Thursday, 28 October 2010

dia yang Terpelihara

Hmmm..mari mari kita menari...

Ok ok..minggu ni agak mem'busy'kan.. kenapa kenapa? Saya balik Jitra hampir setiap minggu kerana urusan keluarga.. Inshaallah ayah dan ibu akan berangkat ke Tanah Suci tidak lama lagi..banyak perkara yang dipesankan kepada saya sepanjang ketiadaan mereka..

Segala urusan duit-duit belanja adik-adik, bayaran kereta, bank, insurans dan pengurusan 'homestay' ayah diletakkan di bahu saya..adoii.. Yelah kan anak sulung katakan.. Semoga saya dapat uruskan dengan sepanjang ketiadaan mereka..

Oh ye..saya lupa mahu bercerita tentang ibu saya.. Sejak dua bulan lepas kaki beliau mengalami keretakan dan sekaligus menyebabkan patah kaki.. Maka beliau telah dimasukkan ke Pusat Rawatan Kedah atau nama Inggerisnya..Kedah MEdical Centre selama 5 hari tambah lagi 2 hari.. Kaki beliau disimen dan tak boleh jalan selama 3 minggu.. Baru seminggu lepas simen itu dibuka dan beliau bolehla berjalan sikit-sikit..

Itulah dugaan Allah. Di kala nak menunaikan ibadat terbesar umat Islam itu..ibu saya diduga sebegitu rupa. Jadi sekarang ni ayah sayalah yang mengambil alih semua tugas-tugas seorang ibu seperti memasak, hantar Assyah pergi sekolah dan basuh baju... HEhe...sebenarnya ayah saya taklah masak sangat..dia beli je makanan kat kedai.. Takpun, beli kat kedai Tok Njang saya..hehehe.. nge nge nge

Minggu lepas saya balik rumah sebab ada kenduri naik haji.. dan minggu ni lagi balik rumah sekali lagi untuk siapkan dan kemaskan barang-barang ibu saya.. Maklumlah, ibu saya berjalan pun guna tongkat dan kerusi roda..jadi sayalah yang kena siapkan beg haji beliau.. Yuhuu...balik lagi..

Hmmm...harapan saya agar kedua ibu bapa saya dapat haji yang mabrur..Ameen..

Okay okay..mari bercerita tentang kehidupan yang menyeronokkan ini..Kehidupan di IPIK Cheras..saya sangat suka!!

Entah kenapa saya semakin berminat dengan isu-isu negara dan politik tanah air.. Selalu je menonton TV1..setahu saya TV1 tu untuk golongan macam ayah saya..hehe..dia suka sangat menonton TV1.. TV1 kan banyak informasi..tak banyak hiburan.. hehe..

Sejak dua menjak asyik je menekan butang untuk TV1 dengar rancangan-rancangan bual bicara dan berita-berita.. adoii..adakah ini petanda saya semakin meniti usia dan pemikiran yang lebih dewasa??? Kuang kuang kuang.. Tapi best ape.. Cumanya saya tak percaya sangat apa yang TV1 tu berikan bulat-bulat. Iyelah..kita ada konsep dan pemikiran kendiri yang harus dihormati.. Tidak semestinya saya percaya apatah lagi hal-hal politik.. Media punya pengaruh besar dan ianya bertumpu kepada sebelah pihak sahaja.

Disebabkan hal itulah saya merasakan rakyat Malaysia belum punyai hak untuk bersuara dengan jujur dan ikhlas. Mana-mana tulisan berbaur politik condong arah pembangkang, akan dijadikan isu dan kadang-kadang boleh sampai masuk ISA. Hmmm..konon-kononnya boleh menggugat keamanan negara... Saya hanya menyatakan pandangan..umur saya sudah melepasi 21 tahun.. saya punya hak untuk mengundi hehehe...

Minat terhadap politik dan isu-isu negara bermula apabila saya belajar di luar negara. Semakin jauh kita belajar..semakin jauh jarak kita dengan negara tercinta.. Kita berada di luar.. saya melihat negara saya dari kaca mata yang lebih luas.. Berada dalam negara dan sering disogok dengan isu-isu menyebelahi satu pihak menyebabkan fikiran sentiasa terkongkong. Berada di luar negara membuka mata saya untuk melihat negara sendiri dari pelbagai sudut.

Tidak semua agenda negara saya sokong..hehe.. golongan muda perlu sentiasa berfikiran jauh..apatah lagi kalau nak jadi cikgu.. cikgu mesti berfikiran luas.. luas dari segala aspek...

Saya akui saya bukan yang terbaik namun pandangan peribadi saya yang kerdil ini haruslah diambil kira.. Saya juga rakyat Malaysia dan saya sayangkan negara saya. Inilah tempat saya bakal berkhidmat untuk negara dan bangsa juga AGAMA saya.. Saya tidak akan khianati itu semua..Inshaallah..semoga Allah sentiasa memelihara saya seperti nama saya MAHFUZAH..yang bermaksud 'yang terpelihara'...hehehe



No comments:

Post a Comment