when one of my students asked me ... "cikgu..masukla kelas saya cikgu"
and i said... "kamu pergi masuk kelas kamu, Choy, kalau kamu tak masuk kelas cikgu tak nak ajar kamu"
and he said.. "ok ok cikgu..nanti cikgu masuk yah"
and i smiled...hehe. Choy ialah seorang budak ADHD yang suka merayau-rayau di luar kelas.
++++
ada seorang pelajar say lagi..namanya irfan..comel budaknya.. agak tampan..kulit cerah..tapii... matanya juling sebelah..
irfan seorang pelajar yang happy-go-lucky dan selalu berbual-bual dengan saya bila saya masuk kelasnya.. masa mula-mula masuk, dia tanya saya..
"cikgu, cikgu rasa saya ni handsome tak cikgu?"
"hahhaahaa..kenapa tanya cikgu macam tu irfan?" saya gelak geli hati..
"sebab saya rasa saya handsome cikgu..cuma..mata saya je juling sebelah! tapi handsomekan cikgu?"
"hahahahahahaa..lawakla kamu ni irfan!! hahahhaa" "tapi memang betullah kamu handsome irfan, tapi jangan tanya soalan macam ni kat orang lain tau..simpan dalam hati sudah ye.." hehe..saya sambung gelak...
saya ketawa tak henti-henti kerana geli hati.. gembira hati saya..pelajar-pelajar sebeginilah yang menceriakan hari-hari saya di sekolah.. mereka jujur kan..
++++
"cikgu, tentera Nazi tu jahat ke cikgu?" tanya Aqil, seorang budak Autisme yang sangat bijak.
"iye...diorang jahat.."
"Hitler tu jahat tak cikgu?"
"iye...dia tu macam komunis"
"cikgu, nanti besar saya nak masuk tentera Nazi lah cikgu"
"kenapa nak masuk Nazi?"
"saya suka tengok diorang cikgu."
"mana kamu tahu semua ni Aqil?"
"saya bukak internet cikgu"
"Aqil, ok, cikgu nak kamu cari di internet apakah sungai yang terpanjang di dunia?"
"Nile river di Africe, cikgu"
dalam hati..wahh..terer giler budak ni.. "betul!! pandai Aqil!! Ok, apakah gunung tertinggi di dunia?"
"semua orang tahu gunung Everest cikgu"
errkk..ape punya soalah daaa... "ok ok..apakah tasik paling dalam di dunia?"
"saya tahu tapi saya lupa la cikgu. tasik tu terletak berhampiran Uzbekistan. saya lupa namanya. nanti balik saya cari jawapannya."
uiiyooo..pandainya budak ni..bayangkan budak yang mempunyai Autisme punya pengetahuan sehebat ini. saya kagum dengan kemampuan mereka. Siapa kata mereka tak boleh berjaya?
Saya yakin Aqil dan rakan-rakannya akan membesar menjadi rakyat yang berguna kepada negara walaupun mereka mempunyai kekurangan.
Saya bangga dapat menjadi pendidik kepada golongan seperti ini.
mahfuzah dah mengajar di sekolah?
ReplyDeletemengajar pelajar yang punya pelbagai abiliti ini perlu banyak sabar dan kefahaman ya... semoga terus sukses
salam wbt..
ReplyDeletewohoho.. suka3!! sangat suka ada anak2 murid macam ni.. bahagia je hati kita kan? Allah Allah, besarnya nikmat kebahagiaan ni Fuzah.. :)
moga terus maju!!
assalamualaikum.. saya kagum dgn budak tu.
ReplyDeletesy student OT dr KSKB..
next sem kami akn blaja pasal peads.
blh tak kami dapatkan maklumat dari blog ini?