I hate this city.. I tried many times to 'love' this place but it seemed fruitless.. Hate hate K.L!!!!

although i make new friends but it will never be the same.. sweet memories being fade away.. I am thankful to friends in Cardiff and in the UK who always say 'i miss you kak Fuzah' 'miss you Fuzah' and whatsoever kind of same meaning..
Thanks again..

I will always be alone in my room.. I bought a small TV to keep me busy watching news and dramas.. But the feeling of loneliness is always there.. sometimes it made me cry.. No one to talk to..no one to laugh with.. no one to share stories with.. it is driving me crazy..

I really miss Dayang..my OT mate..

I am missing my Haireen Halimi...

I am missing my Newcastle's friends..they are together again in Kedah but me..being thrown away in KL..

I am missing my Cardiff friends..Ninians..they are now Beauchamp's..missing Plantagenet Street neighbours..

I am missing TeamUsrahCardiff buddies..now called Cardiff Nusantara Network..missing Kuliah Al-Quran buddies, Bruneian's friends and everyone there!!

Even though there is something that I dont like about living in Cardiff and to handle with difficult people where I used to lived, but I had fantastic experiences there!!

Alhamdulillah..I know Allah is always here with me..

Life here is always full of mood swings..Sometimes happy..sometimes not.. I become more sensitive to people who are close to me.. I become more sensitive to people's responses to my behaviour..

I dont know whether it is a good sign or not..or maybe it is a sign of aging!! Oh Godness! Ouuhh..I would rather say it is a sign of maturity!! Is that?? hoh!! Maturity means I can control that negative behaviour instead of that behaviour is controlling me!

I understand that there are times when I want more attention..oh like 'kucing-kucing' that want 'belaian'!!

I dont blame myself..or others because sometimes it is not the right time to seek for attention when other people are busy with their life..!! Ok fine!! I hate that!!

My mom and dad is going to perform their Hajj this year!! Alhamdulillah..May Allah always be with them and grant them Barakah Hajj!!

I will always pray for them.. Everyday, my dad will call me..asking me what I am doing and what I have eaten..and so and so.. I miss my family so much..

I am now alone.. I wish I had someone to talk to and to laugh with.. I really miss the times when friends were making jokes and I laughed..

Missing that moments crazily..because I am crazily lonely..

I noticed that friends are now becoming far away from me.. They dont really care about me..less responsive.. All I can say!!

Monday, 11 October 2010

Bermain Goalball!!

Ok..mari lihat permaianan Goalball ye..

Permainan ini mempunyai 6 orang pemain..3 pemain setiap pasukan.. Setiap pasukan perlu menangkis serangan bola dari pihak lawan dengan apa jua cara sekalipun, sama ada dengan kaki, badan, tangan atau sebagainya agar tidak membolosi gawang gol di belakang setiap pemain.

Uniknya permainan ini ialah..mata setiap pemain harus ditutup..Jadi..nak tangkap bola atau nak tahu arah mana datangnya bola itu perlulah mendengar betul2 loceng yang akan berbunyi dalam bola itu..

Bola itu ada seperti bola jaring..namun ada loceng di dalamnya yang akan berbunyi-bunyi setiap kali melantun..

Yuhuu..jom saksikan aksi-aksi kami di Malaysian Association for the Blind (MAB) di Kuala Lumpur minggu lepas..

Esok, kami akan ke sana lagi..untuk bermain Goalball lagi..yeyeahh!! Saya sangat suka permainan ini..

Inilah saya...hehe..


bersedia untuk mendengar bola yang datang dari pasukan lawan..


Yeahhh dpat tangkap bola..kena baling pula ke pihak lawan..bola yang dibaling mesti lower ball..bawah paras pinggang..tak boleh high ball..sebab takut kena kepala..maklumlah..mata kan bertutup..tak nampak bola..


Yeahh sedang menunggu bola..


Inilah kawan-kawan KPLI saya..perasan tak saya je yang tak pakai baju Goalball Kelas..sebabnya..baju saya kecik..salah saiz..Woooppss adakah itu bermaknaa.... Alamak!!


Ni masa nak mula main...ready nak pakai shades..


Yeahhh..oh ye lupa nak cakap..untuk nak tangkap bola ni..bolehlah guna pelbagai aksi..seperti meniarap..menampan dengan kaki atau tangan dan sebagainya.. Kita sebagai pemain memanglah tak nampak..tapi orang-orang yang duduk kat tepi-tepi gelanggang tu akan gelakkan kita masa kita main..hehe..



Oh ini..masa strecthing..dan proses memanaskan badan..permainan goalball ini banyak guna anggota paras pinggang ke bawah..jadinya, warming up perlu banyak di bahagian ini..hehe


Panaskan kaki...


Inilah classmates saya..


Friday, 8 October 2010

Jangan hanya jadi guru biasa!!

Ho yeah!!

Mari saya tunjukkan gamabr-gambar semasa camping di Laman Bestari Ulu Yam dulu tu ye...

Semuanya menyeronokkan apart from hujan lebat sampai khemah banjir and takde sangat aktiviti jelajah hutan... hadoiii...

Ini adalah sesi CPR pertolongan cemas..hehe pertama kali nih tahu cara-cara mencium untuk membantu orang yang di dalam kesusahan..Inshaallah untuk jadi seorang guru, mesti serba boleh!! Baru cemerlang!



Ini pula ialah sesi patah dan rawat. Masa ni kami kena belajar guna kain anduh untuk membalut luka atau patah dan kemudian mengangkat pesakit dengan teknik yang betul dan mantap!!

Sesungguhnya untuk menjadi seorang guru, kita perlulah mempunyai segala jenis pengetahuan walaupun kadang-kadang kita ambil enteng tentang kemahiran tersebut..

Bayangkan kalau ada pelajar kita yang perlukan bantuan cemas, apa guna jadi cikgu kalau tak tahu teknik pertolongan cemas!! yeaahhHh!!!






Ini pula sesi membaca kompas dan peta lokasi di dalam hutan..Saya suka sesi ini kerana membuka mata saya tentang selok belok pengembaraan dlaam hutan dan langkah-langkah yang perlu diambil jika tersesat dalam hutan.

Baguskan sesi ini..tak semua orang boleh belajar teknik menggunakan kompas dengan betul kecuali anda ingin menjadi seorang guru!! Yeah sekali lagi profession ini diangkat!!



Ini pula sesi kawad kaki..kami ni cikgu Pandu Puteri.. di sebalik keayuan wajah..[ptuiii] namun kami tetap anggun bergaya ketika berkawad... Kirip kanan kirip!! Yeahh.. At least, seorang cikgu perlu tahu asas kawad.. Bagaimana mendengar arahan komanden dan mentafsir arahan dalam bentuk pergerakan!! Yezzaaa..anda memang ingin jadi guru cemerlang!!




Ini pula sesi bergambar..jangan tak tahu, bakal guru juga punya aksi fotogenik yang tidak mampu dihapus apabila di hadapan kamera! Kami guru berwibawa.

Note: Mereka ni semua guru-guru KPLI ambilan June 2010..IPIK Cheras. Ceriakan muka-muka mereka.. Oh ni muka tak make-up ni..kalau make-up memang cun habis lah!!




Haaa..ini pula ketika upacara pelantikan ahli pandu Puteri..yohooo.. Kamilah Barisan Pemimpin Pandu Puteri!! Hep hep!! Semangat Kepanduan!!



Ini adlaah aksi membina gadget untuk khemah kami..ini ialah gadget rak kasut! Huhu...lepas beberapa jam kami buat rak kasut ni..hujan turun dengan lebatnya dan habis semua kasut kami basah! Hadoii... tidak mengapa..hujan kan rahmat!!



Acara perbarisan dan ladam kuda!!!



Inilah khemah kami!! Cantikkkan!!



Ini pula jiran sebelah khemah kami..seriakan wajah-wajah mereka.. hehe... Mereka juga cikgu KPLI Pendidikan Khas Masalah Penglihatan...





Jadi apa tunggu lagi..jangan hanya target untuk jadi guru biasa..Jadilah yang luar biasa dan CEMERLANG! Anda mampu mencapainya!!

Ditujukan khas kepada rakan-rakan guru!!

Kalau yang bukan guru baca..anda pasti bersemangat apabila melihat kami juga bersemangat untuk mendidik anak bangsa!!


Wednesday, 6 October 2010

Cinta dan Harapan

Saya rasa sedih sedikit hari ini.. Entah kenapa..

Saya merasakan semua harapan saya hancur berkecai.. Saya sudah tidak percayakan sesiapa lagi..Biarlah Allah yang menentukan segalanya.. Saya bukan siapa-siapa... Alhamdulillah..saya hanya hamba Allah yang lemah..

Saya tak mampu buat apa-apa.. Kadang-kadang saya terfikir..betulkah keputusan yang saya buat ni? Saya mahu jadi kuat.. Saya tak mahu bergantung kepada sesiapa..kalau bergantung kepada orang lain..saya pasti merasa hampa.. semua orang tak dapat tolong saya... saya kecewa..

Kalau saya bergantung hidup pada Allah..pasti Dia tidak hampakan saya.. Saya mahu lupakan semuanya.. Biarlah saya mulakan kehidupan baru yang lebih bermakna..

Kalau saya sedih dan menangis..tiada siapa yang akan tenangkan saya walaupun orang yang dekat dengan diri saya.. Saya pasti akan ditinggalkan begitu saya memujuk hati sendiri..

Kadang-kadang saya boleh pujuk hati sendiri..tapi kalau lama-kelamaan dibiar sendirian.. saya rasa saya ni tidak berguna..

Patutkah saya tinggalkan semua itu?? Saya tak mahu perkara ini berterusan.. Saya juga seorang perempuan yang punya hati dan perasaan..

Pengorbanan perasaan yang banyak dilakukan langsung tidak dihargai.. Alhamdulillah.. Saya masih ada Allah.. Kalau Allah sayangkan saya..Dia pasti akan takdirkan saya kepada yang lebih..Saya yakin itu..

Saya hanya akan terus berdoa.. Saya insan yang biasa..tidak punya kelebihan apa-apa.. Setelah bertahun-tahun melaluinya saya semakin percaya bahawa sesuatu yang diirancang belum tentu akan berlaku dengan kepastian.. Saya bersyukur saya melalui semua itu..Alhamdulillah..

Apa perasaan anda jika anda berada dalam kesusahan dan orang yang diharapkan dapat bantu anda langsung tidak endahkan anda?? Sedih kan? Sangat sedih.. sayu sangat hati saya...

Selama ini saya sentiasa berusaha menjadi yang terbaik.. tapi semuanya seolah-olah tidak dihargai.. Alhamdulillah..saya akan membina kekuatan melaluinya sendirian.. Tiada siapa lagi yang mahu menemani hati saya kalau saya sedih..

Seolah-olah buang masa saja kan mengadu kepada yang tidak sudi sedangkan Allah itu Maha Mendengar.. Kenapa saya harus mengadu perkara-perkara kecil itu kepada seorang yang bergelar manusia juga? Allah yang turunkan masalah..Dia jualah yang ambil balik masalah itu dari kita kan?

Sebelum ini saya akan rasa tidak sedap hati kalau saya tidak dapat menolong orang yang saya sayang dalam kesusahan.. Walaupun tak dapat membantu secara fizikal, at least saya akan menemaninya dengan bercakap dan mendengar isi hati..

Tapi kalau saya perlukan teman hati untuk berbual...hanya diri sendiri pengubat jiwa.. Saya sering mencari kesibukan-kesibukan lain untuk melupakan perkara-perkara itu..Namun saya juga manusia..saya perlukan teman untuk berbicara..

Dulu saya ada teman berbicara..namun sekarang semuanya seolah-olah 'ditarik' segalanya oleh Allah.. Alhamdulillah..saya tidak salahkan sesiapa.. Mungkin faktor masa yang merubah segalanya..

Saya bersyukur kerana masih punyai semangat untuk teruskan hidup sendirian..Oh selama ini pun saya hidup sendirian jugak.. Keyakinan saya hanya pada Allah..

Saya sedih kerana saya kelemahan diri saya sebagai seorang wanita/perempuan menyebabkan saya seringkali ditinggalkan begitu saja memujuk diri sendiri..

Alhamdulillah..

Saya pernah mendapat layanan yang saya impikan namun semakin lama..impian saya itu hanya untuk seketika sahaja.. Iyelah..Kita sangka panas sampai ke petang, namun hujan di tengah hari merobek kegembiraan untuk meneruskan kehidupan..

Saya sudah tidak mampu lagi untuk tersenyum.. Senyum saya hanya pada luaran.. Saya tidak lagi ketawa seperti dahulu.. Saya tidak lagi gembira seperti dahulu..

Saya masih mengharap namun sampai sekarang, hanya saya yang memujuuk diri sendiri.. Saya rasa..perkara ini akan sentiasa berterusan sampai bila-bila kerana saya yakin saya sudah lagi tidak dipandang berharga..

Apa yang saya dapat hanyalah kesedihan.. Saya ingat saya akan sedih sekejap saja tapi sangkaan saya silap..saya masih bersedih sehingga sekarang..

Hati saya sudah tertutup setelah saya banyak kali memberi peluang..Saya kerap kali merendahkan hati untuk bercakap dan memberi peluang supaya keadaan diperbaiki..namun..seakan tidak berjaya..

Okay..saya mengundur diri dan akan melepaskan perasaan ini..buat selama-lamanya..kerana saya tak mahu lagi bersedih..

Saya mahu mengucapkan selamat tinggal..selamat bergembira untuk semua..selamat mengharungi kehidupan yang lebih tenang.. Maafkan jika saya mengganggu perjalanan hidup anda.. Saya wanita yang penuh emosi.. kadang-kadang terlupa mengawal dek kerana nilai integriti yang lemah.. Saya tidak suka dimarah..tapi nasihatlah dengan cara yang munasabah..

Maafkan jika ada salah dan silap..

Saya akan meneruskan kehidupan seperti biasa..akan sibukkan diri dengan perkara-perkara yang saya suka.. Kalau ada masalah, saya hanya akan mengadu kepada yang mahu mendengar..

Terima kasih kerana sudi menjadi pendengar setia..Terima kasih Allah..


Saturday, 2 October 2010

Off Pandu Puteri dan Buku Terapi!!

alhamdulillah sudah pulang dari bercamping di Ulu Yam Laman Bestari. Camping ini wajib untuk semua pelajar IPIK Cheras untuk unit beruniform.

Saya dan rakan-rakan mewakili Pandu Puteri Kadet. Ini bukan pilihan kami. Semunya ditetapkan oleh pihak maktab itu sendiri.. Puteri pun puterilah.. Saya ni bekas platun B Kadet Polis masa sekolah menengah dulu.. Hehe.. Siap ada baju polis lagi..nge nge nge..

Pengalaman bersama pasukan kadet polis berbeza sekali dengan Pandu Puteri ini..obviously kan..

Masa dengan Kadet Polis, saya pernah masuk hutan untuk pergi menembak..hehe..percaya atau tidak..saya pernah pegang M16!!! Wow..saya pun tak percaya saya pernah pegang benda berbahaya itu.. Masa tu kami ada latihan menembak di tepi bukit di suatu kawasan hutan dekat sempadan Malaysia-Thailand.. Hua hua hua..

Aksi menembak itu dibantu oleh anggota Penembak Polis Malaysia yang mengajar kami memegang M16 dnegan selamat dan menembak sasaran dengan tepat.. Markah diambil setelah sasaran ditembak dan mengenai sasaran..Sudah tentu saya tidak menang..heehee.. Ada orang yang lebih hebat..

Lepas menembak tu..bahu saya sakit dua hari..Fuhh..berat tau M16 tu..bukan calang-calang senapang.. Patutlah kena ada tauliah kalau nak guna.. baru belajar sehari dah sakit-sakit bahu semua..apatah lagi nak pegang setiap hari...hehe..

Tamatlah sudah pengalaman manis bersama KAdet Polis..Sebelum saya tinggalkan pasukan KAdet, saya telah menerima anugerah naik pangkat ke Platun A dan Anugerah Cemerlang KAdet peringkat Daerah Kubang Pasu..masa tu sebab dapat straight As dalam PMR..ngehehe..

Seronoklah masa bersama KAdet Polis

Berbeza dengan Pandu Puteri ini..begitu merimaskan kerana begitu banyak perkara dan upacara yang perlu dihafal.. Upacara pelantikan lah..lagu Taps Siang lah..Taps Malam lah.. LAgu Loceng lah.. Bagi saya itu nonsense.. tak sesuai untuk masyarakat Islam di Malaysia..banyak perkara yang memesongkan tanpa kita sedari..

Saya tak nafikan kebaikan dari badan beruniform ini..namun haruslah dikaji pelaksanaannya di sekolah..

Bayangkan..dalam pandu puteri, ada upacara melantik ahli baru dengan mengelilingi sebuah kolam buatan yang dihias cantik..Kemudian menari-nari mengelilingi kolam air tersebut.. Perbuatan itu seolah-olah memuja-muja sesuatu.. Saya kurang setuju dengan konsep ini..

Kita sanggup terima bulat-bulat apa saja agenda luar tanpa mengadaptasi kannya mengikut kesesuaian budaya dan sensitiviti agama Islam di Malaysia..

Saya juga kurang setuju dengan lagu-lagu yang kami nyanyikan ketika majlis permulaan..semuanya berunsurkan pemujaan.. Tambah-tambah lagu Loceng tu..sebijik macam kat gereja..

Semasa di UK, saya pernah meminta kebenaran untuk masuk ke dalam gereja untuk melihat upacara sembahyang mereka pada hari Ahad.. Sudah tentu saya cakap bahawa saya seorang Muslim dan mahu masuk untuk memerhati sahaja..Mereka benarkan saya masuk.. Saya lihat dan saya dengar upacara mereka.. Bukan niat untuk memesongkan akidah namun untuk belajar tentang agama mereka..

Sedangkan orang Kristian belajar dan mengkaji Al-Quran untuk mencari kesalahan umat Islam.. Kita pula tidak sesekali menyentuh Bible untuk mengkaji kecondongan kitab itu dengan Al-Quran yang suci.. Bagaimana kita nak patahkan hujah mereka dengan perkara realistik dari kitab mereka..kita sendiri tak tahu apa yang terkandung dalam Bible..bagaimana nak cari hujah? kan..

Okay-okay..berbalik kepada persoalan Pandu Puteri.. saya kurang setuju!! Yeah!!

Tapi saya kagum kerana uniform kami berbaju kurung..hehe.. Tapi tak best jugak sebab baju kurung tu warna biru..macam pekerja kilang sabun..hehe... Takpelah..janji baju itu menutup aurat..tak panas sangat dan jimat kos!! Yezzzaa!!


Okeh..sekarang saya dalam proses mengumpul bahan untuk menggabungkan ilmu saya dalam bidang Therapy dan disesuaikan dengan Silibus Pendidikan Khas di Malaysia.. Saya mahu bukukan bahan-bahan itu..

Alhamdulillah..terima kasih saya ucapkan pada Puan Meskinah yang menyuruh kami menghasilkan sebuah folio Therapy untuk kanak-kanak khas di sekolah.. Maklumat itu akan saya gunakan sebaiknya untuk manfaat guru-guru Pendidikan Khas sebagai langkah untuk melaksanakan aktiviti terapi bersama pelajar-pelajar Khas..

Semoga penghasilan buku-in-the-making ini mampu menjadi manfaat kepada semua guru-guru Pendidikan Khas.. Yes yes...semoga niat ini terus mendapat redha Allah..inshaallah saya akan berusaha!