Friday, 15 April 2011

Lama tak nampak 'teacher'?

Perkara ini seringkali terjadi pada saya terutamanya apabila saya pulang dari sekolah..hehe.. Yelah, sebagai seorang cikgu, name tag mesti kena pakai semasa beraa di sekolah.. Balik sekolah je, biasanya saya akan merayau-rayau dulu di Bandar Sri Permaisuri ni mencari sesuap nasi or sup di Ani Sup Utara yang menjadi restoran kegemaran di Kuala Lumpur ini..hanya restoran itu sahaja yang mampu memberi kepuasan kepada saya dalam mengembalikan selera utara saya ini..hehe..

Nak dijadikan cerita jugak..saya seringkali terlupa menanggalkan name tag saya sampai tebawa-bawa ke kedai makan atau kedai minyak petrol atau bank atau kedai barangan runcit. Huhu.. makanya..semua oranglah tahu saya ni cikgu.. huhu..

Disebabkan kedai-kedai yang saya selalu kunjungi adalah kedai kegemaran, makanya boleh dikatakan pemilik kedai atau cashier kedai kebanyakannya mengenali saya..hehe.. Mereka dah tahu saya ni cikgu, apa lagi..panggil ‘teacher’ atau ‘cikgu’ sudah melekat di bibir mereka..hehe..

Kalau agak-agak lama saya tak pergi kedai tu, sekali saya pergi je, mesti terhambur soalan ini “lama tak Nampak teacher? Pergi mana? Cuti sekolah ka?”

Saya pun senyum je lah..sambil dalam hati berkata.. ‘banyak lagi kedai kot area sini yang aku tak habeh pusing, takkan nak pi satu kedai ja…nak merewang-rewang gak..’

Hehe…tapi saya sukalah!!

No comments:

Post a Comment