Wednesday, 13 April 2011

Saya Benci Kuala Lumpur!

Oh ok..tajuk di atas bunyi seperti sangat negatif. Oh sebenarnya tidaklah sampai begitu sekali. Saja ja..hihi

Sejak dari mula saya tiba di ibu kota ini untuk melanjutkan pelajaran dalam kursus perguruan, saya sememangnya tak suka bandaraya ini. Tapi saya belajar banyak perkara di sini.

Saya sangat kagum dengan segelintir masyarakat di sini…semasa membeli nasi lemak untuk hidangan makan petang saya di salah sebuah gerai kaki lima bangunan. [tetiba teringat nasihat seorang sahabat istimewa, ‘kita kena support penjual-penjual kecil yang berniaga di kaki lima bangunan ataupun jalan kerana semangat mereka tinggi untuk mencari rezeki’..hmmm..saya telah laksanakannya..ada benarnya bukan]

Ok berbalik kepada detik waktu saya beli nasi lemak tadi, ada seorang kakak yang juga membeli nasi lemak lebih awal dari saya..menunggu pakcik tu senduk-sendukkan lauk untuknya. Berdiri di tepi payung gerai nasi lemak tu, ialah seorang lelaki muda yang agak selekeh pakaiannya. Dia hanya menunggu di situ melihat lauk-lauk yang terhidang untuk dijual.

Setelah selesai kakak tersebut membeli dan membayar, dengan mudahnya dia berkata kepada lelaki muda yang menunggu di tepi payung tersebut, ‘Awak nak beli lauk apa? Ambillah akak belanja’

Lelaki muda tadi terus tersenyum ria sambil tak henti-henti mengucapkan terima kasih kepada kakak tersebut.

Saya berasa sungguh terharu..selama ini saya selalu beranggapan lelaki-lelaki muda yang berpakaian selekeh adalah nakal dan jahat kerana sering mengganggu perempuan-perempuan di tepi jalan sambil membuat bunyi-bunyi mulut yang meloyakan…uwekk…

Tapi daripada apa yang saya dapat hari ini..ternyata, ia sesuatu yang sungguh berbeza. Watak seorang kakak yang masih muda…melayan seorang lelaki muda (yang pada mulanya saya anggap kotor dan menjijikkan) dengan begitu baik sekali..hati saya tersentuh..

Saya ingin menyaksikan lebih banyak lagi situasi-situasi seperti ini..patut masuk akhbar Harian Metro ni.. walaupun ianya sebuah berita kecil namun contoh-contoh seperti inilah yang wajar dijadikan panduan.. (oh okay, saya tak suka baca surat khabar tersebut kerana berita-berita yang dihighlightkan menunjukkan bahawa rakyat Malaysia adalah rakyat songsang, jijik dengan perlakuan moral, sehinggakan sanggup menceritakan hal rumahtangga orang lain di dalam akhbar)

Tak bolehkah suratkhabar menyeimbangkan berita-berita mereka? Media memainkan peranan..jika banyak berita buruk dilaporkan, masyarakat mungkin menganggap negara kita semakin teruk sahsiahnya. Dan tidak semua lapisan masyarakat dapat menilai berita itu sebaik mungkin.. saya sayang Malaysia..

Jika kita dibakar dengan berita tentang nilai-nilai murni dalam masyarakat..saya yakin masyarakat akan berfikiran positif. Dunia akan menjadi aman dengan cara ini. Hehe..mungkin..siapa tahu kan?

1 comment:

  1. Salam, saya tertarik dgn apa yang saudari share di blog ini, diharap ramai yang ambil manfaat dan pengajaran

    ReplyDelete