Saturday, 12 February 2011

Membina Insan Membina Semangat!!

Saya baru pulang dari Kem Bina Insan Guru yang diadakan di Brindley Camp, Port Dickson. Untuk pengetahuan bakal-bakal guru yang masih lagi berada di UK dalam Ijazah pertama..hehe..kerana saya yakin ramai bakal-bakal guru di UK membaca blog saya..

Untuk pengetahuan semua, Bina Insan Guru atau lebih dikenali sebagai B.I.G di maktab adalah kem yang wajib dihadiri dan wajib LULUS sebelum anda bergelar seorang guru. Haaaa..macam scary je kan..

Kursus BIG ini adalah aktiviti bercamping yang bagi saya agak tough. Hehe..pemarkahan diambil oleh mentor-mentor yakni pensyarah-pensyarah yang akan turut sama hadir masa camping tu.. Setiap pelajar akan dinilai sejak bertolak dari maktab dengan bas sehinggalah kembali semula ke maktab selepas camping. hehe..

Markah dinilai dari segi penglibatan dalam setiap aktiviti, pergaulan sesama peserta, komitmen terhadap task yang diberi semasa camping, kemahiran dan semangat berani mencuba sepanjang tempoh perkhemahan selama 4 hari 3 malam.

Ayoyo.. tapi memang meletihkan la BIG ni..kena pasang khemah sendiri..tidur mesti dalam khemah walaupun hujan panas, kena bergilir-gilir memasak mengikut kumpulan yang ditetapkan, jadinya kalau makanan tak sedap, seluruh kem itu akan merasai masakan yang tak sedap itu..dahla bahan2 nak masak terhad..periuk belanga pun macam tu..masalah airnya lagi..adoii.. rasa nak cirit birit je..

Pastu pulak, tiap2 malam kena ambil turn Sentri Malam..maknanya kena berjaga malam di sekitar kawasan khemah. Perempuan kena jaga kawasan perempuan, lelaki kena jaga kawasan lelaki.. Adoi sangat meletihkan.. heeh

Masa aktiviti BIG, saya perlu melalui pengalaman mendaki gunung dan melalui kawasan hutan belantara. Ala-ala jungle trekking gitu.. Makanya..kenalah bersedia dengan segala insects repellent etc untuk mengelakkan pacat dan lintah...Euuuwwww..geli-geli..nasib baik pacat and lintah takde masa BIG saya.. huh huh..alhamdulillah...

Lepas tu pulak kena merasai pengalaman terapung di tengah lautan untuk meningkatkan keyakinan diri di air. Ayooo....bayangkanlah anda terapung-apung di tengah lautan selama lebih kurang 20 minit. Hehee..lepas tu kami dikehendaki membina rakit dalam kumpulan berbekalkan buluh2, tong dram dan tali kemudian perlu berakit ke tengah laut dan mengambil bendera yang ada kat tengah laut tu kemudian kembali semula ke pantai dan merungkai kembali rakit. Ketika itulah masa dicatat dan kumpulan yang berjaya menyiapkan tugasan dengan pantas akan dikira sebagai pemenang!! Yehehe..kumpulan saya menang!! Alhamdulillah...

Oppsss...lupa nak bagitahu..jangan risau..kami dibekalkan dengan life jacket.hehe..kalau takde life jacket, maknanya terapung dengan lemak-lemak di badanlah nampaknya..hehe..

Aktiviti di Kem BIG juga ada psychology test dimana saya telah diwajibkan membuat test untuk menentukan sama ada saya mengalami kemurungan, tekanan atau keresahan yang melampau..hehe..alhamdulillah saya normal..cumanya ada mengalami keresahan yang ringan..huhuhu...

Masa kat Kem BIG juga ada aktiviti Explorace yang mana saya diminta untuk meminum air telur mentah direct from telur tu untuk menerima task yang seterusnya..uuuuwekkksss..bluerkkk.. geli geleman tekak saya..alhamdulillah nasib baik tak muntah balik..ada orang kata ia baik untuk kesihatan...hehe.. ye ke ye ke..sihat bagaimana itu... entahlah..

Badan saya sakit-sakit seluruh badan sebab aktivti yang sangat mencabar itu. Masa porgram kat UK dulu takde semua ni kan..hehe.. yele..kan sejuk..mana nak larat buat aktiviti cenggitu..lagipun kena bayar mahal kan..

Kat BIG ni..semua kos ditanggung oleh maktab..yuhuu..senang2 je kan guna duit rakyat..jadinya kita kena jujur..lakukan yang terbaik dalam setiap pekerjaan kita hanya kerana Allah..

Masa kem BIG, kita kena sentiasa involve/participate secara aktif dalam setiap slot aktiviti. Mata-mata mentor kita akan memerhatikan kita dan akan menentukan sama ada kita LULUS atau GAGAL..ye lah kan..untuk jadi cikgu, kita kena fit dan perlu mempunyai personaliti sebagai seorang guru.. Berani..Yakin..Bakat memimpin..bercakap di hadapan dan kerjasama dengan ahli kumpulan.

Hadapilah segalanya dengan tenang...hehe..

Badan saya lenguh...sendi saya sakit..tidor tak cukup.. mata jadi merah.. kuku jadi biru..sejukla mandi pagi-pagi..sejukla tidor dalam khemah tanpa alas. Sakitla badan tidor atas tanah tanpa alas lembut..adoii..itu semua adalah alasan!!!

Cikgu takkan beri alasan!!! Cikgu akan bertindak dan bekerja dalam keadaan yang telah disediakan..hehe

Gunakan segala sumber di sekeliling anda!!! Lakukan yang terbaik..jika tidak kita yang berubah, siapa lagi!!! Ayuh bersemangat.

No comments:

Post a Comment