Okay okay..antara perkara yang saya suka dan ambil tahu ialah tentang pelaburan. Saya masih ingat semasa saya kecil, saya suka jugak menabung. Hehe..seminggu ayah bagi sepuluh ringgit. Tapi saya makan 5 kupang ja sehari..yg lebih tu simpan sebab nak beli buku latihan PMR. Hehe.. punyalah gila beli buku masa tu..beli buku lepas balik sekolah pulak tu..
Okay, bila umur meningkat sikit, tinggal di asrama, saya mula belajar mengurus kewangan dengan sendiri. Ayah saya bagi duit belanja 50 puluh ringgit sebulan. Ye lah kan dok asrama. Makan takyah risau dah.. Cuma nak beli belah masa outing kat pekan Tepeng tu ja lah. Hehe.. masa tu saya mula beli syampu, sabun basuh baju and sabun badan sendiri..hehe.. hujung bulan ja..duit mesti habis sebab masa belajar memang pakai duit kan..
Lepas tu bila masuk alam remaja lepas persekolahan, Alhamdulillah saya dapat biasiswa KPM berjumlah tiga ratus lima puluh ringgit sebulan. Hehe..banyak tu.. masa tu barulah saya kenal erti berjimat-cermat..kalau boleh saya tak nak mintak duit dah dari ayah saya. Sehari saya budget makan sepuluh ringgit. Selalunya makan nasi tiga ringgit setengah, kemudian ayaq pulak minum ayaq kosong ja..punyala nak berjimat..hehe
Disebabkan duit KPM masuk lumsum untuk 6 bulan sekaligus. Makanya..mula-mula memang duit sangat banyak..hehe.. tapi duit itu hanya bertahan selama 4 bulan sahaja..hehe.. lagi balance 2 bulan, ayah saya punya duit la…
Memang..saya rasa masa buat A level dulu, saya tahan je nak beli apa-apa barang kesukaan..sebab tak banyak sangat duit kan.. hehe..
Then, kehidupan di UK banyak mengubah cara saya berbelanja.. okay okay..bertendang bertendang..hehe.. bertenang..
Duit elaun di UK sangatlah banyak!!!!!!!! Saya jadi mata duitan!!!! Wowowowoowowowowowooooo.. teringat karakter kartun bermata duitan…hehe..
Alhamdulillah..duit elaun yang saya dapat melebihi apa yang saya perlu..di UK saya belajar untuk memberi.. maksudnya, saya banyak belajar untuk memberi duit saya kepada orang lain..dalam erti kata yang lain, saya belajar untuk bersedekah dan memberi infaq dalam kuantiti yang banyak!! Saya belajar daripada kawan-kawan..belajar dari situasi.. erti hidup adalah memberi. Duit yang kita terima bukan semuanya hak kita. Betul bukan? Saya percaya yang itu. Saya yakin!!!! Jika kita bersedekah, Allah akan tambahkan rezeki kepada kita..tak kira dalam bentuk wang ringgit mahupun bentuk-bentuk kesenangan yang sukar untuk ditafsirkan!! Saya yakin!!!
Mari saya bercerita..semasa di UK, saya belajar untuk independent. Saya merasakan bahawa saya telah merasai financial freedom semasa di UK..hehe.. duit elaun bulanan dari KPM berganda-ganda lebihnya daripada apa yang saya perlu. Ditambah pula duit elaun praktikal yang saya dapat berganda-ganda daripada apa yang saya perlu. Syukur-syukur..dari situ saya belajar mebguruskan wang dengan lebih berkesan.
Saya berbelanja. Pergi melancong sepertiga dunia.hehe. Bershopping sakan!!! Dan pelbagai perkara saya lakukan termasuklah menabung untuk masa depan!! Disebabkan kadar tukaran wang UK pound ke ringgit Malaysia sangat tinggi pada tahun pertama saya, masa itulah saya pindah wang ke Malaysia. Saya lakukan ini pada setiap tahun.
Then, setelah kembalinya ke Malaysia..alhamdulillah duit elaun tidak pernah putus.. namun syaa dapat rasakan perbelanjaan di Malaysia jauh lebih tinggi berbanding di UK. Duit keluar macam air yang mengalir. Kuasa memegang duit semakin lemah. Hehe.. ianya amat benar. Perbelanjaan sangat besar. Saya merindui kehidupan perbelanjaan di UK.
Di Malaysia ni, memang belanja lebih besar sebabnya saya mula membeli kereta dan berkira-kira nak beli rumah..haiyaa..makin besar angka kehidupan, makin besar
Tapi bila sampai di Malaysia inilah saya mula membuat pelaburan dalam unit-unit amanah yang berasaskan perbankan Islam. Saya meyakini cara perbankan Islam sejak di UK lagi. Sedangkan negara minoriti Islam seperti UK mengiktiraf perbankan Islam, manakan tidak negara Malaysia yang ISLAM pada nama????
Tapi saya agak peliklah bila perbankan Islam di negara saya yang Islam ini kurang mendapat liputan. Hmm…
Okay okay berbalik kepada pelaburan tadi. Saya memilih Bank Rakyat. Bank Pilihan anda..hehe.. anda cubalah!! Pasti suka!
Hehe..pelaburan emas adalah yang paling bagus dan Islami. Saya suka.
Dalam kita berbicara tentang kekayaan, pelaburan dan harta-harta dunia ini, saya meyakini bahawa yang menjaga harta kita adalah Allah. Kesan dan pengalaman bersedekah dan memberi infaq kepada orang lain masih berbekas besar di hati saya. Saya amat berharap agar sifat inilah yang akan menjaga harta-harta dunia saya.
Saya yakin bahawa, Allah berhak untuk menarik balik segala harta yang Dia beri kepada kita jika kita tidak beringat bahawa harta dunia untuk dikongsi bersama. Allah menarik balik harta kita dengan pelbagai cara..duit dicuri, kereta kemek dan perlu dibaiki, perlu beli itu ini. Saya yakin, itu semua hak Allah. Harta yang dimiliki bukan hak kita sepenuhnya. Kongsilah dengan orang lain walau siapapun orangnya. Tak perlu kira dia kaya atau miskin. Perkara yang baik adalah untuk dikongsi.
Jadi, jangan kedekut untuk membelanja kawan-kawan anda. Jangan lokek untuk memberi sedekah walaupun seringgit dalam tempoh seminggu. Lakukan sekarang! Lagi banyak kita bersedekah, lagi banyak kenikmatan dunia yang Allah beri tanpa kita sedari… yakinlah dengan Allah.. tetapkan hati untuk meyakini bahawa harta kita adalah milik Allah.
Keluarkanlah zakat…berilah sedekah..sesungguhnya itulah pelaburan terbesar di dunia dan akhirat…
Senyumlah apabila anda memberi sedekah..sesungguhnya keikhlasan hati yang terpancar di wajah itu membuatkan orang di sekeliling senang dengan anda..mereka mendoakan kita.. Mana tahu doa mereka Allah angkat ke langit?? Hanya Allah penentu segalanya..
Biarlah Allah yang menjaga diri kita kerana kita ini adalah milik-Nya..
No comments:
Post a Comment