Saturday, 2 October 2010

Off Pandu Puteri dan Buku Terapi!!

alhamdulillah sudah pulang dari bercamping di Ulu Yam Laman Bestari. Camping ini wajib untuk semua pelajar IPIK Cheras untuk unit beruniform.

Saya dan rakan-rakan mewakili Pandu Puteri Kadet. Ini bukan pilihan kami. Semunya ditetapkan oleh pihak maktab itu sendiri.. Puteri pun puterilah.. Saya ni bekas platun B Kadet Polis masa sekolah menengah dulu.. Hehe.. Siap ada baju polis lagi..nge nge nge..

Pengalaman bersama pasukan kadet polis berbeza sekali dengan Pandu Puteri ini..obviously kan..

Masa dengan Kadet Polis, saya pernah masuk hutan untuk pergi menembak..hehe..percaya atau tidak..saya pernah pegang M16!!! Wow..saya pun tak percaya saya pernah pegang benda berbahaya itu.. Masa tu kami ada latihan menembak di tepi bukit di suatu kawasan hutan dekat sempadan Malaysia-Thailand.. Hua hua hua..

Aksi menembak itu dibantu oleh anggota Penembak Polis Malaysia yang mengajar kami memegang M16 dnegan selamat dan menembak sasaran dengan tepat.. Markah diambil setelah sasaran ditembak dan mengenai sasaran..Sudah tentu saya tidak menang..heehee.. Ada orang yang lebih hebat..

Lepas menembak tu..bahu saya sakit dua hari..Fuhh..berat tau M16 tu..bukan calang-calang senapang.. Patutlah kena ada tauliah kalau nak guna.. baru belajar sehari dah sakit-sakit bahu semua..apatah lagi nak pegang setiap hari...hehe..

Tamatlah sudah pengalaman manis bersama KAdet Polis..Sebelum saya tinggalkan pasukan KAdet, saya telah menerima anugerah naik pangkat ke Platun A dan Anugerah Cemerlang KAdet peringkat Daerah Kubang Pasu..masa tu sebab dapat straight As dalam PMR..ngehehe..

Seronoklah masa bersama KAdet Polis

Berbeza dengan Pandu Puteri ini..begitu merimaskan kerana begitu banyak perkara dan upacara yang perlu dihafal.. Upacara pelantikan lah..lagu Taps Siang lah..Taps Malam lah.. LAgu Loceng lah.. Bagi saya itu nonsense.. tak sesuai untuk masyarakat Islam di Malaysia..banyak perkara yang memesongkan tanpa kita sedari..

Saya tak nafikan kebaikan dari badan beruniform ini..namun haruslah dikaji pelaksanaannya di sekolah..

Bayangkan..dalam pandu puteri, ada upacara melantik ahli baru dengan mengelilingi sebuah kolam buatan yang dihias cantik..Kemudian menari-nari mengelilingi kolam air tersebut.. Perbuatan itu seolah-olah memuja-muja sesuatu.. Saya kurang setuju dengan konsep ini..

Kita sanggup terima bulat-bulat apa saja agenda luar tanpa mengadaptasi kannya mengikut kesesuaian budaya dan sensitiviti agama Islam di Malaysia..

Saya juga kurang setuju dengan lagu-lagu yang kami nyanyikan ketika majlis permulaan..semuanya berunsurkan pemujaan.. Tambah-tambah lagu Loceng tu..sebijik macam kat gereja..

Semasa di UK, saya pernah meminta kebenaran untuk masuk ke dalam gereja untuk melihat upacara sembahyang mereka pada hari Ahad.. Sudah tentu saya cakap bahawa saya seorang Muslim dan mahu masuk untuk memerhati sahaja..Mereka benarkan saya masuk.. Saya lihat dan saya dengar upacara mereka.. Bukan niat untuk memesongkan akidah namun untuk belajar tentang agama mereka..

Sedangkan orang Kristian belajar dan mengkaji Al-Quran untuk mencari kesalahan umat Islam.. Kita pula tidak sesekali menyentuh Bible untuk mengkaji kecondongan kitab itu dengan Al-Quran yang suci.. Bagaimana kita nak patahkan hujah mereka dengan perkara realistik dari kitab mereka..kita sendiri tak tahu apa yang terkandung dalam Bible..bagaimana nak cari hujah? kan..

Okay-okay..berbalik kepada persoalan Pandu Puteri.. saya kurang setuju!! Yeah!!

Tapi saya kagum kerana uniform kami berbaju kurung..hehe.. Tapi tak best jugak sebab baju kurung tu warna biru..macam pekerja kilang sabun..hehe... Takpelah..janji baju itu menutup aurat..tak panas sangat dan jimat kos!! Yezzzaa!!


Okeh..sekarang saya dalam proses mengumpul bahan untuk menggabungkan ilmu saya dalam bidang Therapy dan disesuaikan dengan Silibus Pendidikan Khas di Malaysia.. Saya mahu bukukan bahan-bahan itu..

Alhamdulillah..terima kasih saya ucapkan pada Puan Meskinah yang menyuruh kami menghasilkan sebuah folio Therapy untuk kanak-kanak khas di sekolah.. Maklumat itu akan saya gunakan sebaiknya untuk manfaat guru-guru Pendidikan Khas sebagai langkah untuk melaksanakan aktiviti terapi bersama pelajar-pelajar Khas..

Semoga penghasilan buku-in-the-making ini mampu menjadi manfaat kepada semua guru-guru Pendidikan Khas.. Yes yes...semoga niat ini terus mendapat redha Allah..inshaallah saya akan berusaha!

No comments:

Post a Comment