Saturday, 25 December 2010

Dah terbeli barangan buatan Jepun!!!

hmm...alhamdulillah kedua ibu dan ayah sudah selamat pergi dan kembalidari Tanah Suci Mekah..

Kami kembali menjalani kehidupan seperti biasa bersama ibu dan ayah tercinta..yuhuu..

Dan dan paling menarik yang berlaku ialah...

Saya dah beli kereta baru!!! yeeeehaaaa!! Alhamdulillah syukur kepada Allah atas nikmat rezeki ini.. Jenama kereta ialah Toyota VIOS 1.5Executive.. hihi..

Sehingga saat ini, saya masih tidak percaya kereta itu milikku.. adoii..betulkah ini..memiliki kereta impian sejak lepas sekolah lagi.. Setiap tahun saya memasang niat untuk membeli sebuah kereta idaman..jadi saya pun menyimpanlah duit saban tahun semasa belajar di United Kingdom. Ditambah dengan rezeki SHINE! dan duit placement, segalanya dipermudahkan Allah.. syukur syukur.. Ya Allah..ini juga dugaan buatku..

Pada mulanya saya merasakan saya tak mampu nak memiliki sebuah kereta idaman.. tapi rezeki kurniaan Allah telah membuatkan segalanya jadi mungkin.. syukur syukur..

Dengan plat pendaftaran KCV 4411 yang ditempah khas untuk menjadi 'abang' kepada kereta ibu saya KCM 2211..hehe.., ia sah menjadi milikku dengan sepenuhnya. Berwarna medium silver, ia menjadi pelengkap kepada sebuah kehidupan solo seorang hidup insan bernama Mahfuzah yehehe!!

di sini ada disclaimer sikit, saya akui saya tak sepatutnya beli barangan buatan negara lain namun apakan daya, ia adalah kehendak dan impian sejak dulu lagi...adoiii..

p/s: akan mula memandu kereta Auto setelah sekian lama memandu kereta Manual..ngahhaahaha..

saya sangat menghargai barangan buatan Malaysia namun dah terbeli barangan buatan Jepun!!!

Oh nanti saya letak gambar ye!

Thursday, 9 December 2010

Jutawan segera..

Lahirnya seorang jutawan..

Hai mengapalah terasa malas bebenar cuti-cuti Malaysia begini..adoii...

Monday, 29 November 2010

"Oh ini adik saya bukan boyfriend"

ok ok..cuti sekolah mmg membahagiakan..kerana setiap hari tanpa satu aktiviti menajamkan otak dna minda berjalan!!

ini saya mahu bercerita tentang pengalaman-pengalaman bersama adik-adik lelaki saya dan pandangan mereka terhadap kami.. hohoho

Cerita 1 (adik berumur 23 tahun, muda setahun dari saya)

Saya mengajar sementara di salah sebuah sekolah rendah di Pekan Jitra. Masa tu, saya dah habis sekolah and adik saya yang kedua datang menjemput saya di sekolah kerana masa tu tak de lesen lagi (walaupun dah bawak kereta secara 'haram tanpa lesen' selama 2 bulan ketika bulan mengambang..hua hua hua)

Ramailah anak-anak murid saya menunggu ibu bapa/van/bas di tempat yang sama...hadoii.. Tatkala adik saya datang, saya menaiki kereta dan berlalu pergi untuk pulang ke rumah..

Esok paginya.. "Cikgu, semalam saya nampak cikgu naik kereta dengan boyfriend cikgu..hehe!!" jerit seorang anak muridku semasa saya melangkah masuk ke kelas. Waduh waduh..itu adik sayalah!!!

dan saya pun berkata.."oih oih..cikgu mana ada boyfriend..itu adik cikgulah! Kamu ni...memandai saja.."

Cerita 2 (adik muda setahun)

Adik saya menghantar saya ke asrama (asrama masa kat KPLI ni). Dia hantar sampailah ke dalam sebab ada banyak barang..tak larat nak heret. Masa tu adik saya sorang je yang hantar saya. Lepas adik saya memandu keluar, seorang makcik Guard datang kat saya.."Amboih..Handsomenya Pakwe..!"

erkkkk!! Gulpp.!!! "Errr..makcik..itu adik saya la makcik.."

"Hah..adik ke!!!! Maaflah ye, ingatkan kawan special tadi.." kata makcik guard tu sambil tersenyum dan berlalu pergi begitu saja.... adoii.. ingatkan nak tolong angkat barang saya naik Tingkat 4 tu.. hoh!!


Cerita 3

Ni pasal adik saya yang masih berumur 17 tahun.

Saya pergi ke kedai bersamanya. Dia memandu kereta..sebab nanti senang saya turun membeli dan adik saya hanya tunggu dalam kereta. tak payah susah2 nak cari parking.

Setelah membayar di kaunter.."Yang dalam kereta tu suami you ke?" tanya uncle kedai tu.

Gulppp!! vovovovovvo.. I am single!! jerit batinku. "eh bukan bukan..itu adik lelaki saya lah..baru umur 17 tahun tu.."

Cerita ketiga ni saya rasa ragu-ragu sikit..mungkin uncle tu tanya sebegitu kerana mungkin beliau 'kagum' kot suami saya lebih muda dari saya!! OMG!! adakah saya sudah....??? OMG!! Oh Tidak.

Ok tamat tiga cerita..bersambung nanti..

Sunday, 14 November 2010

Kerepek Ubi

Hmm..

Dengan lafaz bismillah saya mula menulis entry ini..

Weekend terakhir di IPIK Cheras..hua hua hua.. tak sabar rasanya mahu pulang ke rumah.. yuhuuuu....

Tadi saya ke Jalan Tunku Abdul Rahman..yehehe..saje je menjamu mata dengan pelbagai koleksi pakaian dan tudung.. Sempat beli satu tudung je untuk dipakai bersama jubah hari raya haji tak lama lagi..

Sesungguhnya saya merindui kedua ibu bapa saya.. Ayah saya..hehe..rindu nak lihat gelagat kelakar dan lucunya setiap hari..hehe
Mak saya..rindu nak berbual-bual dan bergelak ketawa bersamanya..hehe..

Sebenarnya banyak perkara nak diceritakan tapi idea-idea menulis itu hanya datang sebentar sahaja dan datang pulak pada masa-masa yang tidak sesuai..maknanya masa tu saya tidak berada di depan laptop untuk menulis..hehhe...

Takpelah..biarkan segala yang telah difikirkan itu datang lagi nanti..kalau sempat saya tulis..saya

Untuk blog ini..saya target untuk menulis at least satu entry setiap bulan..walau sesibuk manapun, saya pasti akan luangkan masa untuk menulis walaupun perkara tak berfaedah sangat untuk 0rang lain..

Well, at least I keep my consistency right???

Oh dan sekarang saya berkira-kira mahu menyambung Masters untuk mencapai cita-cita saya ke JUSA.. Hmmm...work hard inshaallah.. dengan pertolongan Allah pasti cita-cita ini akan termakbul..

Masters in Occupational Therapy atau Masters in Special Education..saya keliru dan buntu..oh saya perlu buat istikharah begini..

Tunjukkanlah jalan Ya Allah...

Dan masa cuti saya mahu dimanfaatkan untuk practice membuat taman hiasan dan kolam ikan di rumah.. Banyak benda saya belajar di IPIK Cheras.. walaupun saya tak suka tempat ni..tapi tempat inilah yang mengajar saya erti sebuah kesabaran dan ilmu kehidupan..

Saya belajar bagaimana membuat selipar keretapi..hehe.. then belajar memelihara ikan..belajar buat kuih bahulu..kuih tako, muffin sedap, juga belajar cara-cara menyimen, nak kilatkan pintu dengan timber finish dan banyak lagi.. Syukur banyak pengalaman baru di sini.. Untungkan jadi cikgu..?? Hehehe..

Ramai pensyarah saya pesan, jadi cikgu tak kaya.. tapi inshaallah penuh keberkatan.. Sebab tu walaupun gaji cikgu kecik je, namun hidup mereka bahagia dan selesa.. Sempurna hehe..

Saya mengimpikan kehidupan seperti itu..
Hehe

Semalam saya keluar jumpa Deedee..kawan lama saya di London dulu.. hmm...dah jadi wanita berkerjaya uOlss.. hehe.. seronok berbual-bual dengan Deedee yang sememangnya rakan gelak ketawa ku..huhuhu..

Semoga dapat berjumpa beliau lagi..pesanan untuk Deedee..pakai baju formal pergi keje ye deedee..hehe..

Okaylah ye..cukup setakat ini..

Thursday, 11 November 2010

Banjir Jitra Island!

oh oh saya lupa yang saya ada sebuah blog yang sentiasa menanti untuk dihupdate!!!

Kehidupan terlalu sibuk...yeke?? Sibukke?

Aah..banyak perkara melewati hidupku sejak hari terakhir update blog sehinngalah hari ini..

Okay.. where to start.. my parents has gone to Baitullah last week... Dah selamat alhamdulillah..

then i went back home again for a few days celebrating Deepavali..oh tak tak..Mengambilo kesempatan cuti Deepavali..

And by that time, banjir melanda Jitra..my sweet home town.. Alhamdulillah both of my houses tak affected by that banjir because our houses are located sedikit atas dari paras air.. Syukur..tapinya.. kawasan kampung dan perumahan saya seolah-olah macam pulau.. So we can call that Jitra-kawi Island --> Langkawi Island

Walaupun rumah tak affected dengan banjir but we experienced black-out for about two days. Hmm..that's a bit terrible but saya faham lagi terrible penderitaan orang-orang yang rumah mereka dilanda banjir..

Sejarah banjir di Kedah bermula dah lama tapi arus pembangunan yang begitu pesat berlaku di Kedah dan Perlis telah menyebabkan banjir-banjir seperti ini kerap berlaku terutama ketika tahun 2005 dan sekali lagi berulang tahun ini 2010.

Tahun 2010 lebih dahsyat pada fikiran saya kerana ia melumpuhkan seluruh Pekan Jitra!!! Semua kedai yang berada di ground floor dilanda banjir!!! Masa tahun 2005 tak sampai begitu sekali..

Beberapa hari banjir, saya mula memandu ke Pekan Jitra untuk melihat tahap air yang telah surut setelah hujan berhenti.. Hmm...teruk teruk..dahsyat.. Ada rumah banjir sampai hanya nampak bumbung rumah saja..

Semua kawasan perumahan berhampiran Pekan Jitra termasuklah SMK Jitra, sekolah kebanggaan saya rosak teruk akibat banjir..

Ketika memandu, masih ternampak kesan-kesan lumpur dan tanah merah di atas jalan-jalan dan dinding-dinding kedai.. Masa saya buka tingkap kereta..Bau busuk menusuk ke hidung.. mungkin bau bangkai haiwan yang hanyut/mati oleh arus banjir..

Ini ujian Allah kepada penduduk Jitra.. Syukur bumi dan tanah ini tidak ditenggelami keseluruhannya sepertimana Allah tenggelamkan Acheh ketika Tsunami dulu..

Sawah padi pulak musnah.. Sawah arwah tok wan saya yang diusahakan oleh Pak Lang habis tenggelam.. menurut kata paklang..kawasan sawah padi tok wan dah jadi lautan luas...

Dan rumah tok anjang saya yang berdekatan sawah padi turut dilanda banjir..

Rumah PakCik saya di Kangar, Perlis apatah lagi.. Air sampai ke aras pinggang.. Rumah saudara lain-lain alhamdulillah selamat..

Hmm..semoga Allah sentiasa mengingatkan kita tentang kehidupan yang sementara dengan bencana-bencana kecil seperti ini..

Saya masih ingat ketika banjir 2005 dulu..habis kawasan sawah padi musnah oleh banjir.. Mak saya kata.. mungkin Allah nak sucikan hasil pertanian para pesawah.. Mungkin ada yang tak bayar zakat padi... Orang Kedah banyak bersawah dan bertani.. dan kesibukan mungkin menyebabkan kealpaan membayar zakat padi.. Allah lebih mengetahui bukan..

Itu sebab Allah turunkan bencana seperti ini.. untuk ingatkan kita.. dan mungkin juga Allah mahu memberi rezeki yang lebih baik..

Dan mari kita lihat dari segi politik... Kerajaan Kedah di bawah pemerintahan PAS.. saya lihat pihak media mencari isu di sebalik kejadian bencana ini di Kedah.. Hmm..saya sendiri pernah merasai suasana banjir di Kedah pada tahun 2005 dulu..,masa tu Kedah di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional..sama juga cerita-cerita yang didengari cumanya tak digembar-gemburkan media..

Kerajaan pembangkang 'tiada suara' di media.. Saya nampak perkara itu sebagai suatu ketidakadilan dalam warna-warna politik di Malaysia. Saya berani menulis tentang politik di blog saya kerana saya memandang politik adalah suatu perkara yang amat penting dalam hidup saya sebagai rakyat Malaysia.. kerana jiwa patriotik itu ada dalam diri saya.. Saya sayang Malaysia. Takkanlah sebagai seorang pelajar..bakal guru..seorang belia..saya tidak boleh memberi pandangan dalam hal ini..ini bukan isu sensitif bagi saya..ini isu yang kritikal..

Janganlah takut sangat nak bercakap tentang politik..kita perlu berfikiran terbuka..rasional..proaktif dan progresif.. hehe.. okay okay cukup bab politik..

Mari kita doakan kesejahteraan rakyat Malaysia amnya dan rakyat Kedah-Perlis secara khususnya..

Dan minggu ini..melewati lagi hari-hari di IPIK Cheras.. Pejam celik pejam celik..semester pertama hampir melabuhkan tirainya.. Mula je raya haji ni..saya akan bercuti sampai tahun depan..yuhuuuuu yabeda beduu..

Ini memang perangai sebenar cikgu okay..asal cuti ja..yabeda bedu... asal cuti je..beda bedu.. Tak dapat dinafikan.. ngoh ngoh ngoh..

Perancangan masa cuti saya ialah menulis buku Terapi dalam Pendidikan Khas..mengadakan lawatan ke pusat-pusat NGO di Kedah dan menjaga adik-adik sepemergian kdua ibu bapa ke Baitullah.. hehehe..

Walaupun cuti nampak macam panjang..hakikatnya ia tidaklah lama mana kerana ia bakal dipenuhi dengan perkara-perkara yang ilmiah..uhuhuhu..

Saya mahu jadi cemerlang dalam perkhidmatan saya..kerjaya saya..tapi saya tetap tidak akan menafikan hak keluarga saya..hehe.. sebab tu lah saya suka cuti-cuti ni.. suka balik rumah.. And then, kalau nak buat kerja..suka buat online je.. Takpun buat jarak jauh je ke..hehe..

Harap-harap nature kerja saya di Putrajaya nanti bakal memenuh 'needs' saya ini... Saya mengejar pangkat dalam kerjaya saya..tidak dapat dinafikan..saya tersangat inginkan JUSA (jawatan utama sektor awam) !!! Yezzaa!!

Saya akan berusaha ke arah itu dengan cara saya sendiri.. cara saya mungkin berbeza namun matlamat kita sama.. Saya mahu jadi lebih kreatif..

Tak salahkan kalau kita bekerja untuk pangkat..di samping berkerja dengan tekun, jujur dan amanah dalam tanggungjawab..

Saya selalu berdoa agar Allag sentiasa berikan ilham dan idea yang bermanfaat kepada saya untuk saya salurkan kepada masyarakat.. untuk saya berbakti kepada masyarakat..

Yeah yeah..semangat yang hilang telah kembali!!

Okay okay..di samping saya sentiasa memikirkan tentang kerjaya..saya tak lupa juga pada soal keluarga saya masa hadapan..sudah tentu ia termasuk dalam perancangan..hehe..gediks okay..

Oh pasal perancangan berkeluarga saya tak dapat nak cerita kat sini lebih-lebih sebab saya ni jenis pemalu orangnya.. [ptuihh!! nga nga nga]

Oh takpe-takpe..saya tahu saya tahu ramai yang nak tahu cerita peribadi saya kan..hehe..rilek rilek.. belum lagi..tunggu ye. bila tiba masanya, saya akan cerita..

{uweekk...macam ayat yang artis-artis Malaysia selalu cakap la..terutama dalam rancangan MELODI..hehe..}

Jom tidor!!

P/S: Ada orang beli iPod baru hari nii...hehe..rasa macam nak pinjam je..huhu...


Friday, 29 October 2010

rerumputan yang hijau..

saya sekarang sedang menghirup air coklat panas Whittard di bilik di rumah di Kedah..sambil menyaksikan pemandangan hijau rerumputan di luar tingkap..heheh..

sedapp..dan menenangkan apabila dapat menikmati saat-saat indah seperti ini di rumah..huhu..

mari kita berbicara tentang sesuatu yang lebih kritikal di sini..dalam hidup ini, jangan kita berhenti berfikir..kerana berfikir adalah satu nikmat.. aktifkan minda anda.. jangan malas berfikir ok!

saya punyai ramai kawan-kawan perempuan yang belajar di luar negara hasil tajaan kerajaan..dan yang sewaktu dengannya..

ketika ada masa terluang, kami semua akan berkumpul dan berbual-bual tentang masa depan.. kalau jauh di perantauan, siapa lagi tempat meluahkan perasaan kalau bukan kawan-kawan..hehe..

ada antara mereka yang begitu komited dengan pelajaran sampai tidak mahu bergaul dengan rakan-rakan lain dalam aktiviti sosial di luar negara. Saya kurang bersetuju dengan konsep belajar untuk kepentingan akademik ini..

mengikut falsafah pendidikan kebanggsaan.. (cee wahh..dah boleh berbicara tentang falsafah sekarang setelah belajar teori-teori pendidikan..ehe) belajar haruslah seimbang dari segi intelek..emosi..sosial dan rohani.

ok ok..

Saya teringat akan musim sejuk yang bakal menyelubungi Cardiff dan seantero UK tak lama lagi..begitu saya merindui saat-saat berselubung di dalam duvet untuk mengatasi kesejukan melampau hehe.. seronok-seronok.

Kehidupan di dalam duvet sangat menggembirakan..hehe..

ok ok baiklah..saya akhiri entry kali ini begitu saja.. lain kali sambung lagi dengan cerita lain pula..



Thursday, 28 October 2010

dia yang Terpelihara

Hmmm..mari mari kita menari...

Ok ok..minggu ni agak mem'busy'kan.. kenapa kenapa? Saya balik Jitra hampir setiap minggu kerana urusan keluarga.. Inshaallah ayah dan ibu akan berangkat ke Tanah Suci tidak lama lagi..banyak perkara yang dipesankan kepada saya sepanjang ketiadaan mereka..

Segala urusan duit-duit belanja adik-adik, bayaran kereta, bank, insurans dan pengurusan 'homestay' ayah diletakkan di bahu saya..adoii.. Yelah kan anak sulung katakan.. Semoga saya dapat uruskan dengan sepanjang ketiadaan mereka..

Oh ye..saya lupa mahu bercerita tentang ibu saya.. Sejak dua bulan lepas kaki beliau mengalami keretakan dan sekaligus menyebabkan patah kaki.. Maka beliau telah dimasukkan ke Pusat Rawatan Kedah atau nama Inggerisnya..Kedah MEdical Centre selama 5 hari tambah lagi 2 hari.. Kaki beliau disimen dan tak boleh jalan selama 3 minggu.. Baru seminggu lepas simen itu dibuka dan beliau bolehla berjalan sikit-sikit..

Itulah dugaan Allah. Di kala nak menunaikan ibadat terbesar umat Islam itu..ibu saya diduga sebegitu rupa. Jadi sekarang ni ayah sayalah yang mengambil alih semua tugas-tugas seorang ibu seperti memasak, hantar Assyah pergi sekolah dan basuh baju... HEhe...sebenarnya ayah saya taklah masak sangat..dia beli je makanan kat kedai.. Takpun, beli kat kedai Tok Njang saya..hehehe.. nge nge nge

Minggu lepas saya balik rumah sebab ada kenduri naik haji.. dan minggu ni lagi balik rumah sekali lagi untuk siapkan dan kemaskan barang-barang ibu saya.. Maklumlah, ibu saya berjalan pun guna tongkat dan kerusi roda..jadi sayalah yang kena siapkan beg haji beliau.. Yuhuu...balik lagi..

Hmmm...harapan saya agar kedua ibu bapa saya dapat haji yang mabrur..Ameen..

Okay okay..mari bercerita tentang kehidupan yang menyeronokkan ini..Kehidupan di IPIK Cheras..saya sangat suka!!

Entah kenapa saya semakin berminat dengan isu-isu negara dan politik tanah air.. Selalu je menonton TV1..setahu saya TV1 tu untuk golongan macam ayah saya..hehe..dia suka sangat menonton TV1.. TV1 kan banyak informasi..tak banyak hiburan.. hehe..

Sejak dua menjak asyik je menekan butang untuk TV1 dengar rancangan-rancangan bual bicara dan berita-berita.. adoii..adakah ini petanda saya semakin meniti usia dan pemikiran yang lebih dewasa??? Kuang kuang kuang.. Tapi best ape.. Cumanya saya tak percaya sangat apa yang TV1 tu berikan bulat-bulat. Iyelah..kita ada konsep dan pemikiran kendiri yang harus dihormati.. Tidak semestinya saya percaya apatah lagi hal-hal politik.. Media punya pengaruh besar dan ianya bertumpu kepada sebelah pihak sahaja.

Disebabkan hal itulah saya merasakan rakyat Malaysia belum punyai hak untuk bersuara dengan jujur dan ikhlas. Mana-mana tulisan berbaur politik condong arah pembangkang, akan dijadikan isu dan kadang-kadang boleh sampai masuk ISA. Hmmm..konon-kononnya boleh menggugat keamanan negara... Saya hanya menyatakan pandangan..umur saya sudah melepasi 21 tahun.. saya punya hak untuk mengundi hehehe...

Minat terhadap politik dan isu-isu negara bermula apabila saya belajar di luar negara. Semakin jauh kita belajar..semakin jauh jarak kita dengan negara tercinta.. Kita berada di luar.. saya melihat negara saya dari kaca mata yang lebih luas.. Berada dalam negara dan sering disogok dengan isu-isu menyebelahi satu pihak menyebabkan fikiran sentiasa terkongkong. Berada di luar negara membuka mata saya untuk melihat negara sendiri dari pelbagai sudut.

Tidak semua agenda negara saya sokong..hehe.. golongan muda perlu sentiasa berfikiran jauh..apatah lagi kalau nak jadi cikgu.. cikgu mesti berfikiran luas.. luas dari segala aspek...

Saya akui saya bukan yang terbaik namun pandangan peribadi saya yang kerdil ini haruslah diambil kira.. Saya juga rakyat Malaysia dan saya sayangkan negara saya. Inilah tempat saya bakal berkhidmat untuk negara dan bangsa juga AGAMA saya.. Saya tidak akan khianati itu semua..Inshaallah..semoga Allah sentiasa memelihara saya seperti nama saya MAHFUZAH..yang bermaksud 'yang terpelihara'...hehehe



Thursday, 21 October 2010

Working towards a better future..

there are so many things that i wanted to share since months ago..

life at IPIK Cheras is wonderful despites of the feeling of loneliness when it strikes at the wrong time..hadoihh..

but my academic life is great!! i learn so many things! so many stories to let you know..
hehe...

saya belajar Ilmu Pendidikan..Education Studies..where i learn about theories of learning..stages of development.. models of learning.. learning process...etc..

dari situlah saya tahu banyak perkara how teaching strategies would impact on student's.. and i can relate that new knowledge to my previous experiences since i was in school until my university life.. it is so interesting.. saya suka subject ini!!

in Education Studies, saya juga belajar tentang sejarah pendidikan di Malaysia and how it has been influenced/changed and adapted to the new curriculum up until now.. the education system is still changing and generating.. kadang-kadang kita pun pening kan dengan sistem pendidikan negara kita yang begitu cepat berubah..seringkali pelajar-pelajar dijadikan subject eksperimen.. that is how education works..

education system cannot be tested on a small number of pupils in a short period of time.. it needs a lot of energy, money and even expertise.. dan yang menjadi mangsa ialah anak-anak sekolah..but that is how it works.. education system is changing.. and regenerating...
huhu..cakap macam best je kan..

ok okay..saya gembira belajar di sini...tapi saya seringkali teringat mahu pulang ke rumah kerana saya sering merindui suasana berada bersama keluarga..hehe.. saya tak suka hidup sorang-sorang.. saya suka hidup bersama orang-orang yang saya sayang..hehe..

esok hari Jumaat, saya balik rumah di Jitra Kedah!! Yehee... tak sabar rasanya kembali ke rumah dan bergelak ketawa dengan adik saya Assyah itu!!



Monday, 18 October 2010

If..

Okay okay.. Sudah hampir 3 bulan daku kembali ke Malaysia setelah menamatkan pengajian di luar negara..

Dah selama itu jugalah daku berada di IPIK Cheras untuk meneruskan pengajian sebelum melangkah ke alam pekerjaan..sebagai warga Kementerian Pelajaran Malaysia..

Ramai yang tertanya-tanya apa yang bakal daku lalui setelah tamat KPLI di IPIK Cheras..Hmm..

Sebenarnya daku juga tidak pasti namun setelah berulang-ulang kali diberitahu oleh pihak KPM dan mendapat panggilan telefon daripada Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas Putrajaya.. daku semakin meyakini destinasi seterusnya selepas ini..

Selepas KPLI ni..agak-agak lebih kurang 1 July kami dijadualkan untuk 'posting' sebagai guru Pendidikan Khas... Kami perlu posting di sekolah Menengah yang mempunyai rancangan integrasi Pendidikan Khas selama 2 bulan untuk mengesahkan pelantikan kami sebagai warga Kementerian..ohh sebenarnya banyak kelebihan menjadi guru berbanding jikalau bekerja di Kementerian... Saya yakin, saya akan merindui kerjaya impian saya ini suatu hari nanti..

Dah setelah 2 bulan di sekolah..kami akan dihantar ke Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas atau dikenali sebagai Pusat 3PK di seluruh negara.. Dan kami telahpun mendapat panggilan daripada Pusat 3PK Putrajaya bertanyakan di mana kami mahu berkhidmat.. hehe..'kami' tu bukanlah ramai pun..2 orang je..

Dan saya telahpun memberitahu bahawa saya mahu dihantar ke Putrajaya.. hehe..mengapa?? Padahal ada je kekosongan di Kedah..hehe.. Oh oh saya ada strategi... saya tak tahu strategi saya ini bakal berjaya atau tidak, namun saya mahu melangkah lebih jauh dalam bidang ini...

Saya target nak masuk Jabatan Pendidikan Khas!! Yeahee..saya mahu 'membolosi' Jabatan Pendidikan Khas Malaysia!! Tapi saya tak tahu jikalau ia bakal berjaya atau tidak.. Saya serahkan kepada Allah..saya hanya akan melakukan yang terbaik.. Mungkin Jusa C..hehe..

Sepanjang saya menjadi pelajar di IPIK ini..sudah banyak kali kami dipelawa menjadi pensyarah di IPIK setelah tamat KPLI di sini dek demand untuk kepakaran dalam bidang pendidikan khas ini yang sangat tinggi.. Pengarah IPIK Cheras juga menawarkan perkara yang sama..tanpa syarat perlu ada Master Degree etc..

Oh tapi apakan daya, kami ini pelajar tajaan Kementerian Pendidikan untuk diletakkan di bawah Kementerian, bukan di Maktab perguruan.. Hmmm..saya yakin, saya pasti akan berkhidmat di maktab perguruan suatu hari nanti..hehe..kalau bukan sebagai pensyarah..Mungkinn..sebagai PENGARAH!!!! Ada ka patut!!! Patut patut..itu impian saya.. Jusa C yeah!!!

Target saya selepas ini...buku Pendidikan Khas untuk guru-guru Pendidikan Khas di Malaysia..

Ok ok..ini tips untuk jadi Guru Cemerlang yang diberi oleh ayah saya..beliau seorang guru!! ayah saya cakap, kalau nak jadi guru cemerlang..bukan setakat mengajar je..tapi perlu jadi guru luar biasa..perlu buat sesuatu yang boleh jadi faedah dan dimanfaatkan oleh guru-guru lain, pelajar mahupun sekolah di seluruh negara..

Contoh termudah..cipta kaedah pengajaran yang memudahkan kefahaman pelajar ke..atau buat programme yang boleh dimanfaatkan untuk kegunaan sekolah dalam proses P&P.. atau..tulis buku berkaitan P&P dan cara-cara untuk meningkatkan proses P&P dalam kelas!!

Mudah bukan..kalau ada minat..semuanya akan jadi kenyataan! Saya semakin percaya jika sesuatu dilakukan dengan sepenuh jiwa, kita mampu membina sebuah negara! Itu perumpamaan saja..kecilkan skop..fokuskan kepada bidang yang kita minati!!!

Saya meletakkan target untuk menerbitkan buku untuk panduan kepada guru-guru Pendidikan Khas dalam aktiviti Terapi untuk memantapkan proses Pengajaran dan Pembelajaran mereka!!!

Alhamdulillah niat saya disokonh oleh pensyarah saya, Puan Habsah yang sangat suka dengan semua artikel-artikel yang saya hasilkan berkaitan dengan Pendidikan Khas.. Oh saya tahu, saya bukanlah penulis hebat..saya menulis buku bukan kerana mahu mendapat untung..tapi ia lebih kepada memartabatkan profession Guru Pendidikan Khas..!!!

Guru Pendidikan Khas seringkali hilang semangat kerana pelajar-pelajar kami yang begitu istimewa.. Saya percaya mereka punyai 'passion' yang tinggi, namun keadaan persekitaran yang membuatkan mereka hilang semangat..

Inshaallah, dengan berbekalkan ilmu yang sedikit ini, dibantu oleh pensyarah yang begitu berpengalaman, doa ibu bapa saya dan pertolongan Allah..saya akan menempuh liku-liku kehidupan ini dengan penuh semangat!! hehe!! Yakin boleh!!

Oh jangan buang masa lagi...!! Jom gembirakan hati dengan buat kerja sekolah.. Belajar bukanlah hanya untuk peperiksaan, namun ia lebih kepada tujuan untuk menenangkan hati dan jiwa..hehe..

Kalaulah masa sekolah dulu saya ada semangat belajar yang lahir dari hati macam ni..adoi..



Sunday, 17 October 2010

Hoh! I developed that negative behaviour!

I'm listening to Taylor Swift's songs.. she's my favourite singer for the time being.. in fact she has been my fav since 3 years ago..

Life now has changed. From being circulated with a lot of friends.. I am now undergoing life on my own without best friends that i can chare my feelings with.. It is another phase of life when you finish your education, and you proceed with another phase of life..friends being fade away..even though there are many ways that can keep you in touch with them but the feelings are different..they are beung busy with life over there..with new friends or 'old' friends...

And me..being apart to another city in Malaysia..a city full of happenings but i never get its spirits.. I am in Kuala Lumpur..the capital city of Malaysia..the most awakening city!! Hoh!! What's the difference.. I hate this city.. I tried many times to 'love' this place but it seemed fruitless.. Hate hate K.L!!!!

although i make new friends but it will never be the same.. sweet memories being fade away.. I am thankful to friends in Cardiff and in the UK who always say 'i miss you kak Fuzah' 'miss you Fuzah' and whatsoever kind of same meaning..
Thanks again..

I will always be alone in my room.. I bought a small TV to keep me busy watching news and dramas.. But the feeling of loneliness is always there.. sometimes it made me cry.. No one to talk to..no one to laugh with.. no one to share stories with.. it is driving me crazy..

I really miss Dayang..my OT mate..

I am missing my Haireen Halimi...

I am missing my Newcastle's friends..they are together again in Kedah but me..being thrown away in KL..

I am missing my Cardiff friends..Ninians..they are now Beauchamp's..missing Plantagenet Street neighbours..

I am missing TeamUsrahCardiff buddies..now called Cardiff Nusantara Network..missing Kuliah Al-Quran buddies, Bruneian's friends and everyone there!!

Even though there is something that I dont like about living in Cardiff and to handle with difficult people where I used to lived, but I had fantastic experiences there!!

Alhamdulillah..I know Allah is always here with me..

Life here is always full of mood swings..Sometimes happy..sometimes not.. I become more sensitive to people who are close to me.. I become more sensitive to people's responses to my behaviour..

I dont know whether it is a good sign or not..or maybe it is a sign of aging!! Oh Godness! Ouuhh..I would rather say it is a sign of maturity!! Is that?? hoh!! Maturity means I can control that negative behaviour instead of that behaviour is controlling me!

I understand that there are times when I want more attention..oh like 'kucing-kucing' that want 'belaian'!!

I dont blame myself..or others because sometimes it is not the right time to seek for attention when other people are busy with their life..!! Ok fine!! I hate that!!

My mom and dad is going to perform their Hajj this year!! Alhamdulillah..May Allah always be with them and grant them Barakah Hajj!!

I will always pray for them.. Everyday, my dad will call me..asking me what I am doing and what I have eaten..and so and so.. I miss my family so much..

I am now alone.. I wish I had someone to talk to and to laugh with.. I really miss the times when friends were making jokes and I laughed..

Missing that moments crazily..because I am crazily lonely..

I noticed that friends are now becoming far away from me.. They dont really care about me..less responsive.. All I can say!!

Monday, 11 October 2010

Bermain Goalball!!

Ok..mari lihat permaianan Goalball ye..

Permainan ini mempunyai 6 orang pemain..3 pemain setiap pasukan.. Setiap pasukan perlu menangkis serangan bola dari pihak lawan dengan apa jua cara sekalipun, sama ada dengan kaki, badan, tangan atau sebagainya agar tidak membolosi gawang gol di belakang setiap pemain.

Uniknya permainan ini ialah..mata setiap pemain harus ditutup..Jadi..nak tangkap bola atau nak tahu arah mana datangnya bola itu perlulah mendengar betul2 loceng yang akan berbunyi dalam bola itu..

Bola itu ada seperti bola jaring..namun ada loceng di dalamnya yang akan berbunyi-bunyi setiap kali melantun..

Yuhuu..jom saksikan aksi-aksi kami di Malaysian Association for the Blind (MAB) di Kuala Lumpur minggu lepas..

Esok, kami akan ke sana lagi..untuk bermain Goalball lagi..yeyeahh!! Saya sangat suka permainan ini..

Inilah saya...hehe..


bersedia untuk mendengar bola yang datang dari pasukan lawan..


Yeahhh dpat tangkap bola..kena baling pula ke pihak lawan..bola yang dibaling mesti lower ball..bawah paras pinggang..tak boleh high ball..sebab takut kena kepala..maklumlah..mata kan bertutup..tak nampak bola..


Yeahh sedang menunggu bola..


Inilah kawan-kawan KPLI saya..perasan tak saya je yang tak pakai baju Goalball Kelas..sebabnya..baju saya kecik..salah saiz..Woooppss adakah itu bermaknaa.... Alamak!!


Ni masa nak mula main...ready nak pakai shades..


Yeahhh..oh ye lupa nak cakap..untuk nak tangkap bola ni..bolehlah guna pelbagai aksi..seperti meniarap..menampan dengan kaki atau tangan dan sebagainya.. Kita sebagai pemain memanglah tak nampak..tapi orang-orang yang duduk kat tepi-tepi gelanggang tu akan gelakkan kita masa kita main..hehe..



Oh ini..masa strecthing..dan proses memanaskan badan..permainan goalball ini banyak guna anggota paras pinggang ke bawah..jadinya, warming up perlu banyak di bahagian ini..hehe


Panaskan kaki...


Inilah classmates saya..


Friday, 8 October 2010

Jangan hanya jadi guru biasa!!

Ho yeah!!

Mari saya tunjukkan gamabr-gambar semasa camping di Laman Bestari Ulu Yam dulu tu ye...

Semuanya menyeronokkan apart from hujan lebat sampai khemah banjir and takde sangat aktiviti jelajah hutan... hadoiii...

Ini adalah sesi CPR pertolongan cemas..hehe pertama kali nih tahu cara-cara mencium untuk membantu orang yang di dalam kesusahan..Inshaallah untuk jadi seorang guru, mesti serba boleh!! Baru cemerlang!



Ini pula ialah sesi patah dan rawat. Masa ni kami kena belajar guna kain anduh untuk membalut luka atau patah dan kemudian mengangkat pesakit dengan teknik yang betul dan mantap!!

Sesungguhnya untuk menjadi seorang guru, kita perlulah mempunyai segala jenis pengetahuan walaupun kadang-kadang kita ambil enteng tentang kemahiran tersebut..

Bayangkan kalau ada pelajar kita yang perlukan bantuan cemas, apa guna jadi cikgu kalau tak tahu teknik pertolongan cemas!! yeaahhHh!!!






Ini pula sesi membaca kompas dan peta lokasi di dalam hutan..Saya suka sesi ini kerana membuka mata saya tentang selok belok pengembaraan dlaam hutan dan langkah-langkah yang perlu diambil jika tersesat dalam hutan.

Baguskan sesi ini..tak semua orang boleh belajar teknik menggunakan kompas dengan betul kecuali anda ingin menjadi seorang guru!! Yeah sekali lagi profession ini diangkat!!



Ini pula sesi kawad kaki..kami ni cikgu Pandu Puteri.. di sebalik keayuan wajah..[ptuiii] namun kami tetap anggun bergaya ketika berkawad... Kirip kanan kirip!! Yeahh.. At least, seorang cikgu perlu tahu asas kawad.. Bagaimana mendengar arahan komanden dan mentafsir arahan dalam bentuk pergerakan!! Yezzaaa..anda memang ingin jadi guru cemerlang!!




Ini pula sesi bergambar..jangan tak tahu, bakal guru juga punya aksi fotogenik yang tidak mampu dihapus apabila di hadapan kamera! Kami guru berwibawa.

Note: Mereka ni semua guru-guru KPLI ambilan June 2010..IPIK Cheras. Ceriakan muka-muka mereka.. Oh ni muka tak make-up ni..kalau make-up memang cun habis lah!!




Haaa..ini pula ketika upacara pelantikan ahli pandu Puteri..yohooo.. Kamilah Barisan Pemimpin Pandu Puteri!! Hep hep!! Semangat Kepanduan!!



Ini adlaah aksi membina gadget untuk khemah kami..ini ialah gadget rak kasut! Huhu...lepas beberapa jam kami buat rak kasut ni..hujan turun dengan lebatnya dan habis semua kasut kami basah! Hadoii... tidak mengapa..hujan kan rahmat!!



Acara perbarisan dan ladam kuda!!!



Inilah khemah kami!! Cantikkkan!!



Ini pula jiran sebelah khemah kami..seriakan wajah-wajah mereka.. hehe... Mereka juga cikgu KPLI Pendidikan Khas Masalah Penglihatan...





Jadi apa tunggu lagi..jangan hanya target untuk jadi guru biasa..Jadilah yang luar biasa dan CEMERLANG! Anda mampu mencapainya!!

Ditujukan khas kepada rakan-rakan guru!!

Kalau yang bukan guru baca..anda pasti bersemangat apabila melihat kami juga bersemangat untuk mendidik anak bangsa!!


Wednesday, 6 October 2010

Cinta dan Harapan

Saya rasa sedih sedikit hari ini.. Entah kenapa..

Saya merasakan semua harapan saya hancur berkecai.. Saya sudah tidak percayakan sesiapa lagi..Biarlah Allah yang menentukan segalanya.. Saya bukan siapa-siapa... Alhamdulillah..saya hanya hamba Allah yang lemah..

Saya tak mampu buat apa-apa.. Kadang-kadang saya terfikir..betulkah keputusan yang saya buat ni? Saya mahu jadi kuat.. Saya tak mahu bergantung kepada sesiapa..kalau bergantung kepada orang lain..saya pasti merasa hampa.. semua orang tak dapat tolong saya... saya kecewa..

Kalau saya bergantung hidup pada Allah..pasti Dia tidak hampakan saya.. Saya mahu lupakan semuanya.. Biarlah saya mulakan kehidupan baru yang lebih bermakna..

Kalau saya sedih dan menangis..tiada siapa yang akan tenangkan saya walaupun orang yang dekat dengan diri saya.. Saya pasti akan ditinggalkan begitu saya memujuk hati sendiri..

Kadang-kadang saya boleh pujuk hati sendiri..tapi kalau lama-kelamaan dibiar sendirian.. saya rasa saya ni tidak berguna..

Patutkah saya tinggalkan semua itu?? Saya tak mahu perkara ini berterusan.. Saya juga seorang perempuan yang punya hati dan perasaan..

Pengorbanan perasaan yang banyak dilakukan langsung tidak dihargai.. Alhamdulillah.. Saya masih ada Allah.. Kalau Allah sayangkan saya..Dia pasti akan takdirkan saya kepada yang lebih..Saya yakin itu..

Saya hanya akan terus berdoa.. Saya insan yang biasa..tidak punya kelebihan apa-apa.. Setelah bertahun-tahun melaluinya saya semakin percaya bahawa sesuatu yang diirancang belum tentu akan berlaku dengan kepastian.. Saya bersyukur saya melalui semua itu..Alhamdulillah..

Apa perasaan anda jika anda berada dalam kesusahan dan orang yang diharapkan dapat bantu anda langsung tidak endahkan anda?? Sedih kan? Sangat sedih.. sayu sangat hati saya...

Selama ini saya sentiasa berusaha menjadi yang terbaik.. tapi semuanya seolah-olah tidak dihargai.. Alhamdulillah..saya akan membina kekuatan melaluinya sendirian.. Tiada siapa lagi yang mahu menemani hati saya kalau saya sedih..

Seolah-olah buang masa saja kan mengadu kepada yang tidak sudi sedangkan Allah itu Maha Mendengar.. Kenapa saya harus mengadu perkara-perkara kecil itu kepada seorang yang bergelar manusia juga? Allah yang turunkan masalah..Dia jualah yang ambil balik masalah itu dari kita kan?

Sebelum ini saya akan rasa tidak sedap hati kalau saya tidak dapat menolong orang yang saya sayang dalam kesusahan.. Walaupun tak dapat membantu secara fizikal, at least saya akan menemaninya dengan bercakap dan mendengar isi hati..

Tapi kalau saya perlukan teman hati untuk berbual...hanya diri sendiri pengubat jiwa.. Saya sering mencari kesibukan-kesibukan lain untuk melupakan perkara-perkara itu..Namun saya juga manusia..saya perlukan teman untuk berbicara..

Dulu saya ada teman berbicara..namun sekarang semuanya seolah-olah 'ditarik' segalanya oleh Allah.. Alhamdulillah..saya tidak salahkan sesiapa.. Mungkin faktor masa yang merubah segalanya..

Saya bersyukur kerana masih punyai semangat untuk teruskan hidup sendirian..Oh selama ini pun saya hidup sendirian jugak.. Keyakinan saya hanya pada Allah..

Saya sedih kerana saya kelemahan diri saya sebagai seorang wanita/perempuan menyebabkan saya seringkali ditinggalkan begitu saja memujuk diri sendiri..

Alhamdulillah..

Saya pernah mendapat layanan yang saya impikan namun semakin lama..impian saya itu hanya untuk seketika sahaja.. Iyelah..Kita sangka panas sampai ke petang, namun hujan di tengah hari merobek kegembiraan untuk meneruskan kehidupan..

Saya sudah tidak mampu lagi untuk tersenyum.. Senyum saya hanya pada luaran.. Saya tidak lagi ketawa seperti dahulu.. Saya tidak lagi gembira seperti dahulu..

Saya masih mengharap namun sampai sekarang, hanya saya yang memujuuk diri sendiri.. Saya rasa..perkara ini akan sentiasa berterusan sampai bila-bila kerana saya yakin saya sudah lagi tidak dipandang berharga..

Apa yang saya dapat hanyalah kesedihan.. Saya ingat saya akan sedih sekejap saja tapi sangkaan saya silap..saya masih bersedih sehingga sekarang..

Hati saya sudah tertutup setelah saya banyak kali memberi peluang..Saya kerap kali merendahkan hati untuk bercakap dan memberi peluang supaya keadaan diperbaiki..namun..seakan tidak berjaya..

Okay..saya mengundur diri dan akan melepaskan perasaan ini..buat selama-lamanya..kerana saya tak mahu lagi bersedih..

Saya mahu mengucapkan selamat tinggal..selamat bergembira untuk semua..selamat mengharungi kehidupan yang lebih tenang.. Maafkan jika saya mengganggu perjalanan hidup anda.. Saya wanita yang penuh emosi.. kadang-kadang terlupa mengawal dek kerana nilai integriti yang lemah.. Saya tidak suka dimarah..tapi nasihatlah dengan cara yang munasabah..

Maafkan jika ada salah dan silap..

Saya akan meneruskan kehidupan seperti biasa..akan sibukkan diri dengan perkara-perkara yang saya suka.. Kalau ada masalah, saya hanya akan mengadu kepada yang mahu mendengar..

Terima kasih kerana sudi menjadi pendengar setia..Terima kasih Allah..


Saturday, 2 October 2010

Off Pandu Puteri dan Buku Terapi!!

alhamdulillah sudah pulang dari bercamping di Ulu Yam Laman Bestari. Camping ini wajib untuk semua pelajar IPIK Cheras untuk unit beruniform.

Saya dan rakan-rakan mewakili Pandu Puteri Kadet. Ini bukan pilihan kami. Semunya ditetapkan oleh pihak maktab itu sendiri.. Puteri pun puterilah.. Saya ni bekas platun B Kadet Polis masa sekolah menengah dulu.. Hehe.. Siap ada baju polis lagi..nge nge nge..

Pengalaman bersama pasukan kadet polis berbeza sekali dengan Pandu Puteri ini..obviously kan..

Masa dengan Kadet Polis, saya pernah masuk hutan untuk pergi menembak..hehe..percaya atau tidak..saya pernah pegang M16!!! Wow..saya pun tak percaya saya pernah pegang benda berbahaya itu.. Masa tu kami ada latihan menembak di tepi bukit di suatu kawasan hutan dekat sempadan Malaysia-Thailand.. Hua hua hua..

Aksi menembak itu dibantu oleh anggota Penembak Polis Malaysia yang mengajar kami memegang M16 dnegan selamat dan menembak sasaran dengan tepat.. Markah diambil setelah sasaran ditembak dan mengenai sasaran..Sudah tentu saya tidak menang..heehee.. Ada orang yang lebih hebat..

Lepas menembak tu..bahu saya sakit dua hari..Fuhh..berat tau M16 tu..bukan calang-calang senapang.. Patutlah kena ada tauliah kalau nak guna.. baru belajar sehari dah sakit-sakit bahu semua..apatah lagi nak pegang setiap hari...hehe..

Tamatlah sudah pengalaman manis bersama KAdet Polis..Sebelum saya tinggalkan pasukan KAdet, saya telah menerima anugerah naik pangkat ke Platun A dan Anugerah Cemerlang KAdet peringkat Daerah Kubang Pasu..masa tu sebab dapat straight As dalam PMR..ngehehe..

Seronoklah masa bersama KAdet Polis

Berbeza dengan Pandu Puteri ini..begitu merimaskan kerana begitu banyak perkara dan upacara yang perlu dihafal.. Upacara pelantikan lah..lagu Taps Siang lah..Taps Malam lah.. LAgu Loceng lah.. Bagi saya itu nonsense.. tak sesuai untuk masyarakat Islam di Malaysia..banyak perkara yang memesongkan tanpa kita sedari..

Saya tak nafikan kebaikan dari badan beruniform ini..namun haruslah dikaji pelaksanaannya di sekolah..

Bayangkan..dalam pandu puteri, ada upacara melantik ahli baru dengan mengelilingi sebuah kolam buatan yang dihias cantik..Kemudian menari-nari mengelilingi kolam air tersebut.. Perbuatan itu seolah-olah memuja-muja sesuatu.. Saya kurang setuju dengan konsep ini..

Kita sanggup terima bulat-bulat apa saja agenda luar tanpa mengadaptasi kannya mengikut kesesuaian budaya dan sensitiviti agama Islam di Malaysia..

Saya juga kurang setuju dengan lagu-lagu yang kami nyanyikan ketika majlis permulaan..semuanya berunsurkan pemujaan.. Tambah-tambah lagu Loceng tu..sebijik macam kat gereja..

Semasa di UK, saya pernah meminta kebenaran untuk masuk ke dalam gereja untuk melihat upacara sembahyang mereka pada hari Ahad.. Sudah tentu saya cakap bahawa saya seorang Muslim dan mahu masuk untuk memerhati sahaja..Mereka benarkan saya masuk.. Saya lihat dan saya dengar upacara mereka.. Bukan niat untuk memesongkan akidah namun untuk belajar tentang agama mereka..

Sedangkan orang Kristian belajar dan mengkaji Al-Quran untuk mencari kesalahan umat Islam.. Kita pula tidak sesekali menyentuh Bible untuk mengkaji kecondongan kitab itu dengan Al-Quran yang suci.. Bagaimana kita nak patahkan hujah mereka dengan perkara realistik dari kitab mereka..kita sendiri tak tahu apa yang terkandung dalam Bible..bagaimana nak cari hujah? kan..

Okay-okay..berbalik kepada persoalan Pandu Puteri.. saya kurang setuju!! Yeah!!

Tapi saya kagum kerana uniform kami berbaju kurung..hehe.. Tapi tak best jugak sebab baju kurung tu warna biru..macam pekerja kilang sabun..hehe... Takpelah..janji baju itu menutup aurat..tak panas sangat dan jimat kos!! Yezzzaa!!


Okeh..sekarang saya dalam proses mengumpul bahan untuk menggabungkan ilmu saya dalam bidang Therapy dan disesuaikan dengan Silibus Pendidikan Khas di Malaysia.. Saya mahu bukukan bahan-bahan itu..

Alhamdulillah..terima kasih saya ucapkan pada Puan Meskinah yang menyuruh kami menghasilkan sebuah folio Therapy untuk kanak-kanak khas di sekolah.. Maklumat itu akan saya gunakan sebaiknya untuk manfaat guru-guru Pendidikan Khas sebagai langkah untuk melaksanakan aktiviti terapi bersama pelajar-pelajar Khas..

Semoga penghasilan buku-in-the-making ini mampu menjadi manfaat kepada semua guru-guru Pendidikan Khas.. Yes yes...semoga niat ini terus mendapat redha Allah..inshaallah saya akan berusaha!

Friday, 24 September 2010

Antara Gadis Melayu dan Cikgu?

Okay okay..fine....

Alhamdulillah dengan kesihatan yang Allah berikan kepada saya..supaya kesihatan ini menjadi lebih berkat dengan amalan-amalan ibadah untuk meningkatkan ibadah dan ketakwaan kepada Allah..

Saya telah memadamkan link untuk ke blog saya dari laman sosial Facebook saya kerana saya rasa lebih selesa dan selamat kerana tak ramai kawan-kawan di FB akan 'click' ke blog ini melalui FB..hehe..

Blog ini adalah tempat saya melahirkan pemikiran-pemikiran dari hati berdasarkan pengalaman yang digabungjalinkan dengan kata hati berlandaskan prinsip-prinsip agama suci..Islam..


Kadang-kadang hati saya sangat seronok apabila saya terfikir tentang kekurangan diri saya.. Itu satu nikmat yang tidak dapat digambarkan.. Kerana apa? Kerana saya rasa kekurangan saya itu adalah sumber kekuatan saya.. Saya KUAT sebab saya ada KEKURANGAN.. Allah itu menarik kelebihan diri seseorang kerana Dia akan anugerahkan sesuatu yang lebih besar dari itu...

Saya sentiasa yakin dan percaya....kalau bukan sekarang, mungkin nanti..kalau bukan di dunia..mungkin di akhirat.. Saya akan tetap akan percaya pada Allah...

Saya bukanlah seorang yang cantik.. haha..ada terlebih 'isi' sana sini.. Gemuklah tuu...huhu.. Oh saya okay saja sebab saya yakin kerana kegemukan sayalah, Allah pelihara saya dari segala bentuk fitnah aurat dan seksi.. Oh saya jenis yang sukakan kecantikan dan kelainan..Bayangkan kalau saya kurus dan cantik..sudah semestinya saya akan memakai pakaian-pakaian yang menampakkan tubuh badan saya sehingga 'sakit mata' orang lain kan kan.. Alhamdulillah dengan kegemukan ini..saya sentiasa berhati-hati memilih pakaian yang sesuai dengan bentuk badan saya agar menutup aurat dan tidak ketat.. Syukur syukur.. Nikmat Tuhan yang manakah yang mahu didustakan?

Huh..ada satu cerita..pernah suatu hari ibu saya buat lawak..'Kakak, pi la masuk ujibakat pencarian Gadis Melayu TV9 tuh..'

'Hoho..nanti juri tu cakap..awak perlu menguruskan badan anda terlebih dahulu sebelum datang ke ujibakat kami ye..' Hehe... Oh oh..kalau saya kurus dan cantik, sudah tentu saya terjun ke dunia glamor itu kerana saya sukakan pekerjaan popular begitu...yarghhh...terbongkar rahsia..

Alhamdulillah..bukankah Allah menyelamatkan saya dari fitnah dunia dengan anugerah kegemukan saya ini?? [walaupun di hati kecil saya..saya nak jugak rasa kurus...dan cantik..hehehe]

Saya bukanlah dari keluarga yang kaya raya atau golongan bangsawan atau yang mewah atau yang bijak pandai.. Ayah dan ibu saya bekerja sebagai guru biasa.. Kehidupan kami tidak mewah namun saya dididik untuk sentiasa memberi rezeki yang saya dapat kepada orang lain walaupun sedikit... Kehidupan kami sungguh sederhana..

Kami ada 3 kereta di rumah, namun semuanya kereta yang murah-murah dan buatan Malaysia hehe.. Takdenye kereta mewah dari luar negara di rumah kami.. Saya pun belum beli kereta lagi...

Saya masih ingat ibu saya selalu pesan..duit yang kita dapat...rezeki yang kita dapat bukan semuanya hak kita.. Berilah sikit pada orang lain...

Sebab itu..duit allowance yang saya dapat, tak semua saya belanja untuk diri saya..hehe... Walaupun saya tak bekerja lagi..saya akan selalu beri duit raya pada sepupu-sepupu saya..setiap tahun.. Itu semua duit allowance lah!! Hohohoho... Saya yakin rezeki Allah lebih banyak dan lebih besar daripada itu.. Saya takkan tahu dalam bentuk apa ia akan datang.. Saya hanya meyakini-Nya..

Hasrat hati saya, saya mahu sedekahkan wang saya pada sekolah-sekolah agama rakyat yang daif di pedalaman yang memerlukan bantuan kewangan..mungkin saya tak boleh sedekah ribuan ringgit tapi jumlah bukanlah ukuran.. Sepuluh ringgit..Lima puluh ringgit.. seratus ringgit yang disedekah..bukan duit saya pun..semuanya rezeki Allah..

Kadang-kadang saya rasa rendah diri sebab dalam keluarga saya, saya seorang saja yang dapat belajar sampai luar negara setakat ini.. Adik-adik saya biasa-biasa saja.. Saya rendah diri dengan kawan-kawan yang punya adik-adik yang belajar di serata pelusuk dunia kerana kecemerlangan dalam peperiksaan SPM dan kebijaksanaan dalam pelajaran.. Saya kagum..Allah beri mereka rezeki dari segi itu.. Mereka patut bersyukur.. Adik-adik mereka pandai dan bijak..

Adik-adik saya pula tidak sehebat mana.. Syukur Allah beri rezeki untuk mereka belajar juga walaupun dalam negara.. Kalau tanya adik-adik orang lain..semuanya ada yang nak jadi doktor..jadi jurutera..jadi arkitek..dan sebagainya..

Tapi kalau tanya adik-adik saya..apa jawapan mereka? Seorang nak jadi cikgu Pendidikan Seni..adik yang ni sangat payah rezekinya dalam pelajaran..Alhamdulillah dapat ambil Diploma Seni Reka dan Seni Lukis pun dah rezeki besar buat dia.. Apatah lagi hasratnya nak sambung belajar degree lagi sebab nak jadi cikgu... [satu airmata saya menitis teringatkan dia]

Seorang lagi adik lelaki saya..nak jadi cikgu jugak..cikgu Pendidikan Jasmani katanya.. Tapi dia pun tak yakin kemampuannya dalam SPM yang bakal diduduki tahun ini...mungkin akan jadi jururawat kalau tak dapat jadi cikgu katanya... Oh adik lelaki saya nak jadi jururawat..??!!! Lembutnya hati dia... [satu lagi airmata saya menitis memikirkan dia]

Adik saya yang bongsu juga nak jadi cikgu..Cikgu apa..saya kurang pasti..sebab kecik lagi...namun saya selalu nasihatkan dia belajar sampai boleh jadi seseorang yang berguna..

Oh oh..adakah adik2 saya bercita-cita nak jadi cikgu sebab kakak sulung mereka ni bakal bergelar seorang guru?? Hoho..darah kami darah pendidik...!!! Ho yeahh!!

Saya tetap terasa rendah diri bila bergaul dengan rakan-rakan yang punyai adik2 yang begitu pandai dan bijak... Alhamdulillah..asalkan Allah pelihara adik2 saya dari perkara tak elok..itu sudah cukup bagi saya.. Saya tak mampu nak jaga mereka dari jauh..hanya doa saya mengiringi mereka dalam setiap urusan pekerjaan mereka..

Ameen...

Saya tak pernah berbangga dengan kejayaan saya memperoleh segulung ijazah dari universiti luar negara kerana saya tahu kejayaan itu bukan kerana saya pandai..tapi kerana aturan Allah yang telah tertulis.. Saya hanya insan biasa yang akan sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik..membela nasib agama...membela keluarga..dan yang paling penting nak jadi hamba yang sentiasa bersyukur dengan setiap rahmat-Nya...




Thursday, 23 September 2010

Jusa C dan mata duitan!

Seminggu selepas kembali ke IPIK Cheras... Alhamdulillah berkat masa cuti yang digunakan sebaiknya, most of the homework dapat disiapkan dan dihantar walaupun lecturer belum mintak lagi.. Alllahuakbar! Semuanya dari Allah..

Sekarang masih lagi menyiapkan saki baki assignments yang date of submission akhir bulan October and November ni... Semoga kekuatan dan semangat sentiasa bersama..

Untuk semester ini..saya ambil subjek Kemahiran Hidup..ada masakan, jahitan dan pertukangan simen.. Huh! Lecturer masakan dan jahitan ialah Puan Habsah..beliau sangat pandai masak! Siap bukak bisnes lagik! Hari Selasa lepas, kami belajar buat 4 jenis kuih iaitu..muffin chocolate, kuih bahulu, kuih tat dan kuih tako.. Sedap bangat!! Saya suka.. Bahulu yang kami hasilkan memang banyak...dan kami bawak ke kelas gabungan kami yang terdiri daripada pelajar2 KPLI lain.. dan kami pun sedekahkanlah semuanya kepada mereka yang kelaparan..hehe... seronok tengok mereka makan...

Oh dan hari ini ada subjek pertukangan bersimen..saya dikehendaki menghasilkan sebuah tanda mata yang bertulis nama sendiri yang bersalut simen.. Ini pengalaman pertama saya membancuh simen dan menyalutnya..huh! Saya pun tak sangka akan mempunyai pengalaman seperti ini..

Tapi itulah pengalaman-pengalaman paling bermakna dalam hidup saya..

Pembelajaran di IPIK Cheras sebenarnya sangat menyeronokkan..taklah sibuk sangat sebenarnya..sebab alhamdulillah perancangan masa yang begitu teratur dapat diaplikasi..

Kebanyakan kelas saya dan kawan saya adalah berdua sahaja..hehe..kelakar kan kelas ada dua orang murid je.. Kami buat kelas kat tempat lecturer..Jabatan Pendidikan Khas tu dah macam bilik kami dah..hehe.. Hubungan dengan lecturer pun sangat rapat.. Apa nak tanya..terus direct je... Syukur semuanya berjalan dengan baik..semoga ianya kekal sampai ke akhirnya..

Saya tak sabar nak habiskan KPLI..sebabnya..saya nak KAWIN!! Yeah!!!

Haha...saya pun tak tau bila ia akan terjadi..yang pasti..ia PASTI akan berlaku..Saya akan pastikan ia menjadi realiti!! Hua!! Hua!! Hua! Yeahhh!!

Itulah..just in case kalau saya terkawen masa lepas KPLI dan bakal suami syaa tu ditakdirkan bekerja jauh dari saya, saya akan posting dekat-dekat rumah je..Maknanya..saya nak posting kat area JITRA atau ALOR SETAR sahaja!! Tak mahulah duduk sorang-sorang bila dah kawen nanti kalau suami pergi mencari rezeki.. At least saya ada keluarga saya sebagai peneman... hehehe..

Woahhh..Hebat tak perancangan masa depan saya yang tak pasti ni..huhuhuu..!!! Inilah akibatnya jika terlalu memikirkan masa depan...ngeh ngeh ngeh

Pasal perancangan masa depan kerjaya saya.. Saya memang target nak dapat JUSA C..maknanya..bukan sekadar DG 54! Yeahhh!! Yeahhh!! Jusa C bergaji puluhan ribu ringgit!! Yeah!! Yeahh!! Mata duitan sikit!

Baru semangat sikit nak buat kerja dan belajar kan!!!

Itulah sebabnya kalau orang lain tanya saya..berapa lama kontrak dengan KPM? Saya jawab..saya pun tak pasti..apa yang pasti saya akan bekerja dengan KPM sehingga saya pencen!!

'Oh..takkan nak kerja dgn KPM je? Tak nak cari kerja yang lebih lumayan ke?'

Hohoho..saya bukan jenis yang tukar2 kerja sesuka hati..kalau saya dah suka..saya akan buat sungguh2..janganlah ingat saya akan jadi warga KPM biasa saja sehingga akhirnya.. Of course lah saya akan buat yang terbaik dalam kerjaya saya sehingga saya dapat capai apa yang saya mahu.. Saya yakin..semua itu adalah dengan pertolongan Allah..

Saya tak pandai...Memang betul..saya selalu menangis sebab saya selalu dapat markah rendah dalam ujian atau test..namun saya tahu kelebihan diri saya adalah pada Oral Presentation..Alhamdulillah..Allah Maha Adil..saya tak pandai jawab soalan peperiksaan namun saya dikurniakan Allah kelebihan berkata-kata dan berhujah yang saya tidak nafikan ianya banyak membantu menaikkan markah saya ketika saya menuntut di Cardiff dulu..

Markah VIVA saya yang tinggilah yang menolong saya mendapat Second Class Upper.. Alhamdulillah..terima kasih Ya Allah atas anugerah ini..

Saya ada banyak perkara yang ingin saya lakukan..saya mahu jadi penulis..saya mahu menulis buku..buku berkaitan tentang Therapy untuk Special Children di Malaysia yang saya rasakan amat berguna jika dapat digunapakai oleh guru-guru Pendidikan Khas di Malaysia.. Buku itu bakal menggabungkan ilmu Occupational Therapy dan dijalinkan dengan ilmu Pendidikan Khas yang sesuai untuk iklim dan suasana dalam sistem Pendidikan Khas di Malaysia..

Berdasarkan pengalaman cetek ketika menjadi guru ganti di beberapa buah sekolah dan ROS di Sekolah Integrasi Khas...serta digabungkan dengan Ilmu Pendidikan ketika menuntut di IPIK Cheras..saya YAKIN saya MAMPU untuk melakukannya..

Bila? Saya tidak pasti... Tetapi saya PASTI ia akan berlaku!! Hehe..semangat tak bila baca entry ni?? Wink wink...


Saturday, 18 September 2010

the feeling of kemanisan!!

Kehidupan sebagai seorang guru kembali lagi..

Kalau ikutkan hati..mahu saja saya melompat ke bulan May 2011!! Tidak sanggup nak tempuhi semua ini di Cheras tanpa kehadiran keluarga di sisi.. hadoii..

Ok ok sebenarnya..bukanlah itu yang nak di highlightkan..tapi rasa nak duduk kat rumah tu belum..the feeling you know.. the feeling of kemanisan rumah..

Masa saya kat rumah, saya rasa gembira dan bahagia..dapat teman bergelak ketawa dengan mak dan adik bongsu saya..hehe.. Alhamdulillah ada teman bergelak ketawa walau di mana saya berada.. Ada-ada saja perkara yang dibualkan menjadi bahan ketawa beramai-ramai..gembiranya daku..

Oh nanti kena cari suami yang boleh saya ketawa lah!! Saya tak boleh hidup bahagia tanpa senyuman dan ketawa kerana itu adalah sumber kebahagiaan..hehe...Perlu ingatkan diri sendiri..tak boleh berlebihan sangat bila ketawa..sekarang ketawa saya boleh dikawal kalau dibandingkan dengan sebelum ini..hehe

Masa saya kat rumah..saya akan jadi driver mak saya..kemana sahaja dia pergi walaupun pergi ke kedai runcit!!! Mula-mula seronok tapi kalau dah setiap hari..hadoii..merungut jugak saya kat mak...ngehehe..tapi gembira je sebenarnya..sebab dapat buat sesuatu yang menggembirakan mak saya!!

Masa saya kat rumah..pegi mana-mana je mesti akan dipanggil cikgu oleh budak2 yang tinggal sekampung ataupun bila saya ke bandar Jitra membeli belah!! Mana taknya..kat sekitar Jitra ni..saya pernah mengajar di 5 buah sekolah sebagai cikgu ganti dan cikgu ROS!! hehe..

Okay okay...kena jaga peribadi dan akhlak sebab kebanyakan orang dah kenal saya sebagai cikgu.. Di IPIK Cheras, kami bakal guru diajar untuk berakhlak mulia..tak sebut perkataan yang sia-sia walaupun sikit..jaga personaliti dan pakaian.. mesti selalu tolong orang yang di dalam kesusahan dan perlu patuh perintah agama...

Ya, saya akan ingat semua itu...itu prinsip yang bagus untuk diiukuti kan..

Seronokkan kalau jadi cikgu!? Ramai orang kenal sekaligus mendidik kita untuk berakhlak mulia kerana orang disekeliling kita sentiasa memerhatikan tingkah laku kita.. Dan perlu diingat, kita berakhlak mulia bukan kerana orang pandang kita..tapi itu juga boleh dijadikan asbab untuk kita amalkan peribadi mulia..

Manusia ni punya hati yang berbeza..mungkin cara itu kurang berkesan untuk sesetengah orang namun sangat berkesan untuk orang yang lain...Ambil kesempatan untuk beramal walau dengan apa cara sekalipun!! YEah!!

Hati manusia senang berbolak balik..sebab itu kadang-kadang iman kita tidak stabil.. ada turun naiknya.. sebab itulah kita perlu ada enzim pemangkin untuk terus menjaga HATI dan IMAN!!

Enzim dan pemangkin tu boleh terdiri daripada pelbagai bentuk! Gunalah sebaiknya! Kita diberi akal untuk berfikir.. Yakin dengan kuasa Allah!!

Okeh!!
Hoh..letihla bila fikirkan pasal homework nih!!

Doakan saya!!!

Friday, 17 September 2010

Sambutan yang dinanti

hah!! hah!!

Esok kena balik KL untuk menyambung pengajian menjadi guru..Aduh..kalaulah masa dapat dipercepatkan... Kalaulah semua ini dapat berakhir dengan baik secepat mungkin..Kalaulah..Kalaulah..

Okay okay.. ada orang bagitahu saya, tak baik kalau kita cakap kalau kalau kalau... sebabnya..setiap perkara yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya.. Pasti ada..setiap perkara yang berlaku atau setiap benda yang diciptakan Allah tidak ada yang sia-sia.. Semuanya ada manfaat..

Oh mari menggeledah gambar-gambar raya untuk post kali ini..

Raya tahun ini disambut meriah dengan snaak-saudara di Malaysia..Oh sudah tentu suasananya berbeza semasa saya di UK dahulu.. Kedua-duanya ada keistimewaan tersendiri..

Masa pagi raya di UK dulu, pagi-pagi saya bangun awal masak ketupat palas segera yang dibawa dari Malaysia untuk dimakan bersama serunding yang juga dibawa dari Malaysia.. Masa tu ada ramai junior kat rumah saya yang baru dua hari datang UK dari Malaysia.. huhu..ada yang nangis ada yang tak.. Saya..seperti biasa, tunjukla muka cool..tak nangis..hehe..

Pengalaman beraya di UK specifically Cardiff adalah sesuatu yang sangat menyeronokkan..lepas solat raya di Cardiff County Hall atau Islamic Centre, kami bergambar beramai-ramai dan kami akan pergi makan2 kat restoran halal..hehe..ye ke..tak lah..itu budak lelaki.. kami budak-budak perempuan akan balik rumah dan bergembira sesama kami... Esoknya..dah start kelas... huhu..raya sehari je..

Tapi...weekend yang berikutnya, kami akan diundang ke rumah-rumah terbuka warga Malaysia di Cardiff.. huishh..banyak..sampaikan ada 5 open house satu hari.. tak larat.. Tapi seronok.. Open house akan berlanjutan sehingga sebulan..dan kadang2 lebih dari sebulan..hehehe..

Ok ok..jom cerita beraya di Malaysia pula..

Kat sini..semuanya dikelilingi saudara mara.. Besttt... warna warni.. Setiap kali tiba hari raya, semua pakcik-pakcik akan balik rumah kat kampung dan berkumpul bersama.. Ni semua pakcik pakcik sebelah ibu saya.. Keluarga Ku.. kenapa keluarga Ku?? Sebab sebelah ibu saya berketurunan Ku..entah dari mana datang pun saya kurang pasti.. Apa yang pasti, kami sekeluarga berketurunan dari Siam Pattani.. hehe...

Yang istimewa kali ini..kami bergambar sakan di tepi bendang arwah tok wan Ku Yahaya Ku Hamid.. oh padinya begitu menguning..naseb baik belum diambil..kalau dah ambil, mesti tiada lah gambar padi itu.. hehe..

Mari kita lihat gambar..



di tepi bendang


keluarga besar kami..The Ku's family..



Inilah padi...the rice plant..



hehe..


Hehe...


ni masa raya kat UK...



bergambar beramai-ramai depan City Hall Cardiff selepas solat raya..

Tuesday, 7 September 2010

Oh Tidak!!

.Ramadhan kian berlalu..terasa juga kesayuan hati apabila Ramadhan kali ini bakal pergi.. Harapan saya semoga saya sempat bertemu Ramadhan yang lagi satu..dan harapnya Ramadhan tahun hadapan bakal menjadi yang lebih baik dari tahun ini..oh oh..saya merasakan di Ramadhan kali ini, saya kurang bersemangat.. Inshaallah perkara itu akan dibaiki selagi Ramadhan belum pergi..

Hari hari kini sibuk bertemu dengan orang perseorangan dalam bidang Pendidikan Khas yang dicintai..Saya mengatur pertemuan dengan Penolong Pengarah Unit Pendidikan Khas di Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dek kerana kata hati yang ingin tahu dengan lebih lanjut tentang sistem Pendidikan Khas di Kedah khususnya..

Alhamdulillah penenerangan yang diberi oleh Tuan Amran selaku personnel di Unit PKhas cukup mengujakan saya.. Banyak senarai sekolah PKhas yang hebat di Kedah diberi kepada saya untuk saya pertimbangkan bila 'posting' kelak..hehe...

Saya juga sempat berkunjung ke beberapa badan NGO yang terlibat secara langsung dengan Unit Pendidikan Khas di JPN seperti Persatuan Autisme Kebangsaan Malaysia (NASOM) dan Rumah Sinar Harapan untuk kanak-kanak khas di Alor Setar..

Oh ya..saya juga sempat melawat Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) Kedah yang terletak di SK PKhas Alor Setar.. Syaa bertemu dengan Cikgu Munshi selaku wakil tunggal 3PK Kedah..waduh waduh..beliau beria-ria mahu saya berkhidmat bersama beliau selepas saya tamat KPLI nanti.. Kata beliau, 'saya tak mampu nak jaga 3PK ni sorang2 apatah lagi saya bukanlah lulusan tulen dalam bidang PKhas ini..saya major dalam Masalah Pendengaran saja..Untuk Masalah Pembelajaran, kita memang amat perlukan orang seperti Cik Mahfuzah..'

Hadoii... saya mahu ke Putrajaya la Cikgu Munshi..saya mahu ke sana dulu baru pulang ke Kedah beberapa tahun selepas itu..hadoii...

Yang lebih menakutkan..Cikgu Munshi siap cakap.. 'Saya kan berhubung dengan Puan Liyana Gan (Ketua 3PK seluruh Malaysia di Putrajaya) supaya hantar Cik Mahfuzah ke sini untuk sama-sama memajukan Pusat 3PK Kedah ni...'

Hadoi..hadoi..haru haru.. Mahu saja saya katakan kepadanya.. 'Cikgu Munshi, saya ada perancangan lain cikgu...Masa depan saya dalam bidang PKhas..saya mahu ke Putrajaya terlebih dahulu..saya akan pulang ke Kedah apabila tiba masanya..Pasti..!!'

Dan mahu juga saya katakan kepadanya..' Cikgu Munshi..saya juga memikirkan masa depan saya bersama suami..hok hok hok.. Suami saya bakal bekerja di Selangor..jadi..hok hok hok..jadi eloklah kiranya saya mengikut suami bekerja di sana instead of balik Kedah dan bekerja bersama Cikgu Munshi..huk huk huk...'

Harap-harap saya dapat bekerja di Pusat 3PK di Putrajaya..oh marilah doakan saya..supaya saya dekat dengan bakal suami saya..huk huk huk..ok ok..ni pengakuan terhebat yang pernah saya luahkan di blog ini..

Oh kata Cikgu Munshi lagi... 'Tapi..di Putrajaya pun Puan Liyana kata diorang perlukan seorang lagi Occupational Therapist macam Cik Mahfuzah ni.. hari tu kami ada meeting pasal ni..oh betul-betul Cik Mahfuzah diperlukan di Putrajaya sebab mereka perlukan OT kat situ.. Takpa-takpa..saya akan cuba tanya Puan Liyana kalau dia boleh negotiate benda ni..' waduhhh...apakah diri ini bakal dijadikan seperti bola..dihantar ke sana ke mari tanpa persetujuan!! Oh tidak tidak..saya mesti bertindak!!

Saya akan cakap pada Puan Liyana..saya akan ke Putrajaya...tolonglah..tolonglah Puan.. harap-harap rayuan ini diterima..

Okay cerita bersambung.. ayah saya ajak keluar la pulak malam -malam begini...

Thursday, 2 September 2010

Terapi Sekolah!!


Alhamdulillah Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) telah selamat dijalankan dengan gembiranya...

Saya sebagai guru pendidikan khas.. Saya menjangkakan guru pendidikan khas adalah satu tugas yang begitu mencabar dan amat payah..

Apabila mengikuti PBS di SMK Tanjung Pauh yang mempunyai pelajar-pelajar Khas Bermasalah Pembelajaran, saya cukup teruja dengan segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh mereka. Inilah yang saya suka!!!! Inilah yang saya cari selama ini..

Aktiviti P&P tidak tertumpu kepada akademik..tambahan pula pelajar-pelajar ini tidak mengambil peperiksaan umum besar di Malaysia.. Ok..tiada tekanan dari segi itu..

Kita lihat aspek lain pula..Saya cukup kagum dengan kesemua 36 pelajar khas di sekolah ini...walaupun mereka tidak sempurna seperti orang lain..namun budi pekerti dan sifat menghormati guru yang ditunjukkan oleh mereka sudah cukup membuatkan hati saya melonjak keriangan.. Syukur-syukur... Ok..itu baru kat satu sekolah..jangan gembira sangat Mahfuzah..

Kehadiran saya di sekolah itu cukup membuatkan pelajar-pelajar khas di situ tertanya-tanya..siapakah gerangan cikgu baru yang cantik gebu lagi menawan yang bakal bersama mereka...hek hek hek..Ok nak perasan sekejap..


Setelah memperkenalkan diri, saya mula bergaul dan berinteraksi dengan mereka..rata-rata mereka adalah normal dari segi fizikal..cuma mereka sangat lambat dari segi pembelajaran..sehinggakan ada yang sudah berumur 18 tahun masih lagi tidak fasih membaca kerana mereka tergolong dalam 'Slow Learner'..

Ada pelajar saya yang kurang daya pendengaran dan sering kali salah tafsir arahan yang diberikan guru..Ok ok..sebenarnya sangatlah banyak pengalaman yang melucukan sepanjang saya berada di sekolah ini selama 2 minggu..

Hak hak hak..saya tak tahu kenapa namun gelagat dan karenah pelajar-pelajar di sini sudah cukup membuatkan daku ketawa dan mencapai tahap kegembiraan maksimum!! Hehe...

Ada banyak adegan yang mencuit hati apabila bersama mereka..sama ada dari segi tutur kata yang diperkatakan mahupun tindakan-tindakan yang sangat kelakar.. Patutlah pekerjaan sebagai guru ini mulia dan menyeronokkan.. guru-guru sering dihiburkan dengan keletah pelajar-pelajar khas....

Saya cukup gembira di sini..sangat gembira.. Jadual waktu mengajar pula fleksibel dan kerja-kerja guru banyak merangkumi merancang aktiviti-aktiviti menarik untuk mereka!!! Saya semkain teruja.. Daya kreativiti amat diperlukan dalam bidang perguruan ini!!!

Mari melihat gambar..ho yeah!!
Ada aktiviti berkebun, berkuda, renang, bowling, membuat muffin dan macam-macam lagi...!! Semua aktiviti ini adalah berbentuk terapi dan berfungsi untuk menambah ilmu pengetahuan melalui pembelajaran menerusi pengalaman, pemerhatian dan kolaborasi.

Learning is fun!!!