Hari ini saya melapangkan diri sendiri untuk keluar menikmati juadah makan malam seorang diri di Satay Station, Bandar Sri Permaisuri. Makan sorang-sorang lagi. In fact, selalu je saya buat perangai macam loser makan sorang-sorang kat kedai-kedai makan sekitar Cheras ni. Hehe..mula-mula saya rasa malu makan sorang-sorang tapi bila dah lama hidup berseorangan ni, saya rasa dah terbiasa pulak.. hehehe..
tapi dalam hati.. aduhhh...tak mahu la kehidupan solo molo apolo ini berterusan begini. Kalau saya tinggal di rumah bersama keluarga saya, saya tak kisah kalau saya bakal meneruskan kehidupan solo molo apolo ini.. Tapiii.. kalau nak hidup di kota raya seperti ini sendirian, saya boleh jadi gila..takpun depression yang serious. Nau'zubillah..minta Allah jauhkan semua itu..
Okay..lepas makan 5 cucuk satay kat Satay Station yang berharga 90 sen setiap cucuk (cehh..mahal giler..sate Kajang pun lagi sedap rasanya, 60 sen je). Dah tu, nasi himpit kena beli asing pulak tu..Haisshh.. Mahalnya lah makanan di Kuala Lumpur ni..tapi taklah sedap sangat..
Dakpelah..sekali sekala makan luar yang sedap..bukan selalu pung.. selalunya saya makan kat kedai berhampiran je. Jalan kaki je beli makanan. Heheh..hari je nak makan luar yang kena naik kereta. Huhuuu
Okay, lepas makan satay yang tak berapa nak sedap..tapi bersyukurlah ada makanan kan.. saya singgah di Pasar Malam.. saja berjalan-jalan melihat gelagat manusia sambil mencari makanan rapu untuk dikunyah. hehee..
Saya melewati sebuah gerai menjual alat permainan seperti kereta mainan dan motosikal mainan... Saya nampak ada seorang kanak-kanak lelaki sedang berkira-kira seolah-olah nak beli salah satu kereta mainan di situ... Umurnya lebeh kurang 9-10 tahun... Saya pun melirik jugak kat permainan-permainan yang di'display' di situ. Saja.
Setelah mendapat secawan jagung rebus, hati saya pun gembira... Ingat nak beli la Kebab ke..Murtabak ke..tapi perut dah kenyang makan sate. Kalaulah lalu kat Pasar Malam ni dulu tadi..mesti tak makan sate yang tak sedap tu.. Haiiyyaaaa.. hehe..takpelah..bersykurlah..
Saya pun kembali ke kereta nak balik.. Melewati sekali lagi gerai menjual permainan itu.. Ohh..saya melihat kanak-kanak itu masih di situ..membelek-belek kereta idamannya sambil tersenyum... Lepas pegang yang tu, dipegangnya pulak yang lain.. Dia memandang sejumlah wang di tangan. Kemudian, dia melepaskan kereta mainan yang dipegang. Mencongak-congak duit dalam genggaman tangan. Tak cukup rasanya. Dia pun menyimpan semua wang di tangan ke dalam poket seluar.
Dia tidak berlalu begitu sahaja. Dia kembali membelek dan melihat semua kereta2 mainan itu satu persatu. Dia hanya merenung saja kesemua kereta-kereta itu. Tak pegang. Lama dia berdiri di situ...Sangat lama..
Hati saya rasa sayu..mungkin kanak-kanak itu punyai hasrat untuk memiliki kereta mainan namun duit tidak mencukupi. Cukuplah sekadar melihat dan menjamu mata. Untuk sedapkan hati.
Setiap kanak-kanak harus diajar berdikari dan bersusah payah untuk memiliki sesuatu. Tak semua perkara yang kita inginkan akan kita dapat tanpa usaha. Namun begitu, kalau dah usaha pun tapi tak dapat juga, percayalah bahawa Allah punya rancangan yang lebih baik dan istimewa untuk kita... Saya meyakini itu..
Mempercayai setiap yang berlaku adalah ketentuan Allah tetapi tidak menafikan usaha yang perlu dilakukan.
Bulat tidak datang bergolek. Pipih tidak datang melayang.
Berusahalah dan yakinlah pada Allah. I want to be the best that I can be. I will try to be nice to everyone from the bottom of my heart. If people dont do the same way to me, it is not my problem..
No comments:
Post a Comment