Friday, 15 April 2011

Jom Kawen!

Okay okay bertendang bertendang..tajuk entry kali ini sedikit kontroversi..huhi..relax relax suda...

Umur saya tahun ini ialah 25 tahun, umur dah boleh kahwin kan pada angkanya? Sila katakan ya untuk soalan tadi. Hehe

Kehidupan semasa belajar di UK banyak mempengaruhi hidup saya di masa sekarang..masa belajar, saya menyaksikan sendiri beberapa orang kawan saya yang kahwin semasa belajar. Pemikiran pada masa itu sangatlah mudah, kalau dah jumpa pasangan yang sesuai, ayah dan ibu setuju, maka kahwinlah untuk mengelakkan fitnah dan perkara-perkara tidak elok.

Masih lagi terngiang-ngiang di telinga saya, kata kawan-kawan seangkatan, kalau nak kahwin tak payah tunggu habis belajar atau sampai kena ada kereta dan rumah sebijik baru boleh kahwin or kena tunggu ada duit tiga puluh ribu baru nak kahwin.

Mudah kan perkara nak kahwin kahwin ni…itu masa belajar.. dan untuk pengetahuan semua, saya bukanlah dari kalangan kawan-kawan saya yang berkahwin semasa belajar. Hehe.. bukan tak nak..tapi ditakdirkan jodoh saya bukan semasa belajar mungkin. Yea ha ha ha.

Tapi setelah sekembalinya ke Malaysia, pemikiran seperti itu hilang secara perlahan-lahan..kehidupan di Malaysia tidak sama seperti kehidupan belajar dengan biasiswa di UK..hohoho..ini memang benar..seperti entry saya sebelum ini yang saya katakan saya telah mencapai tahap financial freedom semasa belajar di UK, namun kembali saja ke Malaysia, kebebasan itu lenyap serta merta. Percayalah!!! Saya sudah mengalaminya.

Sekarang, saya berfikiran, nak kahwin bukan sahaja perlu persediaan mental (which is semua orang boleh capainya) tapi persediaan duit dan kehidupan selepas kahwin itu sangat penting. Ibu saya dengan tegasnya menasihati saya..”Kalau bakal suami kakak tak dak gheja lagi, tok sah la nak kawin. Kawin lambat pun takpa dari kawen dengan laki takdak gheja”

“Kakak dah ada gheja, laki takdak gheja nanti jadi masalah..lambat pun takpa..sabaq la biaq dapat gheja dulu. Takdak gheja toksah dok gatai nak kawen.”

Hehe..pekat la jugak loghat Kedah mak saya noo..

Tapi benar kata ibu..ibu mana nak tengok anak dia kawen dengan orang yang tak bekerja. Memang benar. Kehidupan di Malaysia adalah sangat mencabar. Ekonomi negara dikatakan semakin meningkat tapi rakyat semakin tertindas dengan kos kehidupan yang tinggi. Adakah itu satu pembohongan kepada rakyat..hmm.saya bukan anti-kerajaan tapi saya mahukan ketelusan dalam pentadbiran..bukan sekadar menggembar-gemburkan berita-berita palsu itu dan ini tapi hakikatnya…sebaliknya.

Belanja kawen dahla mahal sekarang ni..paling kurang, perlu tiga puluh ribu untuk sebuah perkahwinan yang sederhana (campur dua-dua belah pihak termasuk wang hantaran dan mas kawen). Lepas tu, kehidupan lepas kawen lagiiii penting.. takkan nak makan bubur nasi ja kot tiap-tiap hari.. yedok??

Sesungguhnya, sebelum kawen, lelaki itu perlu mencapai tahap kewangan yang agak kukuh (tak perlulah nak tunggu sampai betul-betul kukuh) untuk membina sebuah keluarga. At least, punyai pekerjaan tetap dah cukup.

And kalau nak cari isteri pulak, kalau bergaji kecil, janganlah cari isteri yang ‘high maintenance’. Botak kepala jadinya. Biarlah sekufu. Itulah benarnya cara memilih isteri/suami cara Islam..cari yang sekufu..sama dari segi kedudukan keluarga dan kewangan.

Secara jujurnya saya katakan, saya dari keluarga yang serba sederhana. Dibesarkan dalam keluarga cikgu-cikgu.hehe..(mak dan ayah cikgu). Mak saya pernah pesan lagi, “Nak cari laki, cari yang sama taraf, jangan cari lelaki dari keluarga miskin, nanti kita yang susah. Jangan pulak dok pi cari laki dari keluarga yang kaya raya, satgi kita ni dipandang hina. Cari yang sama-sama.”

Sekarang, saya mula berkira-kira untuk bekerja di Kedah sahaja kerana saya takut melalui kehidupan di Putrajaya nanti yang begitu tinggi kosnya. Apatah lagi, saya pun belum tahu bakal suami saya kerja apa dan kerja di mana. Saya lebih rela tinggal bersama ibu dan ayah kalau saya terpaksa tinggal di jenis kediaman yang saya tak suka. Apatah lagi sememangnya saya memang benci Kuala Lumpur ini dan kawasan sekitarnya. [tapi kadang-kadang Allah menguji kita dengan sesuatu yang kita tak suka bukan] Hanya Allah tempat kita mengadu.

Tetapi selagi boleh untuk saya elakkan perkara yang saya tak suka, saya akan cuba. Hanya Allah yang menentukan segalanya.

Saya mengulangi lagi perkara-perkara yang saya tak suka. Saya tak suka Kuala Lumpur. Saya tak suka rumah flat. Saya tak suka traffic-jam di Bandar.

Tapi saya tetap ingat bahawa Allah mungkin menguji saya dengan perkara-perkara di atas. Siapa tahu melainkan Allah punyai sesuatu rancangan yang lebih baik selepas apa yang saya lalui sekarang ini dan akan datang.

2 comments:

  1. Semoga berjumpa lelaki soleh ya...

    ReplyDelete
  2. I really love this entry. 97% agree! All the best for future undertakings

    ReplyDelete