Antara Alor Setar dan Putrajaya. Saya stress.
Okay...hari ini saya ke Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas di Putrajaya yang bakal menjadi tempat saya bekerja kelak. Kerja menanti saya di sana. Apa yang perlu saya lakukan sekarang ialah menamatkan KPLI saya dengan seberapa segera dan posting dan kemudian saya akan ke Pusat 3PK itu. Saya stress.
Stress kerana saya boleh memilih tempat kerja saya.
Sebagai pelajar pertama tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam bidang Occupational Therapy, saya boleh memilih semua negeri di Malaysia jika saya berminat untuk ke sana. Yang pasti saya hanya akan memilih tempat yang dekat dengan keluarga dan dekat dengan bakal suami saya. Hehehe..
Lain macam jek bunyinya..hehehe..
Entahlahh..saya dalam dilema sekarang..
Jika di Alor Setar, saya tak perlu fikirkan apa-apa tentang rumah atau sebagainya. Hanya perlu fikirkan perbelanjaan kereta dan makan sikit-sikit. Tinggal dengan keluarga adalah satu perkara yang paling membahagiakan. Hehe...
Kalau di Putrajaya, saya perlu memikirkan banyak perkara..haiyaa...jauh dari keluarga.. saya macam tak sanggup..walaupun mungkin pada waktu saya berkhidmat di Pusat 3PK, saya mungkin sudah mempunyai keluarga sendiri..hehehee... Confident je kan.. Hmmmmm...
Tak tahulah..saya hanya mampu berdoa agar dikurniakan yang terbaik..
Biarlah Allah yang menentukan segalanya..
Jom solat istikharah setiap kali lepas Maghrib!!!
Dalam kehidupan, kita sering membuat keputusan tak kira walau sekecil manapun impak keputusan itu, ia tetap memberi kesan kepada kehidupan.
Semoga Allah tetapkan hati-hati kita dan tenangkan hati kita untuk membuat keputusan yang terbaik demi secalit kehidupan di dunia ini...
No comments:
Post a Comment