Hmmmm... Hari Ahad yang mendamaikan..saya hanya mahu berehat sahaja hari ini tanpa memikirkan apa-apa. Inshaallah esok adalah hari bersejarah kerana lecturer saya akan datang ke sekolah dan observe saya mengajar. ayoo..semoga Allah melancarkan semuanya.. segala persediaan telah dilakukan..cuma malam ni nak revise je..
Ya Allah..bantulah hamba-Mu ini.. Sesungguhnya segala ketentuan adalah dari Engkau. Permudahkanlah segala urusan pekerjaanku di dunia mahupun di akhirat. Tenangkan hatiku kerana sesungguhnya ketenangan itu adalah nikmat yang tidak ternilai bagiku. Dengan ketenanganlah punca kejayaan dan keberkatan dalam melakukan pekerjaan. Ameen ya Rabbal a'laminn...
Hmmmm... semoga Allah perkenankan doa-doaku..
Mari kita sama-sama berdoa.. Doa itu senjata orang-orang mukmin.. Berhasrat mahu menjadi yang terbaik... Usahakanlah dan berdoalah selebihnya..
No comments:
Post a Comment