Seminggu lagi praktikum saya akan tamat sepenuhnya. Saya tidak tahu apakah saya akan mengucapkan syukur ataupun sebaliknya. Saya sayangkan semuanya di sekolah ini..dari kawan-kawan guru pendidikan khas, kawan-kawan pembantu pengurusan murid, pelajar-pelajar istimewa yang amat saya sayangi..serta segala aktiviti yang pernah saya lalui ketika berkhidmat sebagai guru pelatih di sini..
Semuanya sangat indah!! Mereka adalah antara perkara terbaik yang pernah hadir dalam hidupku..
Alhamdulillah, di sekolah ini juga saya telah tercalon sebagai salah seorang GURU CEMERLANG PRAKTIKUM..bukan penghargaan seperti itu yang saya harapkan, saya hanya lakukan yang terbaik.. semua yang saya lakukan adalah kerana Allah..
Saya masih ingat satu kata-kata yang saya masih pegang sehingga sekarang ‘Beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan menemui Allah pada esok harinya.. Dan bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya’ Saya bukanlah yang terbaik sebenarnya kerana ada orang yang lebih baik dari saya dari segala segi.
Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk berkhidmat dalam bidang yang amat saya minati. Sambil bekerja, saya mengambil peluang untuk mengumpul pahala bersama mereka yang begitu ‘istimewa’ di hati saya. Saya menghargai setiap apa yang ada dalam diri mereka. Setiap kata-kata mereka ketika saya mengajar adalah penawar duka di hati saya. Haha..sebenarnya saya suka sangat datang mengajar mereka..menjadi guru adalah perkara paling mudah dalam dunia jika anda mempunyai ‘passion’.
Ketika saya mengajar, saya tak ‘strict’ kepada akademik sebab saya tahu, pelajar-pelajar istimewa saya ini mempunyai kelebihan yang luar biasa. Saya selitkan unsur-unsur aktiviti dan perkara yang boleh membangkitkan kreativiti mereka semasa belajar. Satu konsep yang penting ialah..FUN LEARNING!
Alhamdulillah teknik begini mampu untuk membuatkan pelajar gembira dengan apa yang belajar. Sebagai guru, saya juga gembira apabila pelajar saya gembira. Walaupun pelajar saya tidak akan mampu untuk menjadi seorang doctor atau jurutera atau akauntan, kepuasan saya mengajar bukan terletak kepada kejayaan akademik mereka. Saya sudah boleh merasa lega dan puas hati apabila mereka mampu untuk berdikari dalam hidup tanpa perlu bergantung kepada orang lain untuk hidup serta mempunyai akhlak budi pekerti yang baik.
Mudah bukan… tak susah nak bekerja sambil mengumpul pahala..mereka dijanjikan syurga.. saya suka pekerjaan saya. Saya sayang apa yang saya lakukan..saya tak mahu kehilangan insan-insan ‘istimewa’ dalam hidup saya..
Alhamdulillah…Ketua-ketua Jabatan dari Maktab perguruan telah datang untuk menilai kewajaran saya untuk mendapat ‘title’ itu…saya telah lakukan yang terbaik buat diri saya dan diri mereka yang ‘istimewa’ dalam hidup saya.. seyakinnya saya tidak akan sekali-kali mempersiakan mereka yang saya ajar..
Doakan saya benar-benar mendapat anugerah GURU CEMERLANG PRAKTIKUM itu.. alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan!!!
I am sure I will be missing my life as a practical teacher…
pujaaa....bunch of congratulations to u bebeh..aku sangat2 doakan kau dapat title tu, u deserve it walaupun kau pernah cakap 'title cemerlang praktikum will drive me crazy' but surely Allah has better plan than things we said..
ReplyDeleteaku tumpang berbangga dgn kau n aku sgt sokong falsafah yang kau pegang tu - kita kerja kerana Allah kan, kalau buat kerana Allah tak timbul soal nak dapat title cemerlang kerana for sure kita akan buat yg terbaik utk jadi terbaik di hadapan Observant yang 24 jam dok perati kat kita.
btw, aku nak riak jugak kat kau, yg bahasa kedah aku dah improve, hehehe