Dah selama itu jugalah daku berada di IPIK Cheras untuk meneruskan pengajian sebelum melangkah ke alam pekerjaan..sebagai warga Kementerian Pelajaran Malaysia..
Ramai yang tertanya-tanya apa yang bakal daku lalui setelah tamat KPLI di IPIK Cheras..Hmm..
Sebenarnya daku juga tidak pasti namun setelah berulang-ulang kali diberitahu oleh pihak KPM dan mendapat panggilan telefon daripada Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas Putrajaya.. daku semakin meyakini destinasi seterusnya selepas ini..
Selepas KPLI ni..agak-agak lebih kurang 1 July kami dijadualkan untuk 'posting' sebagai guru Pendidikan Khas... Kami perlu posting di sekolah Menengah yang mempunyai rancangan integrasi Pendidikan Khas selama 2 bulan untuk mengesahkan pelantikan kami sebagai warga Kementerian..ohh sebenarnya banyak kelebihan menjadi guru berbanding jikalau bekerja di Kementerian... Saya yakin, saya akan merindui kerjaya impian saya ini suatu hari nanti..
Dah setelah 2 bulan di sekolah..kami akan dihantar ke Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas atau dikenali sebagai Pusat 3PK di seluruh negara.. Dan kami telahpun mendapat panggilan daripada Pusat 3PK Putrajaya bertanyakan di mana kami mahu berkhidmat.. hehe..'kami' tu bukanlah ramai pun..2 orang je..
Dan saya telahpun memberitahu bahawa saya mahu dihantar ke Putrajaya.. hehe..mengapa?? Padahal ada je kekosongan di Kedah..hehe.. Oh oh saya ada strategi... saya tak tahu strategi saya ini bakal berjaya atau tidak, namun saya mahu melangkah lebih jauh dalam bidang ini...
Saya target nak masuk Jabatan Pendidikan Khas!! Yeahee..saya mahu 'membolosi' Jabatan Pendidikan Khas Malaysia!! Tapi saya tak tahu jikalau ia bakal berjaya atau tidak.. Saya serahkan kepada Allah..saya hanya akan melakukan yang terbaik.. Mungkin Jusa C..hehe..
Sepanjang saya menjadi pelajar di IPIK ini..sudah banyak kali kami dipelawa menjadi pensyarah di IPIK setelah tamat KPLI di sini dek demand untuk kepakaran dalam bidang pendidikan khas ini yang sangat tinggi.. Pengarah IPIK Cheras juga menawarkan perkara yang sama..tanpa syarat perlu ada Master Degree etc..
Oh tapi apakan daya, kami ini pelajar tajaan Kementerian Pendidikan untuk diletakkan di bawah Kementerian, bukan di Maktab perguruan.. Hmmm..saya yakin, saya pasti akan berkhidmat di maktab perguruan suatu hari nanti..hehe..kalau bukan sebagai pensyarah..Mungkinn..sebagai PENGARAH!!!! Ada ka patut!!! Patut patut..itu impian saya.. Jusa C yeah!!!
Target saya selepas ini...buku Pendidikan Khas untuk guru-guru Pendidikan Khas di Malaysia..
Ok ok..ini tips untuk jadi Guru Cemerlang yang diberi oleh ayah saya..beliau seorang guru!! ayah saya cakap, kalau nak jadi guru cemerlang..bukan setakat mengajar je..tapi perlu jadi guru luar biasa..perlu buat sesuatu yang boleh jadi faedah dan dimanfaatkan oleh guru-guru lain, pelajar mahupun sekolah di seluruh negara..
Contoh termudah..cipta kaedah pengajaran yang memudahkan kefahaman pelajar ke..atau buat programme yang boleh dimanfaatkan untuk kegunaan sekolah dalam proses P&P.. atau..tulis buku berkaitan P&P dan cara-cara untuk meningkatkan proses P&P dalam kelas!!
Mudah bukan..kalau ada minat..semuanya akan jadi kenyataan! Saya semakin percaya jika sesuatu dilakukan dengan sepenuh jiwa, kita mampu membina sebuah negara! Itu perumpamaan saja..kecilkan skop..fokuskan kepada bidang yang kita minati!!!
Saya meletakkan target untuk menerbitkan buku untuk panduan kepada guru-guru Pendidikan Khas dalam aktiviti Terapi untuk memantapkan proses Pengajaran dan Pembelajaran mereka!!!
Alhamdulillah niat saya disokonh oleh pensyarah saya, Puan Habsah yang sangat suka dengan semua artikel-artikel yang saya hasilkan berkaitan dengan Pendidikan Khas.. Oh saya tahu, saya bukanlah penulis hebat..saya menulis buku bukan kerana mahu mendapat untung..tapi ia lebih kepada memartabatkan profession Guru Pendidikan Khas..!!!
Guru Pendidikan Khas seringkali hilang semangat kerana pelajar-pelajar kami yang begitu istimewa.. Saya percaya mereka punyai 'passion' yang tinggi, namun keadaan persekitaran yang membuatkan mereka hilang semangat..
Inshaallah, dengan berbekalkan ilmu yang sedikit ini, dibantu oleh pensyarah yang begitu berpengalaman, doa ibu bapa saya dan pertolongan Allah..saya akan menempuh liku-liku kehidupan ini dengan penuh semangat!! hehe!! Yakin boleh!!
Oh jangan buang masa lagi...!! Jom gembirakan hati dengan buat kerja sekolah.. Belajar bukanlah hanya untuk peperiksaan, namun ia lebih kepada tujuan untuk menenangkan hati dan jiwa..hehe..
Kalaulah masa sekolah dulu saya ada semangat belajar yang lahir dari hati macam ni..adoi..
No comments:
Post a Comment