Wednesday, 6 April 2011

Bijaksini Bijaksana

Banyak perkara yang berlaku dalam dunia sekarang...tak payah pergi jauh..dalam negara sendiri pun sudah terang lagi bersuluh..

Fitnah memfitnah!!

Sejak dari awal lagi berita fitnah zina itu keluar saya sudah merasakan mentaliti pemimpin yang memfitnah amat sempit lagi cetek. Tidak sedarkah akan dosa-dosa fitnah?? Itu bukan perkara main-main..perkara fitnah terutama fitnah zina walau ia benar sekalipun, adakah beretika jika diumumkan sebegitu?

Sebagai umat Islam..kita patut menutup aib orang lain. Mampukah kita untuk menghadapi pembukaan aib kita di hadapan Allah kelak?

Saya orang yang kerdil..namun saya mampu untuk berfikir dan menilai.. Sesungguhnya orang yang menuduh seseorang itu berzina itu lebih hina dari orang yang dituduh. Apatah lagi berita itu (video) disebar-sebarkan kepada umum. Saya yakin seseorang yang tampil berani membela dirinya apatah lagi disokong pembelaan itu oleh seluruh seisi keluarganya adalah sangat terhormat.

Saya menyanjungi peribadi Dato' Seri Anwar kerana sejak dari saya kecil lagi (12 tahun) beliau difitnah berkaitan isu salah laku seperti ini namun beliau tetap tenang dengan pendiriannya. Beliau mempunyai sokongan fizikal dan emosi yang amat utuh dari keluarga beliau terutama sekali isteri beliau...

Beginikah mental ahli politik Malaysia? Menjatuhkan antara satu sama lain dengan taktik yang paling kotor dan jijik?

Saya tetap tidak setuju dengan berita itu..kembalilah kepada Islam.. berfikirlah.. Fitnah adalah dosa yang lebih besar daripada membunuh. Saya meyakini dengan sepenuh hati terhadap Islam..dan seluruh ajaran di dalamnya..

Mari bermuhasabah..

Oh mungkin itu taktik Pilihanraya!! Segalanya dapat dipermainkan apabila lidah-lidah media dikuasai oleh sebelah pihak sahaja. Di mana kebebasan bersuara dan memberi pendapat? Jawapannya ialah blog...hehe...

Saya menulis kerana itu perkara yang benar... Saya bukan hipokrit..

P/S: Harga minyak petrol yang naik 20 sen tidak dihebohkan langsung di media.. mengapa? hebat betul kuasa mereka terhadap media.. Rakyat seolah-olah dipermainkan oleh media.. Jika anda bijak, anda tidak akan percaya bulat-bulat apa jua berita yang disiarkan di Awani, Tv3, TV1 dan lain-lain TV...

Rakyat sekarang semakin bijak menilai bukan.. Broadband di mana-mana..bukan sekadar untuk online Facebook..malah telah digunakan sebaik mungkin untuk menilai.. Hehe..


Politik adalah salah satu minat saya selain Pendidikan Khas..

No comments:

Post a Comment