Mari kita lihat Buku Rekod pengajaran saya sebagai seorang cikgu praktikum..hehehe..
Memang agak letih la sebabnya cikgu praktikum kena tulis lesson plan yang berjela-jela panjangnya..haiyooo...tapi itulah passion..jika tiada minat..takkan jadi cikgu istimewa ini.. hehe
Ini adalah serba sedikit buku rekod yang saya tulis sepanjang praktikum yang dah nak masuk Minggu ke-6 .. Harap-harap kepada bakal guru sekalian, lakukan yang terbaik!! Bersiap sedia untuk menulis!
Dakwat pen saya habis setelah seminggu menulis lesson plan. Jadi, kalau 12 minggu praktikum, sedialah dengan 10-12 batang pen..hehe... Tapi tulisan saya besar-besar..jadinya dakwat pen pun habis cepat.. hihi
Walaupun kerja cikgu nampak mudah dan agak lapang..tapiii.. kami mendidik manusia... membina insan.rosak guru maka rosaklah insan..rosaklah segala-galanya.. tanggungjawab itu lebih besar daripada seorang pemimpin..kerana pemimpin itu dididik oleh seorang guru..
Bagi kami guru pendidikan khas, kami tidak menjangkakan pelajar kami menjadi seorang doktor/pensyarah/professor.. Namun, cukuplah sekadar mereka mampu berdikari..tidak membebankan orang lain sekalipun
hanya bekerja sebagai seorang tukang sapu di shopping complex..