Friday, 8 April 2011

Doaku untukmu

Menjadi kebiasaan setiap hari selepas balik sekolah saya kan singgah di mana-mana restoran di sekitar Bandar Sri Permaisuri/ Cheras ni untuk menikmati makan tengahari..sendirian..alone..!! I repeat...alone...

Macam loser sedikit bunyinya..haha.. takpe takpe..bila masa lagi nak hidup bebas bersendiri kan.. sekejap je lagi..ooo'ooooo......kan kan..

Okay...setelah meng'order' Nasi Ayam versi di Utara di salah sebuah restoran kegemaran, saya pun duduklah menunggu pesanan sambil mendengar khutbah Jumaat yang berkumandang di Tele.. Hmmmm...ramai je hamba-hamba Allah yang muslimin dengan selamber dek je lepak-lepak dan makan-makan tanpa rasa gelisah +bimbang lewat ke masjid menunaikan Solat Jumaat...

Dunia zaman sekarang..itu tak termasuk pekerja-pekerja lelaki yang sibuk bekerja mengambil order.. Boleh je kalau diorang nak pergi ke masjid di sebelah tu je...tak sampai 200 meter pun nak jalan ke masjid berhampiran... Lagipun ada je 2,3 pekerja perempuan yang juga sedang bekerja... Kalau diberi peluang, nak aje saya tanya, 'memang kalau bekerja kat sini takde rehat untuk pergi sembahyang Jumaat yang wajib ke? lagipun masjid dekat sangat dah'

Bukan nak kata apa...tapi itulah yang berlaku pada zaman sekarang... Islam hanya pada nama..

Selesai saja makan, saya pun bersiap untuk beredar..tiba-tiba seorang gadis berkulit hitam manis menghampiri saya...gayanya seperti ingin menjual sesuatu... Saya pun menunggu beliau datang menghampiri..saya dah niat, kalau tak beli pun barangnya..at least saya bagi la something yang bermanfaat untuknya..

Setelah beberapa ketika beliau berkata-kata mempromosi barangan jualannya, saya pun tertarik untuk membeli sebuah CD zikir munajat.. hmm..alhamdulillah..boleh jugak pasang dalam kereta semasa memandu kan..sejuk sikit hati bila memandu kat KL yang 'hot' ni...

Setelah membayar harga CD tersebut, beliau telah mengungkapkan kata-kata yang membuatkan hati saya tersentak..."terima kasih kak, semoga Allah murahkan rezeki akak..jumpa lagi Assalamualaikum" kata beliau sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan saya..

Saya menyambutnya dan berkata..." semoga Allah makbulkan doa awak.." sambil tersenyum..

Dalam hati saya berkata..mungkin doa-doa orang yang sebegini dimakbulkan Allah kersna mereka ikhlas menghadapi liku-liku kehidupan.. Tak salah belajar sesuatu tentang kehidupan daripada seorang gadis yang menjual CD.. Manusia ini sama sahaja di sisi Allah..Hanya iman yang membezakan...

Gadis ini lebih mulia daripada manusia-manusia yang makan di restoran itu tanpa menghiraukan kewajipan menunaikan Solat Jumaat..hari ini hari mulia..berdoalah...berkatalah sesuatu yang baik..semoga Allah makbulkan doa kita...

1 comment: