Friday, 25 February 2011

Penghuni Syurga







Mari kita lihat Buku Rekod pengajaran saya sebagai seorang cikgu praktikum..hehehe..

Memang agak letih la sebabnya cikgu praktikum kena tulis lesson plan yang berjela-jela panjangnya..haiyooo...tapi itulah passion..jika tiada minat..takkan jadi cikgu istimewa ini.. hehe

Ini adalah serba sedikit buku rekod yang saya tulis sepanjang praktikum yang dah nak masuk Minggu ke-6 .. Harap-harap kepada bakal guru sekalian, lakukan yang terbaik!! Bersiap sedia untuk menulis!

Dakwat pen saya habis setelah seminggu menulis lesson plan. Jadi, kalau 12 minggu praktikum, sedialah dengan 10-12 batang pen..hehe... Tapi tulisan saya besar-besar..jadinya dakwat pen pun habis cepat.. hihi

Walaupun kerja cikgu nampak mudah dan agak lapang..tapiii.. kami mendidik manusia... membina insan.rosak guru maka rosaklah insan..rosaklah segala-galanya.. tanggungjawab itu lebih besar daripada seorang pemimpin..kerana pemimpin itu dididik oleh seorang guru..

Bagi kami guru pendidikan khas, kami tidak menjangkakan pelajar kami menjadi seorang doktor/pensyarah/professor.. Namun, cukuplah sekadar mereka mampu berdikari..tidak membebankan orang lain sekalipun
hanya bekerja sebagai seorang tukang sapu di shopping complex..

1 comment:

  1. Salam kak,
    apa khabr kak? knal x sy.. dok2 mecari blog p.khas, terkeluar blog akak.. wah! bgusnya akak, sy suka n tharu dgn smgt akak tu.. teruskan usaha akak, jgn putus asa, smoga akak mejd guru khas yg berjaya, jgn peduli org kata apa ttg akak, yg penting niat akak yg ikhlas itu.. ok.. charyok3.. jmpa lg..

    meeze ipgik

    ReplyDelete