saya jawab.."Iye Muhaimin, handsome..betul cikgu cakap ni..comel.."
Muhaimin tanya lagi.. "Tapi cikgu, kenapa orang lain selalu ejek saya..diorang cakap mata saya juling.."
saya terkedu sekejap.. "okay..meh sini cikgu ambik gambar Muhaimin, tengok betul-betul, mata Muhaimin juling ke tak dalam gambar" saya pun ambiklah gambar dia...
"tengok ni..mana ada mata Muhaimin juling pun kalau dalam gambar..orang tak perasan pun..orang nampak hensem je..dah takyah risau kay."
Muhaimin pun senyum angguk dan suruh saya ambik gambar dia beberapa kali dengan pelbagai pose dan gaya. Hehehe.. dia kata nak letak kat FB. Gambar di atas adalah salah satu daripada pelbagai gaya yang dilakonkan Muhaimin..hehee..
Fuhh...lega rasanya..
Hehee..
+++++
Tadikan..masa kami semua tengah tunggu Komuter di stesen, tiba-tiba pelajar saya yang bernama Faliq datang kepada saya dengan membawa sebungkus coklat.. "cikgu Fuza, ini hadiah untuk cikgu..minggu lepas saya pergi Langkawi..saya beli ini untuk cikguu.."
"wahhhh..Faliq...sukanya cikgu...terima kasih banyak-banyak.ni yang sayang Faliq ni.."
tersentuh hati saya dengan pemberian coklat Daim dan Heshey Kisses yang menjadi kegemaran saya itu..hehe...
Then...cikgu-cikgu lain pun bersuara.. "amboi Faliq..dah dapat cikgu baru, cikgu lama ni dah dilupakan ye..mana coklat untuk cikgu yang lama-lama ni..?"
hehe.. saya pun senyum dan gelak-gelak saja..
Itu saja untuk hari ini..!!!
tersentuh hati saya membacanya,saya sanjung dgn kerja mulia anda ini
ReplyDelete