Wednesday, 16 February 2011

Bowling di Mid!

Alhamdulillah hari ini saya telah di'observe' oleh guru pembimbing saya buat kali pertama. Syukur sangat sangat.. Semua markah saya ialah 4/5 dan 5/5 untuk kebanyakan aspect pengajaran. Saya mahu meneruskan mendapat keputusan seperti itu.

Cuma satu kelemahan saya...saya hanya dapat 3/5 untuk aspect penutup pengajaran...saya kurang memberi penekanan terhadap penutup proses pengajaran. Yakni saya kurang bagi revision kepada pelajar-pelajar saya untuk subjek hari ini. Ok, takpe, saya akan perbaiki lagi mutu dan keunggulan tersebut!!! Inshaallah! semoga Allah kuatkan semangat! Semangat ini datangnya dari Allah.

Esok pelajar-pelajar kami akan keluar bermain bowling di Mid Valley!! Yeaheeehehe! Jimat lagi lesson plan!!!

Makanya, esok saya akan bersaing dengan pelajar-pelajar saya untuk bermain bowling secara percuma itu di bawah tanggungan pihak sekolah!!!

Apa yang menarik esok hari ialah, kami para guru akan memandu kereta membawa semua pelajar-pelajar di dalam kereta masing-masing menuju ke Stesen Komuter Bandar Tasik Selatan dan kemudian naik komuter terus ke Mid Valley!!! Huuuuuu.. saya tak pernah lakukan ini dalam hidup saya!!

Pengalaman yang baru mungkin!!


Oh ye..hari ini makan percuma lagi kerana ada jamuan sambutan Tahun BAru Cina yang telah di'sponsor' oleh ibu bapa salah seorang pelajar Khas kami.. Alhamdulillah...rezeki cikgu cikgu Pendidikan Khas... hehe..syukur syukur... blurrppp...kenyang makan nasi beriyani ayam merah bersama kuih lapis dan buah-buahan!!!!

alhamdulillah sekali lagi... Jom mulakan semangat bekerja untuk malam ini...!!

No comments:

Post a Comment