Thursday, 14 April 2011

Cerita Seorang Aiman

Kali ini masuk minggu kedua terakhir saya berkhidmat di sekolah itu sebelum menamatkan title saya sebagai guru praktikum.

Antara ramai-ramai pelajar saya, ada seorang pelajar bernama Aiman.. seorang anak yatim yang kini dipelihara oleh neneknya di ibu kota ini.

Kisah Aiman sangat tragis. Aiman ditinggalkan bapanya sejak kecil.. Ibunya pula merasa tertekan dengan keadaan itu yang ditinggalkan suami di samping terpaksa membesarkan Aiman seorang diri tanpa bantuan nafkah dan kewangan.

Semasa Aiman berumur 7 tahun, Aiman telah menyaksikan sendiri kejadian ibunya terjun dari flat bangunan tempat mereka tinggal kerana membunuh diri. Aiman menjerit dan meronta-ronta pada ketika itu. Sejak kejadian tersebut Aiman seringkali dilihat termenung dan terdiam.


Kini Aiman telah berusia 13 tahun dan telah memasuki alam remajanya..
Gaya percakapan dan perlakuannya boleh dikatakan ‘kurang ajar’ dan sedikit tidak berbudi pekerti. Guru dianggap seperti rakan sahaja. Bahasa yang digunakan sangat tidak sopan. Mula-mula saya memasuki kelasnya, saya memarahinya dek kerana percakapannya yang tidak sopan. Walaupun dia tidak melawan cakap saya namun ia seolah-olah seperti tidak berkesan.

Saya berfikir..manusia tidak boleh dilayan seperti itu apatah lagi Aiman adalah pelajar istimewa. Memarahinya mungkin akan menyebabkan dia tidak hormat pada cikgu kerana sifatnya begitu..

Kali kedua saya memasuki kelasnya, saya buat biasa sahaja. Seoalh-olah tidak ada konflik sebelum ini..hehe..saya selidiki peribadinya.. nak dijadikan cerita, waktu tu, adalah pertandingan mewarna, antara lukisan paling menarik yang pelajar-pelajar dalam kelas itu adalah lukisan Aiman..apa lagi..saya ambil peluang la..hehe
Saya tak putus-putus memuji lukisan Aiman..hehe..saja nak bodek..huhu..pastu siap buat-buat nak bantu lagi bagi lukisan Aiman lagi cantik… hehe.. Sambil mewarna, sambil borak-borak, cakap pasal Aiman nak jadi apa bila besar nanti, Aiman minat buat apa..lepas balik sekolah Aiman buat apa..Aiman suka makan apa...then sambil tu saya selidiki peribadinya dan menasihatinya agar sentiasa bercakap dengan sopan..

Alhamdulillah pada permulaannya sangat berkesan.. sebaik sahaja masa saya tamat, Aiman menawarkan diri untuk menolong saya mengangkat buku-buku dan barang-barang saya ke bilik guru..hehe..peluang baekk punyai ni…

Minggu berikutnya, saya duduk bersama guru-guru lain…tiba-tiba Aiman datang dan bertanya dengan nada keras ‘ Cikgu, bila kita nak chiow cikgu?’ chiow tu maksudnya macam bila kita nak beredar dari sini la cenggitu..

Then, dengan pantasnya saya berkata kepada Aiman..’Aiman, apa perkataan yang sesuai nak gantikan perkataan ‘chiaow’ tu? Cuba kita gunakan perkataan yang elok-elok..okeh?’

Then, dengan pantas juga Aiman berkata dengan nada yang lebih lembut “Cikgu, bila kita nak pergi dari sini cikgu?”

Hehe..woahh..bagus bagus..ada peningkatan..heehehee.. Alhamdulillah..walaupun baru sedikit, saya rasa puas dapat menerapkan sesuatu nilai yang begitu baik dalam diri pelajar-pelajar saya.. Inilah perasaan sebagai seorang guru kan..? Saya cukup hargai perasaan puas seperti ini.. tak dapat kat tempat lain neh!!

No comments:

Post a Comment