Alhamdulillah syukur saya selamat sampai di Kuala Lumpur untuk meneruskan praktikum untuk 10 minggu lagi...adoii.. lamanya.. hehe
Sepanjang pemanduan saya sejak mempunyai lesen memandu pada tahun 2005, inilah merupakan pengalaman memandu yang paling saya ingat dalam hidup. sebabnya..itu merupakan pengalaman kesesakan kenderaan yang amat dahsyat!!!! Sangat dahsyat.
Kereta tak bergerak langsung. Saya siap boleh berhenti tarik hand-break and makan-makan dalam kereta. Ada satu masa tu, saya boleh siap tido selama 5 minit lagi. Hehe.
Accident kecil ada sampai 4,5 kali sepanjang perjalanan. Kereta kemek dek kerana break mengejut rasanya sebab melibatkan 4-5 kenderaan pada satu-satu masa..
Hentian Rehat R&R dan hentian sebelah penuh sesak. Siap ada sign board elektronik bertulis 'R&R penuh dan sesak. Sila teruskan perjalanan anda.'
Kereta-kereta yang degil disebabkan nak 'terkencing' yang amat akan terus meletekkan kenderaan mereka di tepi Highway dan berjalan masuk ke tandas R&R. Tandas pula beratur panjang sehingga ke jalan raya. Sangat dahsyat. Macam dah jadi darurat.
Kalau melalui highway yang jam teruk kereta tak bergerak, akan nampaklah kelibat manusia-manusia lelaki yang akan simply kencing di tepi jalan tanpa menghiraukan pandangan mata-mata orang ramai yang memerhati dari dalam kereta. Hua hua hua.. Sunggu dahsyat.. saya tak sangka Malaysia jadi sampai macam ni bila ada kesesakan.
Saya perasan, susur keluar pada setiap exit Highway akan penuh sesak juga kerana kereta2 utu nak elakkan kesesakan highway dengan mencari alternatif jalan lama.
Saya memulakan perjalanan dari Jitra pada pukul 10 pagi...namun pada tepat 12 tengah malam baru saya sampai di Cheras. Bayangkan..saya memandu secara solo selama 14 jam tanpa henti... Solat entah kemana kerana kesesakan yang amat teruk di setiap hentian R&R. Hmmm... boleh ke solat dalam kereta kalau terjadi begitu? Saya wonder..
Alhamdulillah..saya selamat sampai walaupun ada beberapa kejadian saya break mengejut dan terlelap semasa memandu kerana takleh berhenti rehat di R&R untuk me'refresh'kan diri.
Ia satu pengalaman buat saya... hehe... bagus jugak..boleh jadi pengajaran ni..
Mana-mana cerita kawan-kawan yang balik kampung pun sama saja. Ada yang bertolak pukul 11 pagi, sampai pukul 5 pagi hari yang berikutnya. 18 jam!! Boleh sampai US dah...hehe
13 jam pun dah boleh sampai London...huhuhu..
Beginilah keadaan di tanah air semasa musim-musim perayaan. Sepatutnya pihak PLUS perlu melakukan sesuatu setiap kali tibanya musim perayaan. Jangan biarkan kenderaan mengambil kesempatan dengan meluncur laju di laluan kecemasan...itu yang sebabkan kesesakan yang teruk.. Sungguh tak berhemah kan!!!
Baiklah..mari tidur..esok saya akan ke Negeri Sembilan Pasir Panjang Port Dickson untuk merasai pengalaman di Kem Bina Insan Guru (BIG).
Untuk bakal-bakal guru di UK, haaaa..anda wajib pergi ke BIG ni untuk LULUS KPLI nanti.. Sesungguhnya BIG adalah kem paling mencabar dalam banyak2 camping program.. itu kata bekas2 guru KPLI yang ditemuramah...hehe..
Mari kita rasainya..ya, saya akan kongsikannya di sini nanti..
Wassalam..
salam wbt..
ReplyDeletehuhu.. menakutkan giler jam2 gitu.. isk3.. erm.. rasanya boleyh kan solat dalam keta, macam kat UK jugak.. Fuzah still dalam perjalanan.. kalo Fuzah was2, insyaAllah boleyh jek solat hormat waktu, then dah sampai Fuzah solat balik.. :)
all da best yo!!