Friday, 25 February 2011

Bocce oh Bocce!!

Semalam Program Integrasi Pendidikan Khas telah mengadakan pertandingan Bocce.. hehe..



Permainan bocce lebih kurang permainan guli cumanya bola bocce lebih besar daripada bola lontar peluru. Permainan ini berasal dari Itali dan dimainkan di Eropah. Cara permainan bocce juga seakan-akan boling padang dan petanque. Pada hari Rabu, 23 Februari 2011 yang lalu, PPIKI SMK Seri Tasik telah mengadakan acara sukaneka Bocce bagi memilih pelajar PPKI berbakat untuk mewakili sekolah dalam permainan ini.







Bola bocce ini biasanya diperbuat daripada besi atau pebagai jenis plastic mengikut kepada kesesuaian tempat dan gelanggang. Kebiasaannya dimainkan oleh dua orang atau dua pasukan (2 atau 4 orang dalam setiap pasukan). Setiap orang diberikan peluang membaling 4 biji bola dan pembaling bola utama atau dikenali sebagai Jack atau Boccino atau Palino (di sesetengah tempat) akan diberikan kepada pemain atau pasukan yang memenangi undian awal. Bola bocce terdiri daripada bola Jack (Putih) dan Bocce (merah).







Balingan mestilah dibuat dalam kawasan gelanggang yang diperbuat daripada tanah biasa atau gelanggang asphalt (tar) dengan ukuran 27 meter panjang dan 2.5 hingga 4 meter lebar dan sekiranya pembaling pertama bola Jack gagal membuat balingan di dalam kawasan gelanggang sebanyak 2 kali maka pemain lain diberikan peluang membuat balingan bola Jack.







Peraturannya adalah selepas membaling bola Jack, pemain tersebut diberikan peluang membaling bola boccenya, dan seterusnya pemain yang lain akan membuat balingan. Balingan seterusnya ditentukan oleh kedudukan bola bocce yang paling hamper dengan bola Jack dan akhirnya mata dikira terhadap kedudukan bola-bola bocce pemain mana yang paling hamper dengan bola Jack. Biasanya permainan akan diteruskan selanjutnya sehingga salah seorang pemain atau pasukan mendapat 7 atau 13 mata terdahulu.





Dalam permainan ini, taktik dan strategi adalah penting dan kebenaran diberikan untuk menghentam bola lawan sebagai strategi untuk menjauhkannya daripada bola Jack. Latihan perlu dilakukan balingan yang konsisten dan tepat sama seperti bermain guli.



Hehe..sebelum waktu pendidikan jasmani itu tamat..saya dan beberapa orang guru bermain permainan ini dan bertanding sesama pasukan cikgu-cikgu..hehe.. saya suka..!!!



Yeahee.. bolehla saya ajar permainan ini masa kat sekolah nanti..memang sangat enjoy.. sesuai untuk Pendidikan Khas...







No comments:

Post a Comment