Friday, 8 October 2010

Jangan hanya jadi guru biasa!!

Ho yeah!!

Mari saya tunjukkan gamabr-gambar semasa camping di Laman Bestari Ulu Yam dulu tu ye...

Semuanya menyeronokkan apart from hujan lebat sampai khemah banjir and takde sangat aktiviti jelajah hutan... hadoiii...

Ini adalah sesi CPR pertolongan cemas..hehe pertama kali nih tahu cara-cara mencium untuk membantu orang yang di dalam kesusahan..Inshaallah untuk jadi seorang guru, mesti serba boleh!! Baru cemerlang!



Ini pula ialah sesi patah dan rawat. Masa ni kami kena belajar guna kain anduh untuk membalut luka atau patah dan kemudian mengangkat pesakit dengan teknik yang betul dan mantap!!

Sesungguhnya untuk menjadi seorang guru, kita perlulah mempunyai segala jenis pengetahuan walaupun kadang-kadang kita ambil enteng tentang kemahiran tersebut..

Bayangkan kalau ada pelajar kita yang perlukan bantuan cemas, apa guna jadi cikgu kalau tak tahu teknik pertolongan cemas!! yeaahhHh!!!






Ini pula sesi membaca kompas dan peta lokasi di dalam hutan..Saya suka sesi ini kerana membuka mata saya tentang selok belok pengembaraan dlaam hutan dan langkah-langkah yang perlu diambil jika tersesat dalam hutan.

Baguskan sesi ini..tak semua orang boleh belajar teknik menggunakan kompas dengan betul kecuali anda ingin menjadi seorang guru!! Yeah sekali lagi profession ini diangkat!!



Ini pula sesi kawad kaki..kami ni cikgu Pandu Puteri.. di sebalik keayuan wajah..[ptuiii] namun kami tetap anggun bergaya ketika berkawad... Kirip kanan kirip!! Yeahh.. At least, seorang cikgu perlu tahu asas kawad.. Bagaimana mendengar arahan komanden dan mentafsir arahan dalam bentuk pergerakan!! Yezzaaa..anda memang ingin jadi guru cemerlang!!




Ini pula sesi bergambar..jangan tak tahu, bakal guru juga punya aksi fotogenik yang tidak mampu dihapus apabila di hadapan kamera! Kami guru berwibawa.

Note: Mereka ni semua guru-guru KPLI ambilan June 2010..IPIK Cheras. Ceriakan muka-muka mereka.. Oh ni muka tak make-up ni..kalau make-up memang cun habis lah!!




Haaa..ini pula ketika upacara pelantikan ahli pandu Puteri..yohooo.. Kamilah Barisan Pemimpin Pandu Puteri!! Hep hep!! Semangat Kepanduan!!



Ini adlaah aksi membina gadget untuk khemah kami..ini ialah gadget rak kasut! Huhu...lepas beberapa jam kami buat rak kasut ni..hujan turun dengan lebatnya dan habis semua kasut kami basah! Hadoii... tidak mengapa..hujan kan rahmat!!



Acara perbarisan dan ladam kuda!!!



Inilah khemah kami!! Cantikkkan!!



Ini pula jiran sebelah khemah kami..seriakan wajah-wajah mereka.. hehe... Mereka juga cikgu KPLI Pendidikan Khas Masalah Penglihatan...





Jadi apa tunggu lagi..jangan hanya target untuk jadi guru biasa..Jadilah yang luar biasa dan CEMERLANG! Anda mampu mencapainya!!

Ditujukan khas kepada rakan-rakan guru!!

Kalau yang bukan guru baca..anda pasti bersemangat apabila melihat kami juga bersemangat untuk mendidik anak bangsa!!


No comments:

Post a Comment